Entry: Salafi Moden pengikut Hanbali Sunday, August 26, 2012



Di bawah saya lampirkan senarai ulama' kontemporari dan aliran ijtihad masing-masing. Secara umum elok untuk kita ambil kesimpulan  bahawa golongan ulama' salafi kontemporari, adalah pengikut mazhab atau aliran pemikiran Imam Ahmad Ibnu hanbal (hanbali) kerana majoriti penetapan hukum mereka sejajar dengan pandangan Hanbali. Walaupun beberapa kes mereka lebih mirip kepada Zohiriy yang menukil fiqh secara zahir nas.


Muhammad Nuruddin Bashah

1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi; Seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir. Banyak menghasilkan penulisan-penulisan dalam semua bidang Islam termasuk Fiqh. Antara karya Fiqhnya yang terkenal ialah “Fiqh az-Zakah” sebanyak dua jilid. Beliau memiliki buku koleksi fatwanya yang terkenal dan sentiasa menjadi panduan umat Islam iaitu “Fatawa Mu’ashirah”.

2. Dr. Wahbah az-Zuhaili; Seorang Ulamak dari Syiria. Telah menghasil satu karya Fiqh yang lengkap bernama “al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu” (sebanyak lapan atau sembilan jilid) yang merupakan antara buku Fiqh Perbandingan pelbagai mazhab yang terlengkap dihasilkan di zaman ini. Beliau juga menulis buku Ushul Fiqh (dua jilid) dan Tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk bernama Tafsir al-Munir.

3. Dr. Muhammad Bakr Ismail; Seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir. Telah menghasilkan buku Fiqh yang lengkap bertajuk “al-Fiqh al-Wadhih” (dua jilid), buku himpunan fatwa tersendiri bertajuk “Baina as-Sail Wa al-Faqih” dan buku lengkap berkenaan Qaedah Fiqh bertajuk “al-Qawa’id al-Fiqhiyyah Baina al-Asholah Wa at-Taujih”.

4. Syeikh ‘Athiyah Saqar; Seorang ulamak al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa al-Azhar. Beliau mempunyai buku himpunan Fatwanya tersendiri yang diberi nama “al-Islam Wa Masyakil al-Hayah” sebanyak enam jilid.

5. Syeikh Abdul Aziz Bin Baz; Bekas mufti Kerajaan Arab Saudi. Seorang ulamak buta, namun ilmunya mengalahkan orang-orang yang celik. Menjadi sandaran fatwa khususnya bagi golongan Salafi atau yang bermazhab Hanbali.

6. Dr. Ahmad as-Syirbasi; Seorang ulamak al-Azhar, Mesir. Buku himpunan fatwanya yang masyhur ialah “Yasalunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah” sebanyak lapan jilid.

7. Dr. Abdul Karim Zaidan; Seorang ulamak kelahiran Iraq, namun hari ini tinggal di Yaman. Banyak menghasilkan penulisan-penulisan termasuk dalam bidang Fiqh. Antara bukunya yang masyhur dalam bidang Fiqh ialah “Fiqh al-Mar’ah” (Fiqh Wanita) sebanyak sembilan jilid. Beliau juga menghasilkan buku Ushul Fiqh bertajuk “Al-Wajiz Fi Ushul-Fiqh”. Selain itu banyak kajian-kajian ilmiah dalam bidang fiqh yang beliau hasilkan untuk mengupas masalah-masalah semasa.

   1 comments

thesis
July 23, 2016   03:23 AM PDT
 
Each of these followers brought a certain part in the clergy system. All of them live in accordance with the law. They send their forces to solve the problems.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments