Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, May 14, 2006
'tak nak kacau'...'tak nak tegur'

Semasa suasana sibuk merayakan ulang tahun UMNO ke-60, Bekas PM Malaysia ke-4 pula sedang 'bertungkus lumus' mengeluarkan suatu lagi karya minda terbarunya dalam bentuk DVD. DVD tersebut mengkonklusikan segala hasil pengamatan beliau  sebagai 'spectator' bebas Malaysia

Rakaman DVD itu diedarkan oleh Institut Kajian Ekonomi dan Politik (Ikape).


Beliau dahulunya lebih senang dengan keadaan 'tak nak kacau' atau 'tak nak tegur' selepas beberapa minggu meletakkan jawatan. Tetapi seperti yang semua pihak sangka, Dr. M bukannya individu yang boleh bergoyang kaki. Sejak muda dan hingga kini, beliau akan terus mengkritik dan bercakap. Tetapi yang 'mengharukan' suasana pada saya, ucapan dan tegur ikhlas yang beliau buat seolah-olah ingin menyaingi kepimpinan yang ada atau dalam erti kata lain hendak orang lain sedar bahawa 'aku masih wujud, masih bijak seperti dulu'. Sebagai seorang autokrat beliau seolah-olah bersimpati dan kesal dengan kepimpinan yang ada dan inginkan gaya era pentadbirannya dahulu sebagai indikator mutlak. Pada yang mengetahui gaya kepimpinan Dr. M pasti merasa sedikit hening jika menonton DVD ini.

Menurut beliau, adalah suatu yang mengecewakan  apabila di dalam Umno sendiri tiada siapa mahu membetulkan atau mengkritik kesalahan yang berlaku di depan mata mereka.

"Lihatlah dalam Wanita Umno, mentang-mentang Rafidah Aziz adalah ketua mereka dan menteri yang bertanggungjawab terhadap AP, ahli-ahli Wanita hanya mendiamkan diri. Komen saya, bukankah Rafidah seolah-olah anak angkat anda? Bukankah Ezam Mohd Nor ditahan melalui akta OSA dahulu akibat sayangnya anda kepada Rafidah Aziz? Katanya lagi....

" Sedangkan pada zaman saya, ahli-ahli mengkritik saya, Umno menegur saya malah ada yang melawan saya, cuba menjatuhkan saya. Tetapi hari ini apabila berlaku sesuatu yang tidak betul, mereka tidak mahu bersuara. Kalau begini keadaannya, kita bukan lagi satu kuasa politik sebenar," tambahnya. Kata saya, betulkah anda terlalu mengamalkan gaya transparency yang bebas dan tulus? Berapa ramai timbalan di era anda yang terpelanting, gara-gara menegur anda. Bayaran 6 tahun penjara tanpa kes yang munasabah kepada Saudara Anwar Ibrahim adalah terlalu sukar dilupai oleh mata-mata politikus antrabangsa.

Dr. Mahathir berkata lagi, beliau tidak pernah mendiamkan diri apabila melihat penyelewengan atau kesalahan berlaku di depan matanya sebagaimana yang dilakukannya pada era allahyarham Tunku Abdul Rahman dulu.

" Ketika itu tiada siapa mahu bersuara tentang Tunku Abdul Rahman, saya bangkit menegurnya hingga akhirnya disingkir dari Umno," ujarnya.

Bekas Perdana Menteri itu menekankan, jika rakyat mahu sesuatu dilakukan dengan betul atau diperbetulkan, mereka mesti bangkit bersuara dan mengambil risiko. Bagi saya kata-kata ini penuh kelakar dan beliau bercakap seolah-olah benar 'Melayu Mudah Lupa' !! Risiko apa yang rakyat tidak pernah ambil semasa era kepimpinan anda? Penjara? ISA? Ditukar kan tempat kerja? Diugut SB?

Dr. Mahathir juga ditanya mengenai ciri-ciri 'Melayu baru' dalam majlis dialog tersebut dan beliau menjelaskan, 'Melayu baru" yang ingin dilihatnya ialah orang yang sanggup berkerja keras, bukannya mengharapkan wang mudah atau rezeki terpijak.

" Dapat payung kuning satu, satu kereta Rolls Royce, dapat istana dengan pencen. Apa lagi nak? Tak payah buat kerja! Ini bukannya Melayu baru yang kita hendak. Tujuan kita ialah mengubah sistem nilai yang selama ini tidak membantu kemajuan orang Melayu," jelas beliau dengan gaya asal usul beliau sebagai golongan marhain.

Tidak perlu saya senaraikan nepotisme dan kronisme yang berlaku era kepimpinan beliau. Dr. M adalah sorang yang tajam pengamatan dan aplikasi medianya. Media yang saya maksudkan bukan sekadar bercetak mahupun elektronik, tetapi juga media melalui permainan emosi rakyat. Permainan media ini bermula sejak kritikan pedas beliau terhadap Y.M tunku Abdul Rahman dahulu.

Nasib baik, Tunku lembut orangnya...langsung tak di ISA kan pemuda spectator bebas itu. Media juga pernah digunakan dalam keadaan terburuk sekali dalam mematikan pergerakan bukan sahaja musuh politiknya, tetapi juga politikus-politikus bebas serta pengamat politik bebas yang tidak sebulu dengannya. Sikapnya menyebabkan PM baru kita serba salah jadinya. Peluang keemasan PM untuk membuka era baru memerangi rasuah menjadi terbantut juga rasanya apabila dicelah dengan kenyataannya sebelum ini,

' saya fikir tak payah cakap banyak. kalau UMNO ikhlas hendak menghapuskan rasuah, kita perlu dedahkan siapa terlibat'. Bagi saya ini dilemma PM kita. Tak cakap, rasuah akan terus berada dalam UMNO dan inilah masanya UMNO menjadi juara isu perjuangan PKR dan pembangkang lainnya. Nak cakap, nanti orang tak suka UMNO pula. Dilemma kedua adalah disebabkan kenyataan Dr. M tadi yang seolah-olah menjadi 'speaker' kepada halatuju dan tindakan kerajaan hari ini. Bayang-bayang spectator bebas inilah yang mengganggunya. Untuk mengelakkan dilemma tersebut, ada baiknya pada pendapat saya, Dr. M kekalkan dan konsisten dengan sikap 'tak nak tegur' dan 'tak nak kacau'.

Pendita Bitara
KL



Posted at 10:34 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Media alternatif...media tradisi?

    Perjuangan menulis dan menyebar maklumat melalui blog adalah suatu tugas yang dianggap mencabar tradisi media konvensional. Perjuangan ini boleh lah dikatakan sebagai menuntut ruang media alternatif kepada ruang konvensional yang sedia ada. Saya mempunyai misi dan metod tersendiri untuk mengisi ruang tersebut. Seperti kata-kata Fathi Aris Omar, apabila ditanya oleh seseorang berkenaan hasratnya yang optimis dengan penulisan melalui ruang media cyber ini,

 I don't want to compete. It can never be possible to compete, anyway. A blog is very limited, unlike a newspaper. The best a blogger can do is to provide 'alternative' news and views. Let the curious and broad-minded readers judge themselves. You can never compete with a newspaper. You just simply cannot."

 
Tetapi pada saya, ruang melalui blog masih 'bernyawa' walaupun pada realitinya, masyarakat Malaysia masih selesa dengan ruang yang klasik. Pada saya 'culture' rakyat Malaysia masih selesa untuk mendapatkan sumber berita secara klasik, kerana sosio budaya kita juga masih klasik sebenarnya. Klasik bukan bermakna tidak maju dari segi teknologi. Maju teknologi, belum tentu masyarakatnya maju minda.

 
Chris Atton menulis dalam jurnal 'Culture & Society', bahawa terdapat 3 kriteria media yang ingin menjadi alternatif kepada media tradisi.

 1)      Penerbit atau penulis bukan bersifat commercial oriented.

2)  Subjek atau materi penulisan perlulah memfokuskan keperihatinan sosial serta menekankan elemen ekspresi kreatif.

3) Penulis juga perlu membuktikn serta menunjukkan integriti sebagai penulis alternatif yang berwibawa.

 

Penyajian bahan bacaan untuk ruang alternatif perlu kreatif. Ya !! inilah perkara yang perlu digariskan. Cerpen, sajak dan puisi, lirik lagu dan penulisan ala-santai merupakan di antara kreativiti yang perlu diketengahkan. Saya akan berusaha keluar daripada kepompong formaliti yang telah lama menguasai penulisan saya.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kuala Lumpur.


Posted at 02:50 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Bab haji (3)

Alih Tulisan Kitab Kifayatul Muhtadiy Pada Menerangkan Sulamul Mubtadiy

Sheikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al Fatani, waris  Al A'lamah Sheikh Daud Al Fatani

KITAB NISKUN atau Bab Haji dan Umrah (Bahagian 3)

Kali ini hanya satu perkara wajib haji yang diberikan iaitu Miqat Haji. Perkara wajib lain akan disiarkan dalam bahagian akan datang.

(FASAL) Ini suatu fasal pada menyatakan (perkara) wajib haji dan umrah. Dan bermula yang wajib pada haji itu 6 perkara. Pertama, ihram daripada miqat maka adalah bagi ihram haji dan umrah itu 2 miqat. Pertamanya dinamakan dia miqat zamani dan yang kedua miqat makani. Dan miqat yang dinamakan dia zamani itu awalnya daripada awal malam bulan syawal hingga keluar fajar hari raya haji iaitu hari ke-10 daripada bulan zul hijjah. Maka jadi jumlah masa yang dapat diniatkan haji padanya itu 2 bulan 10 malam. Maka jika meniat seseorang dahulu daripada masa itu akan haji atau ia niat ihram jua, jadi umrah dan memadai bagi umrah wajibnya. Maka manakala ia meniat ihram seorang dengan haji nescaya sah ihramnya di dalam masa itu (jangkamasa 2 bulan 10 hari itu) dan jika ia ihram pada masa itu dengan umrah sah juga tetapi kena dam  seperti yang lagi akan dinyatakan dia. Dan miqat kedua yang bernama makani, maka itu bagi tiap-tiap orang yang datang kepada haji daripada barangmana pihak ada baginya miqat iaitu jika ada ia orang yang dalam negeri mekah. Dan jika ia bukannya daripada ahlinya sekalipun adalah di mekah itu tempat ihramnya 1. Maka jika ia keluar daripadanya dan ia ihram di luarnya berdosa ia lagi wajib atasnya 'dam' dan yang terlebih afdhalnya  itu bahawa ia ihram pada pintu rumahnya ketika hendak keluar pergi ke masjid kerana tawaf wida' . Dan jika ada ia orang di luar negeri Mekah maka jika ada ia daripada orang yang datang daripada hilir tanah yaman atau daripada jalan laut yang bernama laut merah pihak yaman iaitu pihak bab al mandib sekaliannya miqatnya di yalamlam nama satu bukit daripada bukit yaman di tengah jalan yaman ke mekah itu. Jika datang daripada jalan darat dan jika datang daripada sebelah laut maka iaitu (miqatnya) pada satu teluk pada laut itu bernama sya'bul haram iaitu dekat dengan ra'sul a'lam kerana teluk itu berbetulan dengan Yalamlam. Dan tiada harus di taakhirkan (dilewatkan) ihram hingga sampai ke Jedah 2 bersalahan bagi orang yang difatwakan dia (oleh) Ibnu Hajar kerana ia sangka perjauhan (jarak) antara Mekah dan Jedah itu bersamaan dengan perjauhan antara Mekah dan Yalamlam maka kemudian diukurkan 2 perjauhan itu oleh beberapa banyak daripada orang yang muhaqqiqin, maka zahirlah bahawa lebih jauh Yalamlam dengan sekadar saqar 4 perjauhan daripada Jedah kepada Mekah maka sekiranya jika Ibnu Hajar itu ia mengetahui bahawasanya Yalamlam terlebih jauh daripada Jedah, tentulah tiada ia fatwakan dapat ihram dari Jedah itu maka perkataan muaalif  (Sheikh Daud pengarang Sulam Mubtadiy)  disini (atau Jedah) itu menurut bagi fatwa Ibnu Hajar maka kemudian daripada sudah tentu keadaan perjauhan yang antara 2 tempat itu dengan Mekah ada berselisihan padanya, tentulah tiada harus ditaakhirkan ihram kepada Jedah maka barangsiapa mentaakhirkan ihramnya ke Jedah berdosalah ia dan wajib 'Dam' atasnya kerana ia mentaakhirkan ihramnya daripada miqatnya dengan sengaja. Dan jika  orang yang menghendaki haji datang daripada pihak Madinah miqatnya di Zul Halifah iaitu yang bernama sekarang ini abyar a'li. Dan yang datang dari jalan laut merah daripada pihak (terusan) Suez seperti yang di mesir dan Maghribi dan Sham yang tiada datang dari jalan darat dan tiada lalu jalan Madinah itu miqatnya itu di Rabigh (atau disebut juga Juhfah) nama satu pangkalan daripada pangkalan di Madinah. Dan yang datang daripada masyriq (timur) pihak naik matahari Mekah atau dari  Iraq,miqatnya Zati Iraq  atau Saiil keduanya di tengah jalan Taif. Dan yang datang daripada Najdul Yaman iaitu hulu yaman adalah miqatnya Qarnun (qarnul manazil).  Dan datang dari pihak yang tiada hadapannya miqat maka miqatnya tempat ada jauh 2 marhalah daripada Mekah itulah miqatnya. Dan yang ada tempat kediaman antara miqat dan antara Mekah maka tempatnya yang ia berdiam padanya itulah miqatnya. Maka barangsiapa meninggalkan ihram daripada tempat miqatnya wajiblah atasnya kembali ia kepada miqatnya atau kepada miqat yang lain bersamaan jauhnya daripada Mekah melainkan kerana uzur seperti sampai waktu atau ketakutan pada jalannya.

Nota kaki;

1)       Sesiapa yang berada di Mekah samaada bermustautin atau sekadar musafir, miqatnya wajib dilakukan di rumah sendiri atau di hotel persinggahannya

2)      Sheikh Muhammad Noor menegur, bahawa Sheikh Daud ( datuknya yang mengarang kitab Sulam Mubtadiy ini) mengatakan bahawa boleh miqat di Yalamlam dan Jedah jika datang dari Laut Merah kerana ramai Ulama' zaman itu termasuk Ibnu Hajar Al Haitami (ashab Mazhab Syafi'e) yang berfatwa bahawa Jedah dan Yalamlam sama jauh jaraknya. Tetapi mengikut kajian ahli ukur hari ini, Yalamlam lebih jauh berbanding Jedah ke Mekah. Jadi jika datang daripada jalan darat Laut Merah (hilir tanah Yaman) wajib miqat di Yalamlam, jika melalui laut, harus melalui  Teluk Sya'bul Haram yang berbetulan dengan Yalamlam di darat.

Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah 

p/s : Adalah lebih baik pembaca memiliki kitab ini (sekitar RM 16) dan cuba berguru atau membaca dahulu bab haji ini menggunakan alih tulisan rumi yang saya sediakan. Moga usaha ini menimbulkan minat kita memahami ilmu Islam serta memertabatkan kembali tradisi pengajian kitab tradisional.


Posted at 01:48 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi wanita

Tuduhan Keempat : Rasulullah dengan dasar diskriminasi wanita.

                Kali ini kita berada dalam skop perbahasan yang pada saya boleh dibahagikan kepada 2 skop utama. Pertamanya bagaimana Islam terbukti memerangi penindasan wanita dan yang keduanya bagaimana dikatakan poligami sebagai suatu isu yang lama tetapi kini diapikan semula oleh golongan-golongan yang buta sejarah. Golongan-golongan jahil ini langsung tidak meneliti bahawa poligami adalah budaya asasi masyarakat sebelum Islam lagi dan ianya bukan dipopularkan oleh syariat Islam. Alangkah simplistiknya jika Islam berusaha menyelesaikan masalah poligami yang telah berakar umbi dalam sejarah ketamadunan manusia, tiba-tiba digelar pula sebagai sebuah agama yang memaksa wanita bertindak ala-perempuan simpanan. Setelah meneliti sejenak, saya kini cuba menyediakan hujah ringkas yang sebenarnya merupakan  hujah lama, tetapi cuba disusun dan dibongkar semula. Isu ini nampaknya picisan dan remeh-temeh. Tetapi pada saya akar-akar sekularisme yang bertopengkan feminisme mula bertunas sekarang dan tidak mustahil generasi akan datang mula  buta falsafah tentang syariat Islam yang sebenarnya membela wanita. Saya akan cuba mengungkit kembali berdasarkan sejarah dunia, memandangkan refleksi syariat Nabi sendiri adalah berasaskan pemugaran sistem sosial masyarakat Arab dan sekitarnya, dimana barah penindasan dan penafian hak kemanusian wanita telah lama menular.

 Wanita pada era pra-Islam.

                 Di zaman lampau, wanita-wanita Eropah dan dunia seluruhnya dipandang sebagai makhluk-makhluk yang tiada hak dan nilai. Ahli-ahli ilmu dan falsafah zaman itu sibuk berbincang samada wanita itu mempunyai roh atau pun tidak. Seandainya ada roh, adakah roh wanita itu sama seperti roh kebinatangan atau pun kemanusiaan. Mereka terlalu pelik dengan jasad dan kejadian wanita. Kelihatannya menyelerakan tetapi begitu lemah dan bodoh.
                Keadaan ini tidak berubah langsung walaupun pada akhir zaman Yunani dan Greek, kelihatannya terdapat agak ramai wanita-wanita diberi pengiktirafan, namun iktiraf yang diberi hanya kepada wanita bangsawan, yang cantik serta berasal daripada keturunan aristokrat terkenal.
                Apabila berlakunya Revolusi Industri di Eropah, satu melapetaka besar yang belum pernah menimpa mereka mula menerpa. Orang-orang Eropah di segala zaman memperlihatkan kebakhilan mereka terhadap kaum wanita. Mereka menyara wanita bukan atas tanggungjawab agama atau adat mereka, sebaliknya kerana dipaksakan oleh kedudukan ekonomi yang wujud di zaman perhambaan dan feudal dimana wanita bekerja di rumah adalah sebagai membayar saraan suami ataupun bapa-bapa mereka sahaja. Tetapi dengan meletusnya revolusi ini, maka seluruh kedudukan sosial telah mengalami perubahan-perubahan yang radikal dimana termusnahnya pertalian kekeluargaan, keibuan dan tanggungjawab anak lelaki untuk menyara orang tuanya. Masyarakat sudah mula membina komuniti baru yang bukan berteraskan suku atau kampung lagi, sebaliknya menetap di sekeliling kilang. Hal ini menyebabkan makanan dan minuman hanya diperlukan untuk diri sendiri dan kehendak seksual hanya berbentuk bayaran di rumah-rumah pelacuran. Wanita dan kanak-kanak pula bekerja siang dan malam tanpa bayaran dan sekiranya dibayar sekalipun harganya terlalu rendah. Si suami pula mengelak daripada memberi nafkah kerana di dalam ajaran Bible memang tiada ajaran memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Semuanya dilakukan sekadar ikut-ikutan adat ibu-bapa mereka semata-mata. Itulah hakikat manusia jika tidak diberikan manual panduan. Manual panduan manusia ialah kitab dan ajaran Rasul. Rasulullah bertindak sebagai demostrator  bagi isi kandungan Al Quran itu.

                 Selepas perjuangan beberapa kebangkitan sosialis yang prihatin kepada wanita, mereka mula diberi bayaran walaupun masih jauh berbeza dengan bayaran kaum lelaki. Hal ini berterusan sehinggalah meletusnya Peperangan Dunia Pertama, dimana berjuta-juta pemuda Eropah mati ataupun lumpuh malah ramai yang trauma sepanjang hayat mereka. Hal ini menyebabkan tenaga buruh lelaki untuk kilang-kilang semakin tidak mencukupi. Wanita mula menjadi balu yang mengalami kebuluran dan keruntuhan akhlak. Disebabkan budaya Eropah yang memulau dan memandang sepi kepada para balu dan janda, menyebabkan tiada siapa yang sudi mengahwini mereka. Berkahwin dengan janda adalah kasta yang begitu pariah bagi mereka. Masalah mula mucul apabila wanita-wanita ini mula menjual diri untuk mendapat layanan seks disamping terus mendapatkan wang dengan jalan yang mudah tanpa perlu memerah tenaga.
                Perjuangan wanita di Eropah terutamanya di England, terus berlaku dan kemuncaknya mereka meminta hak pengajian dan pembelajaran yang sama dengan hak lelaki. Lantaran keilmuan yang semakin terbuka kepada wanita, mereka mula melancarkan serangan balas atas rasa benci dan taasub genderisme terhadap lelaki, Ini menyebabkan mereka mula melaungkan slogan-slogan feminisme, anti lelaki, anti poligami dan persamaan hak sama rata diantara dua gender ini. Chauvinistik gender mula jelas kelihatan dan gerakan  yang pada asalnya inginkan pembelaan, mula bertindak mengeluarkan wanita daripada fitrah kesucian mereka. Inilah yang berlaku dan aliran pemikiran ini turut berpengaruh di Malaysia bertuah ini.

 Pandangan Islam terhadap wanita.

                 Menurut prinsip asasi Islam kaum wanita dipandang sebagai makhluk yang manusia yang mempunyai roh kemanusiaan dan sama sahaja dengan kaum lelaki.

Firman Allah

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

(Surah An Nisa' : 1)

Dari sini kita memahami, lelaki dan wanita merupakan satu kejadian yang sama asalnya keturunannya, arah tujuan hidupnya dan cara kehidupannya. Mereka juga dilindungi oleh maqasid syariah iaitu dijamin hak nyawa mereka, kebebasan beragama mereka, penjagaan akal mereka daripada dirosakkan, penjagaan maruah, harga diri dan harta benda mereka. Wanita juga tidak boleh didiskriminasikan dan dicerca sana-sini seperti yang berlaku pada zaman sebelum Islam dan zaman Arab jahiliyyah. Berdasarkan firman Allah,

 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

 (Al Hujurat : 11)

Rasulullah sendiri amat prihatin dengan wanita dan bersabda secara umumnya,

"Setiap orang Islam diharamkan mencerobohi darah, kehormatan dan harta benda orang Islam yang lain" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

                 Berdasarkan ayat Quran dan sunnah Rasulullah sendiri kita memahami, kaum lelaki dan wanita diberikan hak-hak kebendaan mereka serta kebebasan menguruskannya seperti hak memilih, membeli dan menjual harta mereka. Mereka juga sama hak dalam bab faraid (harta warisan), sewa-menyewa serta hak menggadai harta. Persoalan hak dan kesamaan taraf akan dibicangkan terperinci nanti.

Firman Allah,

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

(An Nisa' : 7)

 

Firman Allah lagi,

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( An Nisa' : 32)

                Islam juga menjamin hak perkahwinan wanita dimana si bapa wajib memberikan jodoh yang layak, sekufu dan terjamin agamanya. Kegagalan si bapa boleh didakwa melalui mahkamah syariah. Sebelum Islam, wanita boleh dikahwinkan oleh si bapa walaupun tanpa persetujuannya dan perkahwinan melalui perniagaan dan perjanjian juga terlalu menjadi-jadi. Islam pula menetapkan bahawa tidak boleh dikahwinkan si anak perempuan jika mereka tidak menunjukkan persetujuannya.
Rasulullah bersabda " Tidak boleh dikahwinkan wanita janda melainkan mendapat persetujuannya dan tidak boleh dikahwinkan anak dara melainkan sesudah mendapatkan  persetujuannya dan diamnya tanda keizinannya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

                Satu lagi bukti menunjukkan penghargaan Islam kepada wanita (sebenarnya bukan penghargaan sebaliknya ianya memang hak wanita sejak azali, istilah penghargaan adalah sebagai respon kepada golongan yang menuntut hak kewanitaan) adalah mereka dijamin hak pendidikan dan keilmuan mereka. Hal inilah yang menyebabkan Islam memaksa kesemua umatnya berilmu, mencari ilmu malahan ayat pertama Al Quran juga menyentuh tentang methodologi ilmu iaitu 'membaca'. Islam mewajibkan kedua-dua gender ini menuntut ilmu. Persoalannya adakah kesemua ilmu relevan dipelajari oleh kedua-dua pihak?  Secara umumnya Ilmu adalah wajib diketahui. Tetapi ilmu hari ini difahamkan sebagai menjurus kepada alam pekerjaan dan karier dengan menghakis tradisi epistemologi dan keberkatan ilmu itu sendiri. Hal inilah yang menyebabkan salah memilih ilmu dikalangan gender ini menyebabkan mereka hilang fitrah asli kelakian atau kewanitaan mereka. Hal inilah yang dilarang sebenarnya. Terdapat laungan-laungan sumbang yang menuduh ulama' mengharamkan wanita menjurus bidang kejuruteraan, bidang arkitek dan sebagainya. Bukanlah larangan ulama' yang perlu diperhalusi, tetapi isunya sudah habiskah lelaki dalam bidang tersebut? Secara umumnya  ianya tidak digalakkan kerana melanggar fitrah kewanitaan. Tetapi  perlu juga dipertimbangkan dunia hari ini yang memerlukan juga wanita mengisi ruang tersebut kerana urusan dunia yang mula menghendaki wanita berada di sana. Namun secara umumnya Islamlah agama pertama yang mewajibkan hak keilmuan yang sama di antara lelaki dan perempuan. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi.

Perbezaan lelaki dan perempuan.
                Apabila bercakap soal hak-hak wanita, sejurus sebelum itu perlu direnung semula, adakah sama kejadiannya antara lelaki dan wanita? Adakah kedua-duanya menjalankan tugas yang sama atau berlainan fungsinya. Adakah fungsi masing-masing langsung tiada kesamaan atau ada titik kerjasama di antara keduanya? Inilah persoalan pokok sebenarnya.
                Sekiranya pemimpin-pemimpin wanita yang sering mengadakan seminar dan wacana untuk menuntut hak-hak persamaan dan seandainya penulis-penulis dan pemikir wanita ingin mengatakan bahawa tiada langsung perbezaan dari susunan biologinya, emosi, unsur spiritual ataupun pemikiran antara lelaki dan perempuan, ketahuilah bahawa tiada guna lagi kita turut berbicara dengan golongan sebegini. Tetapi sekiranya mereka mengakui ada kelainan jasad, kekuatan dan kelainan sikap di antara lelaki dan perempuan, maka wajar bagi kita meneruskan diskusi tentang hak dan kedudukan wanita bersama mereka.
                Apabila menyebut perkataan hak dan kesamaan taraf, ia adalah suatu hujah refleks kepada tindakan menekan, menindas dan tindakan mendiskriminasi wanita. Islam tidak pernah menindas wanita. Dalam Islam wanita adalah wanita. Apabila tiada unsur penindasan, maka Islam berbicara soal fitrah. Semua kejadian ada fitrah dan sistem masing-masing.

 Firman Allah,

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

(Al Maidah : 48)

 Hasil daripada perbezaan tugas dan matlamat yang penting, timbullah perbezaan tabiat diantara gender agar masing-masing dapat memikul tugas-tugas hidupnya yang utama. Setiap gender telah diperlengkapkan dengan unsur fizikal, emosi dan minda yang sesuai dengan bidang masing-masing.
                Lantaran itu saya tidak memahami langsung apakah yang ingin diperjuangkan di dalam tuntutan-tuntutan pemimpin-pemimpin ini. Adakah ingin disamakan kesemua aspek sekaligus? Adakah mata dan perasaan mereka buta dalam menilai kelainan setiap kejadian Allah itu? Pada saya perjuangan mereka adalah rentetan daripada perjuangan menentang penindasan masyarakat Eropah, Babylon, Sumeria dan ketamadunan China yang banyak menindas wanita. Tidak ketinggalan juga kesultanan dan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang juga mempunyai saki-baki penindasan wanita. Hal ini yang menerbitkan klausa "wanita tak kemana, akhirnya akan kembali ke dapur juga" Benarkah wanita dicipta sinonim dengan dapur? Saya berasa agak bersyukur kerana ayah saya sendiri tidak pernah meminta secawan kopi langsung daripada ibu saya, sebaliknya beliau amat berdikari memandangkan ibu saya juga berhempas pulas bekerja siang dan malam untuk membantu ayah saya. Di Malaysia, bukan isu penindasan dari sudut diskriminasi yang wujud, sebaliknya isu  penindasan dalam bentuk penderaan dan tindakan eksploitasi wanita untuk keuntungan tertentu. Mengapa si pemimpin wanita ini tidak berjuang membantah eksploitasi wanita dalam iklan-iklan sehingga wanita kelihatan murah? Inilah agenda dan jarum-jarum sekularisme. Cukup halus!! Pandangan saya, perjuangan mereka perlu dipandang dan turut diperjuangkan sekiranya isu tersebut adalah isu penderaan, gangguan seksual, eksploitasi tubuh, serta memperjuangkan saluran-saluran yang berautoriti dalam menerima kes-kes kewanitaan dan ditangani dengan cepat dan berkesan.
                Sebagai contoh kita melihat, perasaan kasih mesra dan kesedian memberi khidmat dan kesabaran yang tinggi serta berjiwa teliti dan bertimbang rasa menyebabkan wanita ditakdirkan Allah untuk mengandung, diberikan hormon yang sesuai untuk itu serta diberikan rasa berani untuk melahirkan anak. Manakala lelaki lebih cenderung untuk menggunakan nilai intelek yang tinggi, lebih stabil emosi dan mindanya serta tubuh badan yang lebih cergas berbanding wanita. Pernah saya mendengar suatu hujah kurang bijak dimana sesorang berkata kepada saya, bukankah etlit-etlit wanita di Malaysia ini hebat-hebat belaka? Bukan kah mereka lebih 'tough', cergas dan kental tubuh badan berbandinh lelaki? Kata saya, adakah itu fitrah mereka? Adakah kesemua perempuan di Malaysia ini etlit? Mengapa sampai kesitu huajh dangkal diberikan? Mengapa tidak disuruh si etlit itu memimpin negara? Adakah memerintah negara cukup sekadar badan berketul-ketul? Teori kepimpinan mana yang dia gunakan?
                Lelaki dicipta untuk dipertanggungjawabkan segala yang berlaku di dunia ini pada hari akhirat kelak. Justeru mereka diberi kebebasan untuk bergerak, tidak perlu bertutup litup, perlu cergas kerana tanggungjawab mereka amat berat. Bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat. Sebaliknya wanita hanya disoal 2 perkara penting nanti iaitu sejauh mana ketaatan mereka kepada Allah dan suami mereka serta bagaimana mereka mendidik anak-anak mereka.
Manakala wanita tersebut pula akan dipertanggungjawabkan pula kepada si suaminya. Lantaran itu perempuan sememangnya fitrahnya adalah sebagai pembantu. Mengapa perlu direbut tanggungjawab berat  jika diketahui bebanan akhirat amat sukar dan payah? Bagi saya inilah ucapan daripada golongan yang tiada iman di dada. Jika ada pun telah dinodai oleh karat sekular dan Islam yang dikatakan liberal. Mereka terpedaya terus dengan hujah-hujah barat. Jika tahu hakikat penciptaan alam, mereka tidak akan  berkata sedemikian.

                Memang boleh kedua gender ini bertukar fungsi. Sebagai contoh, si bapa memasak dan mendidik anak, manakala si perempuan itu pula mengurus sebuah syarikat yang besar. Tetapi samakah masakan seorang bapa dengan seorang ibu. Samakah susu lembu yang diberikan berbanding susu ibu yang asli? Samakah peranan  lelaki mentadbir syarikat dengan wanita mentadbir? Hakikatnya tidak sama. Pasti ada kelainan nya. Hebat setinggi mana pun si lelaki menjadi chef sehingga amat terkenal seluruh dunia sekalipun, si anak tetap inginkan masakan ibu di rumah juga. Tetapi bukanlah sinonim perempuan dengan dapur. Rasulullah sendiri memasak sendiri serta menjahit sendiri bajunya. Sedangkan isterinya 11 orang!! Zalimkah Rasulullah?
                Apabila diberikan hak kesaksian mahkamah seorang lelaki bersamaan 2 orang wanita, bukanlah bermaksud si wanita itu bodoh atau kurang berilmu. Tetapi unsur emosi yang diambil kira. Sebagai contoh, jika si tertuduh mungkin seorang wanita yang lebih cantik daripadanya, mungkin saksi wanita yang kurang cantik akan berasa cemburu. Itu sahaja hujahnya. Bukan kerana kedangkalan atau kejahilan mereka dalam procedur mahkamah . Procedur boleh diajar. Tetapi emosi adalah semulajadi. Wanita ada juga mempunyai hari-hari dimana mereka kurang stabil emosinya berbanding lelaki. Hakikatnya bukanlah nilai wanita itu separuh nilai lelaki.
                Ada yang berkata kepada saya mengapa kitab-kitab fiqh dan kitab-kitab tasawuf klasik terutama kitab-kitab jawi lama seolah-olah ada chauvinistik gender di situ. Sebagai contoh mengapa hanya lelaki sahaja yang menjadi topik perbahasan ganjaran syurga dimana mereka akan dikurniakan bidadari jika beramal soleh. Persolannya dimanakah ganjaran wanita? Mengapa banyak persolan fiqh banyak hanya menyentuh perihal lelaki? Saya pernah menjawab, bahawa pengajian kitab dan pengajian secara tradisional selalunya dihadiri oleh kaum lelaki. Adalah menjadi tanggungjawab anak lelaki untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin. Guru-guru pondok mengarang kitab mereka berdasarkan keperluan penuntut, tahap mentaliti dan adat istiadat orang melayu. Dan menjadi tanggungjawab lelaki pula mengajar anak dan isteri mereka kelak. Namun unsur chauvinisme tersebut boleh diubah 'nada' nya sedikit demi sedikit dan bukannya dengan kita menyalahkan guru-guru pondok dan ulama' silam secara wewenang.

 Poligami  sebelum kedatangan Islam.
                Poligami merupakan suatu hal yang tidak boleh dielakkan lantaran peperangan demi peperangan di dunia ini yang terjadi di kalangan kabilah-kabilah, kaum dan negeri. Ini mengurangkan jumlah keseluruhan lelaki di dunia sejak zaman klasik lagi.
                Pada semua bangsa barat pada masa purbakala, poligami dianggap sebagai suatu kebiasaan yang dibolehkan. Kerana dilakukan oleh raja-raja, maka orang barat kebanyakkan menganggap ianya perbuatan suci.
               
Pada orang Hindu, poligami  dilakukan dengan meluas sejak zaman Bahari. Seperti juga orang Media dahulu kala, orang Babylon, Assyria dan Parsi, pada mereka tidak ada perbatasan tentang jumlah wanita yang boleh dipunyai seorang lelaki. Malah semakin tinggi kasta mereka, semakin rakus mereka memperhambakan wanita. Pada orang Yahudi pula sebelum kehadiran Nabi Musa, mereka tiada had dalam berpoligami sehingga terjadi kes rampas merampas wanita. Sehinggalah mereka menggubal sendiri idea-idea batas bagi poligami dalam kitab mereka Talmud.
                Pada orang Athens, orang yang dikatakan paling beradab di kalangan tamadun purba, dikatakan wanita tidak lebih nilainya daripada haiwan yang dijual di pasar-pasar serta boleh diwariskan. Wanita di cari sekadar untuk membantu mengurus rumah serta memberi zuriat.    Menurut masyarakat Sparta (Greek), meskipun lelaki tidak dibolehkan berpoligami  kecuali dalam kes-kes istimewa, kaum wanitanya pula boleh bersuami ramai. Sparta adalah tamadun yang paling pelik dalam pengurusan manusianya termasuk hal-hal rumahtangga.
Tamadun Rom telah mencapai kemuncaknya dengan menenggelamkan nilai ketamadunan Greek serta dicuba mereka untuk meng'asimilasi'kan kebudayaan tersebut di dalam tamadun mereka. Kemuncaknya, mereka memandang remeh kepada perkahwinan, sebaliknya menganggap pelacuran adalah jalan terbaik agar kaum lelaki tidak terikat dengan rumah tangga, sebaliknya hanya bersedia berperang untuk meluaskan empayar. Jika mereka berkahwin dan berpoligami, mereka hanya memberi kemewahan kepada isteri pertama dengan menindas dan memperhambakan isteri kedua dan seterusnya seperti haiwan. Jika ada dikalangan kita hari ini  yang mengatakan Islam menindas isteri pertama, bolehlah kita mencadangkan mereka ini kembali ke zaman Rom pula.
Dari manakah asalnya laungan monogami?
Dikatakan Nabi Isa AS sendiri melarang perkahwinan yang banyak? Mungkinkah perintah baginda itu adalah sesuai dengan Syariat dan kehendak masa itu, dimana perbinatangan wanita yang terlalu berleluasa. Tacitus menulis dalam bukunya Adat Istiadat Orang Jermen, dimana beliau memasukkan unsur melarang poligami. Dan falsafah ini telah ada pengikutnya, berikutan kepada penindasan masyarakat Eropah melalui poligami tanpa batasan tersebut.

Keadaan masyarakat Arab semasa kehadiran Rasulullah SAW.
                Apabila hadir Rasulullah SAW, di dapati poligami itu dijalankan ramai orang, bukan sahaja oleh kaumnya sendiri, tetapi juga oleh rakyat-rakyat di negara berhampiran. Poligami terus berlaku tanpa pengendalian yang baik oleh pemerintah-pemerintah Arab malahan wanita diperlakukan seperti sampah sarap.
                Orang arab, disamping suka berpoligami, kebiasaan mereka ialah berkahwin dengan bersyarat dan ikatan perkahwinan yang sementara. Perkahwinan ini kemudiannya dipopularkan semula oleh golongan Syiah. Masyarakat Yahudi hijaz pula menganggap anak.
                Orang arab sebelum Islam amat membenci wanita sehingga dibunuh anak perempuan hidup-hidup. Lantaran itu prioriti baginda pada awal Islam di samping aqidah ialah membenteras budaya zalim ini. Rasulullah menyatakan bahawa salah satu ajaran Islam adalah mencintai dan menghormati kaum wanita, dan baginda sendiri menggelar anaknya Fatimah RA sebagai 'Puteri Syurga'.
                Dalam peraturan-peraturan baru yang dibawa oleh baginda ialah melarang keras perkahwinan bersyarat yang menindas kaum wanita yang akhirnya menyebabkan wanita terkontang kanting tanpa nafkah. Rasulullah memberi ilmu yang banyak kepada wanita, mengamanahkan mereka mentadbir dan mengurus jabatan yang sesuai dengan kudrat mereka disamping banyak menyelesaikan masalah hak wanita dikalangan sahabatnya sekiranya timbul sedikit sebanyak (saya tidak menuduh para sahabat sebagai mendera isteri mereka).
Disebabkan jumlah lelaki yang semakin sedikit, jumlah wanita pula semakin banyak dan perempuan zaman tersebut yang cenderung untuk menjadi pelayan-pelayan bar dan kelab-kelab arak menyebabkan baginda membenarkan poligami. Ini juga meraikan emosi lelaki berbanding wanita yang hanya boleh menumpu kasih kepada seorang suami.  
    Menjadi adat juga bagi si suami yang membenci isterinya mentalak isteri kemudian merujuk di dalam masa iddah bertujuan untuk menggantung isterinya (gantung tak bertali) beberapa kali sehingga menyeksa si isteri. Maka datang syariat menghadkan talak hanya sekadar 3 kali sahaja. Ditegaskan juga talak melalui tebus talak (Khuluq) menjadi talak bain (iaitu cerai selamanya) dimana si suami tidak boleh lagi mempermainkan si isterinya. Jika dibandingkan undang-undang keluarga barat dengan Islam, jauh lagi teliti nabi kita membicarakan soal wanita dan pendisiplinan bangsa arab agar kembali menghormati wanita berbanding ajaran lain. Tahukah si pengkritik nabi, bahawa peperangan dan pemutusan hubungan nabi dengan Yahudi Qainuqa' adalah hanya di sebabkan beberapa lelaki Yahudi yang menyelak tudung kepala seorang wanita Islam? Tahukah betapa Rasulullah amat marah dengan sikap biadab mereka itu. Kita boleh melihat, dalam mana-mana peperangan, pihak kafir akan menindas wanita. Dalam setiap peperangan wanita akan dibunuh dan dirogol. Hanya Islam sahaja agama yang mengharamkan rogol semasa perang. Islam menjaga kebajikan dan nafsu tenteranya. Hal ini  dicegah pada zaman Saidina Umar apabila beliau memanggil semua tenteranya yang berjuang melebihi 4 bulan agar kembali melayani isteri-isteri mereka. Lihatlah Islam. Pihak sekular berhujah menghentam Rasulullah SAW secara umum tanpa memeperlihatkan bukti. Kerana itulah mengkaji dan membaca sirah adalah jalan terbaik menghapuskan fikrah dan fahaman pincang sebegini.
               
Di dalam Islam, poligami wajib disertakan keadilan dari sudut harta benda dan layanan seksual. Namun Islam memberi kelonggaran sekiranya kita kurang mampu adil dari sudut cinta dan hati. Tetapi bagi muktazilah, mereka menganggap keadilan adalah juga meliputi soal cinta dalan hati. Jika tidak adil cintanya, maka seseorang itu tidak boleh berpoligami. Kerana itulah kita melihat pada zaman Khalifah Al Makmun ( Abbasiyyah), poligami terlalu ketat di adakan kerana baginda menganut fahaman muktazilah. Pada saya golongan Islam leberal kini adalah golongan neo-muktazilah.

 Tuduhah Rasulullah SAW seorang yang gila perempuan dan gila seks.
                 Tuduhan ini adalah tuduhan melulu jika kita hanya melihat kepada kuantiti isteri Rasulullah tanpa mengkaji sebab musabab Rasulullah diberi hak istimewa beristeri ramai serta bagaimanakah layanan baginda kepada semua isteri-isterinya.
                Ketika Rasulullah berumur 25 tahun, baginda mengahwini Khadijah yang berusia 40 tahun. Perkahwinan selama 25 tahun dengan Khadijah tidak langsung menimbulkan masalah sebaliknya khadijahlah tempat baginda bergantung dari sudut material, spiritual dan mental. Baginda kehilangan Khadijah buat selama-lamanya pada usia  baginda 51 tahun. Baginda tidak pernah menduakan Khadijah memandangkan akhlak Khadijah yang terlalu tinggi dan luhur kasihnya tanpa tandingan. Lagipun Rasulullah sibuk menghadapi pelbagai tentangan dan cabaran pada 10 tahun awal dakwah nabi.
                Beberapa bulan selepas kewafatan Kahdijah dan baginda sudah kembali dari Taif, baginda mengahwiini pula Saudah. Saudah adalah janda kepada Sakran (sahabat Nabi) yang mati dalam perjalanan hijrah ke Habshah. Saudah diberi perlindungan oleh Najasyi Habshah sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Saudah hidup amat melarat dan perkahwinan Rasulullah telah memecah tradisi arab yang memusuhi perempuan janda  melarat.

                Saidina Abu Bakar pula (nama sebenar Abdullah Bin Usman Abu Kahafah) ingin bermenantukan baginda dengan menawarkan pula Saidatina Aisyah yang waktu itu masih berumur 7 tahun. Tetapi adat Quraisy pada waktu itu yang membolehkan perkahwinan dengan gadis berumur 7 tahun menyebabkan baginda berkahwin juga walaupun  hanya tinggal serumah dengan Aisyah semasa beliau berusia 9 tahun. Jelasnya hanya Aisyah sahaja isteri nabi yang masih dara dan muda. Itupun adalah ilham daripada Allah kepada Abu Bakar untuk diberikan anaknya kepada baginda dan wahyu kepada Rasulullah untuk menerimanya.
                Saidina Umar pula mempunyai anak yang bernama Hafsah. Wanita ini kehilangan suaminya semasa peperangan badar dan memiliki sifat yang keras seperti ayahnya juga. Umar menawarkan anaknya kepada Saidina Usman RA dan Saidina Abu Bakar RA sebagai isteri, namun kesemunya menolak.
Mereka menolak kerana sikap Hafsah yang dikatakan keras seperti ayahnya Umar RA. Maka Saidina Umar berasa amat malu dan kecewa. Beliau amat marah semasa mengadukan hal ini kepada Rasulullah. Akhirnya Rasulullah menerima Hafsah sebagai isterinya. Dalam suatu kisah ada diberitakan bahawa Hafsah memarahi Rasulullah tatkala baginda selesai menyetubuhi Mariah (hamba Rasulullah) di atas katil Hafsah, sehingga baginda bersumpah untuk tidak lagi menyetubuhi Mariah. Kisah ini dikatakan asbabul nuzul kepada ayat dimana Allah menegur Nabi mengharamkan perkara yang dihalalkan kepadanya. Kisah ini adalah bersumberkan karya orientalisme. Kisah sebenarnya adalah apabila Hafsah dan Aisyah cemburu kerana Rasulullah amat gemarkan madu yang diberikan oleh Zainab, maka mereka melarang baginda memakannya lagi. Terus Rasulullah enggan lagi memakan madu itu hanya kerana ingin menjaga hati isterinya yang 2 ini. Maka turunlah ayat yang menegurkan sikap Nabi itu.
                Rasulullah juga mengahwini Zainab yang berketurunan bangsawan yang juga terkenal dengan kecantikannya. Beliau sebelumnya berkahwin dengan Zaid Bin Harithah (bekas hamba Rasulullah yang kemudiannya menjadi anak angkat baginda). Beliau tidak menyintai Zaid kerana keturunan Zaid yang bukan daripada kalangan bangsawan. Beliau selalu mengungkit-ungkit kata-kata Rasulullah yang pernah memuji kecantikannya itu di hadapan Zaid. Zaid berasa terhina dan akhirnya bercerai. Sebelum berkahwin, ramai dikalangan Quraisy yang menghina Rasulullah kerana dikatakan mengahwini menantu sendiri (orang arab menganggap anak angkat sebagai anak yang sebenar sehingga memberi nama mereka sebagai nama bapa anak angkat mereka). Hal ini ditegur oleh Allah,

Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya dan Dia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu dan Dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. (Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul.

 Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

( Al Ahzab : 4-5)

                Juwairiyah pula dikahwini baginda apabila Juwairiah menjadi tawanan baginda dalam peperangan untuk menamatkan pemberontakan kaum Bani Mustaliq. Perkahwinan ini mneyebabkan ramai sahabat yang lain membebaskan tawanan kaum Bani Mustaliq kerana beranggapan baginda telah memuliakan musuh mereka.
               
Safiah binti Huyai adalah anak kerpada musuh baginda daripada kalangan Yahudi Khaibar. Disebabkan keturunan Safiah adalah keturunan Nabi Harun, maka Rasulullah tidak menyetubuhinya sepertimana hamba-hamba yang lain sebaliknya baginda memerdekakan Safiah sebagai maskawin perkahjwinan mereka. Maka kedudukannya kemudiannya sama dengan isteri-isteri yang lain.
                Berlainan dengan Mariah Al Qibtiyyah. Beliau adalah gadis bangsa Qibti yang dihadiahkan oleh Najasyi kepada Baginda. Baginda kemudianhya mengahwini Mariah tetapi tidak dibebaskan. Disebabkan itulah Mariah adalah isteri yang bukan dikalangan Ummahatul Mukminin.
                Setiap isteri nabi seolah-olah, mewakili pelbagai ragam manusia, sikap wanita dan entiti masyarakat dan status. Sebagai contoh ikutan, adalah relevan nabi beristeri ramai memandangkan sikap dan ragam wanita hari ini yang semakin rencam dan pelbagai  perangainya. Itulah hikmah mengapa Nabi dibenarkan beristeri ramai. Hakikatnya, kesemua isteri tersebut dipilih oleh Allah untuk membantu Nabi memberi sunnah kepada masyarakat melalui kehidupan nabi yang berlainan diantara isteri yang berlainan.

 Menyetubuhi hamba.

                Hari ini sudah tiada lagi hamba menurut Islam. Yang ada hanya orang-orang gaji yang taraf mereka adalah sebagai pekerja kita yang wajib diberikan upah. Dalam tulisan saya yang lalu dalam menjawab tuduhan bahawa Islam menggalakkan perhambaan, saya telah menyediakan hujah ringkas berkenaan hamba wanita yang dibolehkan disetubuhi oleh tuannya sahaja. Hal ini kerana menurut struktur sosial waktu silam yang  sememangnya hamba boleh disetubuhi. Rasulullah memberi hak sedikit demi sedikit kepada hamba wanita dan akhirnya pada zaman Umar status ummul walad diperkenalkan dan ummu walad haram diwariskan oleh si bapa kepada anaknya serta harus dibebaskan jika kematian tuannya. Walaupun hamba wanita boleh disetubuhi tanpa nikah, namun jika mereka melakukan kesalahan, mereka tidak boleh dihukum sama seperti wanita bebas sebaliknya hanya dihukum separuh daripada hukuman biasa.

                Di akhir hayat baginda baginda menerima pula ayat yang melarang lagi perbuatan menyimpan gundik, walaupun ayat tersebut bukannya larangan mutlak.

 

Firman Allah

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya.

 Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

(Al Maidah : 4-5)

Disini jelas bahawa perbuatan menyetubuhi hamba wanita jelas tiada lagi berlaku sekarang ini. Perbincangan isu ini hanya sebagai melihat method nabi mengharamkan perkara yang tidak baik secara beransur-ansur dan bukannya menuduh Rasulullah gilakan seks dan sebagainya.

 Alangkah malangnya apabila ada juga dikalangan melayu yang dangkal ilmu agama dan sejarahnya mula berfatwa bahawa Rasulullah menyimpan perempuan simpanan. Inilah lidah-lidah kafir yang mula dijelmakan dalam bentuk jasad dan fizikalnya muslim. Malang sekali kerana mereka ini berpengaruh serta dibenarkan mengeluarkan kenyataan disana sini dengan bebasnya. Tulisan ini disebarkan sebagai suatu usaha kerdil mengembalikan usaha kita membela Rasulullah. Walaupun dengan serba kekurangan ilmu, saya akan terus menulis untuk berhujah kepada golongan-golongan biadab ini secara terus-menerus. Doakan usaha ini.

Rujukan tambahan:

1)     Sejarah Evolusi dan Keunggulan Islam; Syed Ameer Ali, 1992, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2)       Tafsir Al Azhar Juzu' 5; Prof Hamka, Pustaka Nasional.

3)       Salah Faham Terhadap Islam; Muhammad Qutb, 1977, Sharikat Dian Sendirian Berhad.

4)       Fiqh As Sirah; Muhammad Sai'd Ramadan Al Buti, 2000, Dewan Pustaka Fajar.

p/s : saya mengalu-alukan sebarang cadangan bahan bacaan kepada saya agar mendapat info yang labih bernilai, Sila emailkan kepada : jihadin82@yahoo.com

Oleh,

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

13/5/2006

1.05 pagi.

 

 

 

 

 

 


Posted at 02:27 am by Pendita Bitara
Comment (1)  

Friday, May 12, 2006
Bab Haji (2)

Alih Tulisan Kitab Kifayatul Muhtadiy Pada Menerangkan Sulamul Mubtadiy

Sheikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al Fatani, waris  Al A'lamah Sheikh Daud Al Fatani

KITAB NISKUN (kitab tentang Haji) (Bahagian 2)

(FASAL). Ini suatu fasal pada segala rukun haji. Dan rukun haji itu 6 perkara.1 Pertamanya ihram iaitu niat masuk kepada niskun dan yang afdhalnya ia ta'yiinkan niskunnya seperti diniatkan di dalam hatinya akan makna "nawaitu al hajj wa umratu bihi lillahi taala", dan tiada wajib dita'radhkan fardhunya. Keduanya wuquf di Arafah iaitu hadir orang yang ihram dengan haji itu dan jika satu lahzah pada bumi Arafah kemudian daripada gelincir matahari hari yang ke-9 daripada bulan Zul hijjah, dan jika ia tiada ketahui keadaannya di Arafah  sekalipun dan disyaratkan  bagi orang yang wuquf di Arafah keadaannya ahli bagi ibadat yakni bukannya gila, atau pitam atau mabuk, maka orang yang wuquf sedang gila atau mabuk sekiranya hilang akalnya, jatuh hajinya sunnat jua, dan yanh pitam hingga luput waktu wuquf tiada sah hajinya. Dan berkekalan waktunya hingga keluar fajar hari yang ke-10 Zul hijjah. Dan sunnat dihimpunkan malam dan siang di Arafah dengan hadirnya di Arafah pada hari ke-9 hingga jatuh matahari hati itu dan jika keluar ia daripada tanah Arafah dahulu daripadanya jatuh matahari hari itu sunnat seeekor dam. Dan sunnat ia wuquf pada tempat nabi wuquf iaitu di sisi beberapa batu yang besar-besar yang terhampir di kaki Jabal A Rahmah yang adalah ia ditengah bumi Arafah. Dan sunnat membanyakkan mangucap padanya kemudian daripada gelincir matahari dan yang terlebih afdhalnya ' la ilahaillah wahdahu la syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit wahua a'la kulli syai in qadir" ertinya tiada tuhan melainkan Allah hal keadaannya esa ia tiada baginya yang bersekutu segala perintahnya itu baginya jua keadaannya esa ia tiada baginya yang bersekutu segala perintahnya itu baginya jua dan baginya segala  puji-pujian ialah yang menghidupkan dan ia lah yang mematikan dan ia yang amat kuasa atas tiap-tiap suatu dan sunnat membanyakkan doa dan istighfar dan taubat dan membaca surah Al Hashr, dan selawat nabi SAW, dan yang terlebih utama selawat tashahud pada hari itu daripada ketika permulaan wuquf hingga nafar ia. Dan rukun ketiganya daripada rukun haji itu tawaf ifadhah (tawaf wajib) Baitullah dan bagi sah tawaf 2 7 syarat, pertamanya keadaannya tujuh keliling dengan yakin, maka tiada memadai jika kurang dan jika sedikit sekalipun, dan syarat yang kedua dimulai akan tawaf daripada Hijir Aswad berbetulan baginya atau bagi sukunya dengan segala limbung kirinya, maka jika dimulai kan dengan lain daripadanya seperti dimulai dengan umpama pintu Kaabah tiada di hisabkan tawafnya hingga sampai ke hijir Aswad baru dimulaikan tawaf daripadanya, dan yang ketiganya dikiri akan baitullah pada segala tawafnya dan jangan bersentuh dengan tubuhnya satu suku daripada baitullah yakni di tawafnya di luar baitullah dan lagi keempatnya keadaannya tawaf itu di dalam masjid dan jika luas sekalipun selama tiada keluar daripada tanah haram, dan kelimanya niat jika tawaf itu sunnat bersalahan tawaf niskun kerana melengkapi niatnya akan tawaf hanya jangan ada sorofnya niat akan berjalan lain daripada tawaf maka jika di palingkan kepada yang lain seperti menuntutkan yang berhutang (sengaja niat berjalan untuk buat kerja lain maka batal tawaf) umpamanya putus tawafnya daripada tempat dipalingkan dia dan serta segala syarat yang tersebut itu syaratnya. Yang keenamnya menutup aurat seperti pada sembahyang dan syaratnya yang ketujuhnya suci ia daripada 2 hadas iaitu hadas besar dan yang kecil dan suci pula daripada najis yang tiada di maafkan dia pada tubuhnya dan kain nya dan tempat lalunya, bersalahan yang dimaafkan dia seperti ghalib najis tempat tawaf yang telah umum balwa dengan dia seperti tahi burung merpati, dan sunnat berjalan padanya dan dikucupkan Hajar Aswad dengan mulutnya kemudian daripada istilamnya (menyentuh batu dengan tangan kanan), disapukan dia dengan tangan kanannya, dan dihantarkan dahinya pada Hajar Aswad dan mengucap Bismillah Allahu Akhbar pada tiap-tiap kali dilalunya, maka jika tiada kuasa  ia daripada mengucapkan dan menghantarkan dahinya kerana bersesak orang, memadai dengan disapukan dengan tangannya yang kanan jua dan jika lemah ia daripadanya, maka memadai ia dengan isyaratkan menyapu dari jauh dengan tangannya jua dan dikucupkan tangannya itu. Demikian lagi daripada rukun yamani, sunnat ia istilam dengan tangannya kemudian dikucupnya akan tangannya, maka jika lemah daripadanya memadai dengan isyarat jua dan setengah daripada sunatnya membaca doa tawaf yang warid daripada nabi SAW, atau athar sahabatnya dan tabiin seperti barang yang disebutkan dia pada kitab-kitab yang besar-besar kemudian ia solat sunnat tawaf 2 rakaat dan terlebih utamanya disembahyangkan di belakang Maqam Ibrahim dan yang kurang daripadanya disembahyangkan di dalam Kaabah 3, maka dibawah seluruhnya maka pada Hijir, maka pada barang mana tempat di dalam Masjidil haram. Dan rukun yang keempatnya daripada rukun haji itu Sai' iaitu berjalan antara Sofa dan Marwah, dan adalah syarat sahnya 3 perkara. Pertamanya adalah sai itu tujuh keliling yakni 7 kali berjalan, barangkali salah mneyalin  kerana tiada berkeliling padanya bersalahan tawaf keduanya.(sheikh Muhammad Noor tegur matan kitab ini yang sebut tujuh keliling sedangkan keliling dalam tawaf bukan sai') Dijalankan pada tempat sai' iaitu masa' dan dimulaikan sekali pertamnya daripada Sofa  ke Marwah dan dimulaikan kedua kalinya daripada marwah kepada sofa demikianlah dimulaikan yang ketiganya daripada Sofa disudahi ke marwah hingga genap 7 kali itu dan sudahnya di marwah dan syarat yang ketiganya bahawa ada sai' itu kemudian daripada tawaf rukun atau kemudian daripada tawaf Qudum dan sunnat berniat pada sai' dan pada tawaf haji atau umrah dab wajib niat pada tawaf yang bukan tawaf haji atau tawaf umrah dan sunnat mengucap takbir pada Sofa dan pada marwah dan berlari-lari pada antara Sofa dan marwah dan adalah tempat berlari dan berjalan itu ma'ruf kerana ada tanda keduanya tempat berlari dan berjalan itu iaitu dahulu daripada sampai kepada mil yang hijau yang dibinakan dia di jadar masjid, tingginya 6 hasta daripada pihak Sofa hingga kepada 2 mil yang hijau yang adalah satunya di jadar masjid dan hadapannya satu lagi di jadar darul abbas pada pihak marwah, maka yang di antara 2 tanda itu, tempat berlari dan yang lainnya tempat barjalan, maka tiada di syaratkan pada sai', toharoh daripada hadas asghar atau akbar, dan tiada disyaratkan menutup aurat dan suci daripada najis hanya sunnat padanya jua. Dan rukun yang kelima daripada rukun haji itu bercukur atau bergunting (tahalul) tetapi yang afdhal bagi lelaki bercukur dan bagi perempuan bergunting, yakni menghilangkan rambut daripada kepalanya dan sekurang-kurang memadainya 3 urat rambut kepalanya dengan barang kaifiyat bagi orang yang mermpunyai rambut kepalanya, dan orang yang tiada rambut pada kepalanya sunnat dilalukan pisau pencukur atas kepalanya dan memadai diguntingkan rambut kepala yang terkeluar daripada had kepalanya. Dan rukun yang keenam daripada rukun haji, tertib pada kebanyakkan rukun seperti wajib di dahulukan ihramnya daripada segala rukunnya kemudian ia wuquf di Arafah, kemudian tawaf dahulu daripada sai' nya, tetapi harus bercukur dahulu daripada tawaf dan melontar jamrah Aqabah dan harus sai' dahulu daripada wuquf apabila dikerjakan dia kemudian daripada tawaf qudum. Adapun rukun Umrah iaitu 5 perkara, pertamanya iaitu ihram 4 dan iaitu niat ia masuk kepada niskun umrah seperti diniatnya di dalam hati makna  niat,keduanya tawaf, ketiganya sai' keempatnya bercukur dan kelimanya tertib 5, Tiada dapat dijabarkan (di gantikan) segala rukun ini dengan dam dan tiada keluar seorang daripada ihramnya hingga sempurna ia akan segala rukunnya yang tersebut itu.

 

 

Nota kaki ;

1) Rukun haji 6 : niat ihram, wuquf, tawaf wajib, sai' dan tahalul.

2) Cara tawaf lelaki : sunat berjalan bergegas, segera dan pendek langkah dalam 3 keliling pertama dan gerak bahu, hanya untuk tawaf wajib bukan tawaf sunat, sunat ittiba' Buka bahu kanan) dan makruh tawaf henti-henti tanpa uzur.

3) Dalam maqam Nabi Ismail juga dikira tawaf dalam Kaabah

4) kalau berada di Mekah, niat Umarah mesti di tanah halal, ttapi kalau niat haji, boleh niat di rumah tanah haram.

5) Rukun umrah 5 : Niat ihram, tawaf umrah, sai' dan tahalul.

 

 

Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Kuala Lumpur

 


Posted at 03:02 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Salam hormat para pembaca.

Assalamualaikum,

Mulai kini, saya cuba untuk menaip semula kitab-kitab lama jawi ke  dalam tulisan rumi. Walaubagaimana pun saya masih mengekalkan formatnya, susunan ayatnya (seperti susunan bahasa Arab) demi mengekalkan keasliannya. Saya juga menambah beberapa huraian ringkas dan nota kaki untuk memudahkan pembaca meneliti khazanah lama. Bukanlah saya orang yang layak mengajar kitab-kitab tua ini, tetapi atas kesedaran untuk memberi alternatif kepada masyarakat yang sedar peri pentingnya khazanah lama ini di punggah semula. Ulama' melayu dahulu adalah revolusioner, mujaddid serta tokoh mujahid yang terkenal dengan keberanian. Serta terkenal dengan keikhlasan berjuang menyebar ajaran Islam dan komited menentang penjajah. Karya lama juga lebih tinggi estetik keikhlasannya. Inilah pendapat saya, dan saya cuba mengenengahkan kembali pemikiran ini. Kita merasa sedih dengan generasi hari ini yang bukan sahaja buta jawi dan Al Quran, malahan sudah hilang kepeduliannya terhadap keilmuan Islam umumnya.
Moga Allah memandang usaha ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Universiti Malaya


Posted at 02:33 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Kitab Haji (pertama)

 

Alih Tulisan Kitab Kifayatul Muhtadiy Pada Menerangkan Sulamul Mubtadiy

Sheikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al Fatani, waris  Al A'lamah Sheikh Daud Al Fatani

KITAB NISKUN (kitab tentang Haji) (Bahagian 1)

 

Ini suatu kitab pada menyatakan niskun iaitu haji dan umrah. Makna keduanya itu menunjukkan kaabah kerana memperbuat segala perbuatan yang tertentu dengan tiap-tiap satu daripada keduanya yang lagi akan disebutkan. Dan wajiblah keduanya akan sebagai wujub aini (fardu ain) pada seumur hidup sekali jua atas tiap-tiap muslim yang mukallaf iaitu yang baligh lagi berakal, yang merdeheka(merdeka), yang mustati' (mampu) yang kuasa dengan mengerjakan  sendirinya atau dengan orang yang lain seperti yang lagi akan disebutkan. Adapun orang yang kuasa dengan sendirinya baginya beberapa syarat. Iaitu yang ada bekalnya dan bejananya (bekas minuman dan makanan), cukup pergi datangnya dan ada kenderaan dengan dibelinya atau disewanya bagi orang yang jauh daripada mekah iaitu orang yang antara tempatnya sekira-kiranya pada dua marhalah atau lebih. Dan disyaratkan bekalnya iaitu adalah ia lebih daripada tempat segala orang yang wajib atasnya nafqahnya (duit bekal mestilah harta lebihan daripada nafkah kepada orang yang dia tanggung selama itu) sekira-kiranya cukup bekalnya pada pergi kembalinya kepada negerinya dan lebih daripada pembayar hutangnya (duit bekal mestilah duit lebihan selepas duit bayar hutang) dan jikalau bertangguh sekalipun dan lebih daripada tempat kediaman dan pakaian dan pakaian orang yang wajib atasnya (yang di bawah tanggungjawabnya seperti anak isteri di negerinya) yang berpatutan keduanya dengan dia daripada hal (samada ianya) kayanya atau miskinnya. Dan aman jalan jika dengan Dhan (sangkanya) sekalipun maka jika tiada aman daripada binatang buas tiada wajib haji atasnya dengan sendirinya. Dan ada masa padanya sampai  ke Arafah sebelum lagi habis waktu haji tahun itu pada adatnya sekiranya tiada berhajat kepada segera pada perjalanannya akan sebagai segera yang menyalahi bagi adat maka kemudian daripada dapat bekalnya dan kenderaannya itu dapat sampai dengan perjalanan yang beradat, adapun jika tiada sampai dengan perjalanan yang beradat (tidak ada masa yang mencukupi untuk dapatkan kesemua rukun haji) tiada wajib atasnya haji. Dan disyaratkan ada air dan makanan pada tempat perhentian yang beradat ada padanya kerana ditanggungkan daripadanya membuat bekal kepada segala tempat yang lain dan harga keduanya itu harga yang patut tempat itu dan waktu itu dan ada pula pada tempat-tempat itu umpan kenderaan (makanan binatang kenderaan/ zaman sekarang petrol). Inilah segala syarat yang wajib ia datang haji dengan sendirinya. Maka apabila ia cukup segala syarat yang tersebut itu pada seorang wajiblah ia datangkan haji dengan sendirinya. Adapun jika tiada sempurna padanya segala syarat itu tiadalah wajib atasnya haji dan umrah. Tetapi jika mati ia di dalam hal ia muslim lagi mukallaf lagi merdeheka, harus bagi tiap-tiap orang sama ada waris atau ajnabi (isterinya) tolong mengerjakan haji ganti daripadanya atau mengupahkan orang haji ganti daripadanya dan jadi haji itu haji fardhu daripadanya dan jikalau tiada dituntutkan daripadanya pada ketika hidupnya. Dan demikian lagi yang kuasa ia haji dengan orang lain itu iaitu orang yang mati kemudian daripada lewat tengah malam hari nahar dengan sekadar masa yang sempat padanya melontar dan tawaf dan sai' yang ada tetap haji pada zimahnya pada tahun itu sebab ada sempurna padanya syarat yang wajib haji atasnya tiada ia haji hingga mati dan matinya itu dalam keadaan berdosa kerana ia mentaakhirkan (melewatkan) hingga sampai kemudian daripada sampai kemudian daripada waktu yang tersebut itu(berdosa dan haji gantinya adalah wajib). Adapun jika mati ia dahulu daripada waktu itu tiada berdosa ia dan tiada tetap atasnya haji lagi(Tidak wajib ganti tetapi harus dihajikan juga oleh warisnya). Maka dihajikan dia daripada tarkihnya (harta peninggalan si mati) maka, jika tiada baginya tarkih, sunnat bagi warisnya memperbuatkan dia ganti daripadanya dan harus bagi ajnabi memperbuatkan dia dan jika tiada dengan izin warisnya sekalipun. Dan demikian lagi orang yang ma'dhub iaitu orang yang sempurna baginya segala syarat wajib yang (tetapi) lemah (sakit, tua atau uzur) daripada mendatangkan haji dengan sendirinya (mesti buat sendiri) yang ada antaranya dan antara Mekah 2 marhalah atau lebih. Adapun  orang yang  tiada antaranya dan antara mekah 2 marhalah (tinggal dekat dengan Mekah) tiada harus menggantikan daripadanya hanya dikerasikan atasnya ia haji sendirinya maka jika lemah ia digantikan kemudian daripada matinya pada hal ada padanya harta yang dapat diupah akan yang menghajikan dia dengan  upahnya misalnya wajiblah diupah akan dia jikalau harta itu lebih daripada nafkah segala orang yang wajib atasnya nafkahnya dan lebih daripada barang yang lazim bagi dirinya dan bagi mereka yang tersebut itu daripada tempat kediaman dan lainnya. Atau ada orang yang hendak tolong menghajikan dia dengan rela wajib dirinya izinkan dia pada kedua dua surah ( 2 kes di atas) iaitu surah (kes ia upahkan orang dan surah (kes) orang tolong menghajikan dia.

 Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah  


Posted at 02:30 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Thursday, May 11, 2006
Judas

JUDAS

Kali ini saya ingin membawa minda pembaca kepada sebuah lirik lagu daripada kumpulan speed metal kegemaran saya iaitu Helloween. Untuk pengetahuan pembaca, Helloween adalah kumpulan yang agak istimewa bukan sekadar suara bernada tinggi dan halus vokalisnya, bukan dengan muzik pantas lembutnya, bukan dengan solo gitar doublenya, bukannya sekadar dengan lagu kod minor yang sedih dan pantas. Bukan sekadar itu sahaja. Helloween terkenal dengan lagunya berlirikkan luahan perasaan ikhlas, kritis, sikap bencikan borjois sombong, Yahudi, hasutan syaitan (walaupun mereka kristian) serta mengagungkan pejuang keamanan dan keselamatan. Pembaca boleh alami sendiri hasrat hati mereka dengan menyelami muzik dan lirik mereka. Sikap penggerak social boleh dikatakan agak tinggi.

Dalam penulisan ini saya menyajikan lirik lagu JUDAS (keyahudian)

 

You promise us all a bright golden future

You say you will save the world

That there will be no more hunger and pain

But we only see your golden hand

You say you take care of our survival

Sending us missiles instead

But you just betray us deny us and lie

And you always say you would

Fight for freedom

Fight for right

I see treason in your eyes

Judas, rolling with iron hand

Judas,sitting in the government

Judas Im not a Jesus Christ

Judas you will be one who’s crucified

You worship money and economy

There’s nothing that you wouldn’t do

If the payment is right you don’t care about life

Because the economy is your truth

You are the one who selling terror and pain

In all the parts of the world

You are preparing the final grand slam

But you keep on telling you will

Judas are you still human

Judas I cant believe it

Judas, dealing with evil

 

Judas/judah adalah merujuk kepada salah keturunan Sam Bin Nuh yang mengasaskan keturunan Semit. Perkataan Judas, Jew, Zionis, Bani Israel dan Yahudi sering digunapakai untuk maksud yang sama. Hakikatnya tidak begitu. Bukan semua Bani Israel Yahudi. Bukan semua Yahudi berbangsa Israel. Bukan semua keturunan Judah yang berideologi Zionis.

Apabila kita melihat lirik ini ianya ditujukan kepada golongan Yahudi. Semestinya Yahudi di Jerman (kumpulan ini berasal daripada Jerman). Sejarah menyaksikan Hitler seorang prebet askar Jerman berucap dan berkempen untuk menghapuskan golongan Yahudi di Jerman. Yahudi punca Jerman menerima impak pedih dalam Peperangan Dunia Pertama. Yahudi mengeksploitasi kekayaan Jerman, memisah ras borjois dan proletar dengan begitu teruk. Yahudi memeritkan bangsa Jerman semasa menghadapi perjanjian Versaille. Ideologi komunisme dan social juga diasaskan oleh Yahudi Jerman iaitu Karl Marx seorag Yahudi yang melihat Jerman boleh dibangkitkan dengan semangat proletar.

Tetapi semangat ini dipandang sepi oleh Adolf Hitler kerana mereka bukan bangsa Jerman yang mempertahankan Negara. Segala kucar kacir diletakkan 100% kepada bahu Yahudi di Jerman.

Apabila kita melihat rintihan anak-anak muda 80an ini, seolah-olah  membicarakan sikap bencikan (anti) Yahudi masih membara lagi sebenarnya. Apakah tidaknya, ideologi Komunis telah memisahkan warga Jerman dengan tembok Berlin (selepas Perang Dunia 2 - Jerman Barat dan Timur). Yahudi masih dipandang sebagai pemecah belah masyarakat.

Propaganda Yahudi dikenalpasti iaitu mereka mengaku membawa jalan yang seimbang, agenda kebajikan dan kesaksamaan (seperti komunis) tetapi dalam masa yang sama memusnahkan sistem kemanusiaan, moral dan akhlak peradaban dengan sikap berpura-pura.

Yahudi juga terkenal dengan manopolinya dalam ekonomi dan kewangan dunia. Yahudi menguasai polis dunia melalui pakar intelek yang bekerja di USA, pakar ekonomi serta mengawal keseimbangan ekonomi dunia. Yahudi  terkenal sebagai bangsa yang sanggup membunuh sesiapa sahaja demi wang termasuk ibu bapa mereka sendiri. Sejarah menyaksikan Nabi-nabi mereka dibunuh satu persatu semata-mata kerana tidak menepati nafsu mereka. Mereka menjual kesakitan dan penderitaan rakyat demi kepuasan mereka. Merekalah bangsa Yakjuj Makjuj yang diceritakan oleh Rasulullah.

Mereka menguasai mana-mana kuasa politik secara berproksi atau secara langsung. Kuasa mereka menyerlah di USA, Indonesia, Singapura, Britain serta beberapa Negara komunis. Memerintah secara kuku besi dan kejam. Sikap kejam mereka menyebabkan mereka tidak pernah mempunyai Negara dan kerajaan sendiri. Mereka pernah dihalau oleh Tsar Rusia semasa mereka menumpang dan membina ekonomi monopoli mereka di Rusia.

Dalam tulisan ini juga penulis mengajak pembaca mengkaji lebih mendalam persoalan social yang mungkin disuarakan oleh pihak lain yang bersetemu dengan kita individu yang memahami Islam. Segala penyelewengan yang berlaku dalam sesebuah komuniti tetap akan didedahkan walau apapun fahaman yang ada.

Pendita Bitara

main Library

UM


Posted at 07:49 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya

Tuduhan Ketiga : RASULULLAH DENGAN DASAR TERTUTUPNYA TERHADAP KETAMADUNAN LAIN

 

            Tulisan pada kali ini akan cuba dikupas oleh saya sekadar yang mampu dalam menyediakan hujah toleransi dan dasar terbuka diplomasi Islam. Islam adalah agama diplomasi. Bagaimana ingin membela Islam apabila dilontar dengan pelbagai tomahan di mana Rasulullah sendiri pernah digelar sebagai penghantar diplomat yang kasar dan buruk? Perlulah kita meneliti dahulu apa itu diplomasi dan sejarah awal bermulanya diplomasi dan hubungan luar sesebuah kerajaan sebelum Islam. Bercakap tanpa perbandingan adalah cakap yang kosong. Menuduh tanpa dilihat perbandingan, fakta dan penilaian teliti adalah cakap golongan yang kalah. Bagi mereka yang memusuhi Islam, menodai itegriti dan kredibiliti Rasulullah adalah kegemaran mereka dan ianya merupakan bonus apabila dilihat umat Islam kini yang hampir buta tentang sirah Rasulullah dan sejarah ketamadunan dunia.

 

Pengenalan Perhubungan antarabangsa.

 

Abdul Hamid A. Abu Sulaiman di dalam bukunya Perhubungan Antarabangsa Menurut Teori Islam menggunakan istilah siyar sebagai makna perhubungan antarabangsa. Menurut takrifan  Al Sarakshi, As Siyar bermaksud "meneruskan kelakuan orang muslimin dalam hubungan mereka dengan kafirin dalam wilayah musuh dan juga dengan orang-orang yang mempunyai taraf musta'man (dijamin keamanan) sementara ataupun kekal sebagai dhimmi di bumi umat Islam dengan murtaddun (golongan murtad) dan baghun (pemberontak negara Islam). Secara umumnya siyar termasuk peraturan-peraturan dalam pergaulan tamadun dengan bangsa-bangsa dan negara-negara yang tinggal bersahabatan dengan umat muslimin yang dibezakan dalam Al Quran dengan orang-orang yang bermusuhan. Jelasnya siyar adalah sebahagian daripada khazanah Fiqh para alim ulama' silam yang arif tentang hal politik dan kenegaraan.

 

            Kamus Oxford mendefinasikan diplomasi sebagai perhubungan antarabangsa dan perundingan, kaedah bagaimana perhubungan diubahsuai dan diuruskan oleh para diplomat, duta atau wakil negara, urusan atau seni yang digunakan oleh anggota-anggota diplomatik.

 

            Perhubungan antarabangsa diantara negara-negara di dunia bermula sejak zaman Greek dan Rom purba lagi. Selepas itu ahli-ahli sejarah Eropah mengatakan berlakunya kelompangan sejarah, sehingga wujudnya Eropah moden seratus tahun kemudiannya. Ahli-ahli perhubungan antarabangsa Eropah mengatakan zaman itu dianggap sebagai "Kurun Pertengahan" iaitu zaman yang tidak memerlukan langsung undang-undang dan perhubungan antarabangsa. Dengan terpecahnya mazhab-mazhab Kristian, kejatuhan kerajaan Rom akibat serangan kaum Gassar, kongkongan gereja, menyebabkan bangsa Eropah hidup tanpa sebarang jalinan sesama mereka. Semangat kebangsaan dan kepuakkan mereka seperti bangsa British, Denish, Spain, Scot dan Dutch begitu mencengkam mereka daripada berkongsi sisa-sisa teknologi dan ketamadunan tinggalan Rom dan Yunani yang bertebaran ke seluruh dunia Eropah.

 

            Daripada sumber yang ada, perhubungan antarabangsa yang ada di antara negara-negara Kristian mula wujud secara jelas  menjelang tahun 1856. Turki adalah negara bukan Kristian yang pertama melibatkan dirinya dalam perhubungan antarabangsa dengan negara-negara tersebut. Tetapi ianya dianggap tidak penting lagi sehinggalah tahun 1923.

 

            Sebenarnya zaman yang dikatakan tidak diperlukan hubungan antarabangsa itu telah menyaksikan Islam sejak tertegak di Mekah dan Madinah mula berkembang sehingga ke Syiria(Sham), Afrika Utara yang kemudiannya menyeberangi Selat Gibraltar untuk mengetuk pintu-pintu benua Eropah. Islam telah berjaya mencapai kematangan politiknya dalam tempoh kurang daripada satu abad. Selepas 700 tahun Islam diutuskan kepada Rasulullah, ia berjaya menguasai Pulau Sicily hingga sampai ke Campagna dan Aburazzi di Selatan Eropah. Dengan menjadikan Sepanyol sebagai pengkalannya, Islam telah sampai ke wilayah-wilayah di Itali Utara bahkan samapai ke Switzerland. Dengan kedudukan strategik tersebut, Islam mula melebarkan sayap ke seluruh Eropah sehingga menerbitkan 2 pusat keilmuan dan kebudayaan Islam iaitu Baghdad dan Cordova.

 

            Grotius, bapa undang-undang antarabangsa Eropah banyak belajar dan merujuk kepada usaha orang arab untuk mendapatkan rujukan undang-undang pentadbiran negara. Pada masa itu terlalu sukar untuk mendapatkan bahan rujukan yang berasal daripada zaman Greek dan Yunani, sebaliknya warisan keilmuan tersebut kekal di dunia ini melalui transaksi ilmu berkenaan ke dalam tamadun Islam melalui Cordova dengan bahasa Suryani sebagai perantaraannya. Sebelum membincangkan secara terperinci kehebatan diplomasi Islam, marilah kita melihat sejarah diplomasi bagi beberapa kaum dan tamadun.

 

Perhubungan luar Yahudi.

 

            Orang-orang yahudi mengembangkan kebudayaan mereka di bawah pimpinan Nabi Musa AS, pengganti-penggantinya (Nabi Yusa', Nabi Hazki, Nabi Shamwil) dan juga kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka enggan bercampur dnegan orang lain sehingga memerlukan Talut sebagai perantaraan mereka dengan kerajaan zalim Jalut di Palestin. Mereka hanya beberapa kali bertembung dengan Kerajaan Nebuchadnear, Empayar Parsi dan Kerajaan Rom apabila kedudukan mereka di Palestin diganggu oleh pemerintah-pemerintah agung ini. Mereka menganggap kesemua kaum lain adalah musuh sehingga mereka terlalu obses kepada Nabi Musa. Natijahnya, mereka turut memerangi nabi-nabi lain di kalangan bani Israel seperti Nabi Isa dan Nabi Zakaria. Akhirnya kaum ini pupus dan digantikan pula dengan etnik Khazar iaitu campuran Turki kuno-Finland yang kemudiannya menganut agama Yahudi dan meneruskan usaha mereka mencari negara. Dasar luar yang buruk mengakibatkan mereka dihalau daripada Rusia kerana merosakkan struktur sosial Rusia. Mereka juga berdiplomasi secara buruk dengan negara-negara Eropah sehingga dianggap sebagai bebanan bagi bangsa Eropah. Menjelang era abad ke 18 barulah Yahudi membuka ruang diplomasinya khususnya dengan orang-orang Kristian demi mendapatkan negara impian mereka iaitu Palestin. Mulai saat itu kolaborasi baik antara mereka untuk menghancurkan Islam walaupun hakikatnya mereka turut menganggap orang Kristian termasuk ke dalam golongan Goyim (babi dan kera)

 

Perhubungan luar Greek dan Rom.

 

            Orang-orang Greek pula menganggap orang-orang bukan Greek sebagai 'orang liar'. Aristotle sendiri mengatakan 'orang-orang liar' ini dicipta untuk menjadi hamba kepada orang-orang Greek. Ironinya mereka bukanlah golongan yang kuat sehingga berjaya menakluki Makedonia. Kejayaan tersebut adalah kerana perpecahan bangsa-bangsa Eropah serta ketiadaan penyatu bagi mereka sehinggalah datangnya agama Kristian. Orang-orang Rom yang menakluki Greek dan Yunani pula mempunyai ketamadunannya  sendiri sehingga perhubungan menjadi  terlalu heteregenous di antara kedua-dua polar kuasa ini. Apabila empayar Rom berpecah, bahagian timurnya telah dianggap sebagai kediaman orang-orang liar sungguhpun mereka beragama Kristian (tetapi mereka adalah Kristian Orthodoks). Mereka yang 'liar' inilah kemudiannya membina tamadun Byzentium Rom Timur) iaitu penguasa Contantinopel sehinggalah datangnya pembukaan oleh Sultan Muhammad Al Fateh.

 

Bagaimanakah Islam menjadi suatu kuasa yang kosmopolitanisme dalam menerima influensi luar?

 

            Islam adalah agama yang terbuka. Namun saya menolak pandangan Farish A. Nor (2001) bahawa Islam adalah suatu agama yang bersifat wacana dimana terlalu plastik, anjal dan boleh diubah tanpa menilai unsur prinsipnya yang kekal sepanjang zaman. Hak-hak asasi kemanusiaan diraikan oleh Islam serta mempunyai asas yang kukuh dalam menilai kebebasan kaum, hak menjalankan ekonomi peribadi selagi tidak bercanggah dengan ekonomi Islam, hak kebebasan beragama serta hak untuk bercampur dan berkerjasama antara kaum yang lain.

Firman Allah,

 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

 

(Surah Al Hujurat :13)

 

Dengan ini menunjukkan bahawa perbezaan ras dan etnik, ketamadunan dan budaya bukanlah hujah untuk terjadinya disengagement (ketidak terlibatan) di antra bangsa dan ras sosial.

Firman Allah lagi,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita

(Surah Al Baqarah : 62)

 

Islamlah agama yang mula-mula sekali mempelopori idea negara sedunia atau negara sejagat berasaskan persamaan hak diantara manusia. Di dalam Islam, musuh pun pun mempunyai hak yang sama sama ada di dalam peperangan atau damai. Hak ini dijamin oleh Allah SWT di dalam Al Quran.

 

            Kita melihat bagaimana terbukanya Islam sehingga penyerapan unsur ketamadunan bangsa lain dianggap tidak salah sekiranya bertepatan dengan maqasid Syara' serta tidak bercangah dengan dalil yang qati'e. Hal ini di jelaskan sendiri oleh Prof. Yusuf Al Qaradhawi di dalam bukunya Fiqh Ad Daulah. Hal inilah yang menyebabkan daripada kerajaan Abbasiyyah yang mula menggunakan kaedah pengundian di Kufah dan Baghdad, penyerapan sistem peperangan barat ke dalam Islam, penyerapan sistem methodologi Universiti daripada tamadun Yunani ke dalam sistem pendidikan Islam serta sehinggalah akhirnya kini sistem domokrasi telah menjadi u'ruf sekalian dunia Islam, tidak menjadi masalah bagi umat Islam.

 

Namun begitu, peranan Islam sebagai pelopor keterbukaan sistem perhubungan luar telah cuba dilupai oleh orang-orang Eropah. Mereka menonjolkan pengaruh Kristian dan juga Yahudi walaupun hakikatnya mereka juga amat memusuhi kaum Yahudi. Namun untuk meletakkan Islam diatas mereka adalah suatu yang mustahil. Mereka rela menamakan 'zaman gelab' atau 'zaman pertengahan' asalkan tidak timbul nama 'zaman ketamadunan Islam'.

 

Sikap umat Islam tentang sistem diplomasi Islam.

 

            Bencana yang menimpa para penuntut Islam ialah rata-ratanya mereka merujuk sumber barat yang telah diselewengkan untuk mengetahui hakikat pencapaian ketinggian tahap keintelektualan dan ketamadunan. Memang tidak dapat dinafikan kita boleh menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan barat di dalam kajian kita, tetapi kita mestilah membebaskan diri daripada menghayati ideologi dan kepercayaan mereka tentang tamadun Islam.

            Kini undang-undang antarabangsa bukan milik Kristian lagi. Dengan bertambahnya negara-negara umat Islam, ia menjadi penting kepada negara-negara bukan Islam untuk memahami Islam dan segala yang bersangkutan dengannya. Sumber perundangan bagi siyar ini adalah Al Quran dan as Sunnah. Kedua sumber ini  bersifat normatif. Namun dalam sejarah pemerintahan Islam dahulu, kedua sumber ini seringkali dilangkaui dengan sumber perbendaharaan fiqh yang lebih mudah dan tepat dengan nilai setempat pada waktu itu. Khalifah-khalifah Islam lebih gemar dengan ijtihad fuqaha' dalam membuat keputusan. Namun begitu, sumber asal Islam tersebut tetap menjadi utama dalam menilai kerangka Islam secara menyeluruh. Ini menunjukkan sifat kontekstual yang ada didalam fiqh Islam , telah mewarnai kemakmuran pentadbiran Islam. Walaubagaimanapun, pada saya kezaliman dan penindasan yang juga wujud di dalam pentadbiran Islam adalah disebabkan ulama' dibelakangkan oleh sesetengah Khalifah.

 

Bukti-bukti diplomasi Rasulullah.

            Diplomasi Islam adalah berteraskan keikhlasan dan semata-mata untuk:

  • Berdakwah.
  • Membebaskan penindasan kezaliman pemerintahan lain.
  • Menyedarkan manusia bahawa Allah yang layak disembah dan bukannya tuan-tuan hamba dan raja-raja yang zalim.
  • Menyebar sistem sosial Islam yang unggul.
  • Merealisasikan kesemua tuntutan Al Quran. Sekiranya Islam tidak menjalankan diplomasi dan hubungan dengan kerajaan kuffar dan manusia ajam yang lain, ini menggagalkan beberapa ayat Al Quran yang mengggagaskan kesamrataan manusia, kemakmuran bersama, sistem yang waqii'yyah, alamiyyah (antarangsa) dan sistem yang bersifat muslih untuk semua bangsa.

 

Rasulullah mula berdiplomasi dengan baik apabila ajaran baginda ditolak oleh pemimpin Quraisy. Disini baginda menggunakan konsep Himayah iaitu konsep pertolongan atas nama perkauman dan kekeluargaan untuk mencari perlindungan daripada keluarganya Bani Hashim. Baginda juga mula berdiplomasi dengan ramai pengunjung-pengunjung Mekah dan jamaah haji sehingga mengislamkan Salman Al Farisi (bangsa Parsi), Suhaib Ar Rumi (bangsa Rom) dan Abu Zar Al Ghiffari (suku luar bandar). Diplomasi baginda berjaya sehingga terbinanya kerajaan Islam Madinah.

 

            Apakah sikap baginda dengan penduduk setempat?. Baginda mula menyusun pentadbiran dengan mempersaudarakan sesama ansar dan muhajirin serta melantik ketua-ketua dikalangan suku untuk membantu baginda menyelesaikan masalah dikalangan kaum-kaum yang pelbagai di Madinah. Baginda juga bertoleransi dengan Yahudi Khaibar, Bani Nadhir, Quraizhah dan Bani Qainuqa' walaupun akhirnya mereka mula mengkhianati Nabi SAW. Baginda juga bertoleransi dengan ketua-ketua munafiqun seperti Abdullah bin Ubai dan kita mengetahui bahawa beberapa kali (seperti peristiwa peperangan Bani Mustali'q, Fitnah terhadap Aisyah, peristiwa pengkhianatan Bani Nadhir dan Qainuqa') Saidina Umar RA ingin memenggal kepalanya. Rasulullah tetap menganggap Abdullah Bin Ubai sebagai Islam secara zahirnya sehingga baginda turut menziarahi mayatnya sewaktu dia meninggal dunia. Inilah akhlak Nabi SAW.

 

            Rasulullah turut menghantar beberapa rombongan dakwah seperti peristiwa Telaga Maunah dan Ar Raji' di mana  pengkhianatan berlaku sehingga para sahabat nabi yang diutuskan dibunuh oleh kaum-kaum yang menipu.

 

Jalinan diplomasi Rasulullah melalui surat.

 

             Hubungan dengan Habshah misalnya, dijalinkan dengan menghantar 2 pucuk surat. Surat pertama mengandungi seruan kepada Islam, manakala surat kedua pula mengandungi permintaan beliau supaya Najasyi menguruskan perkahwinan baginda dengan Ummu Habibah binti Abu Sufyan. Hal ini berikutan Ummu Habibah yang kematian suaminya semasa berhijrah ke Habshah dan beliau sedang dilindungi oleh Najasyi pada waktu itu.

 

            Hubungan dengan Maharaja Rom dijalinkan dengan menghantar surat menyeru Hercules menerima Islam. Namun seruan itu ditolak. Hercules meminta Dihyah Bin Kahlifah (utusan rasulullah) berjumpa dengan Daghatir iaitu Paderi Rom dengan harapan Paderi turut menolaknya. Sebaliknya Paderi itu pula mengakui Islam.

 

            Begitu juga apabila surat diberikan kepada Raja Parsi, dimana penolakkan parsi lebih kuat lagi dengan diarahnya gabenor Parsi di Yaman, yang bernama Badhan untuk menangkap Rasullullah. Rasulullah sebaliknya mengkhabarkan kepada 2 utusan Badhan pula bahawa, Kisra Parsi akan mati dibunuh oleh puteranya sendiri dan hal ini benar-benar berlaku. Badhan akhirnya memeluk Islam.

 

Dalam menyediakan diplomat yang unggul, Rasulullah memilih individu yang fasih berkata-kata, lembut serta memahami adat setempat, disamping amat memahami kesemua ilmu Islam. Hal ini adalah kerana pada zaman tersebut Kisra Parsi Dan Maharaja Rom menganggap seruan Islam berasal daripada kaum yang tiada tamadun, badwi, serta tiada tradisi kebudayaan sepertimana mereka. Hal inilah yang menyediakan Nabi dengan diplomat-diplomat yang baik, serta diteruskan lagi oleh Khalifah-khalifah selepas Baginda sehinggalah diplomasi berbentuk ketenteraan juga membawa mesej kemakmuran, keadilan dan menjamin keselamatan para penduduk setempat.

 

            Pada saya pengupasan tajuk diplomasi dan siyar di dalam Islam perlu juga dilihat akan pelaksanaannya oleh negara-negara Islam selepas terbinanya dinasti Umayyah. Hal ini kerana pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke Damsyik dan kemudiannya berpindah ke Baghdad dan Cordova pula. Lantaran itulah sejarah Islam umumnya perlu dilihat secara makro melibatkan metodologi khalifah dan ulama'-ulama' siasah selepas itu berbanding cerapan yang hanya dilihat kepada struktur mikro zaman Rasulullah SAW semata-mata. Inilah kelebihan Islam Rasulullah menyemai benih dan membina batas tani, manakala  khalifah dan alim ulama' pula menyiram baja.

 

Penutup.

            Dalam memahami prinsip siyar ini, kemelesetan dan kepincangan memahami dasar siyar perlu diperbaiki. Antaranya penulis terkenal, Masjid Khadduri menggesa umat Islam terus membunuh kesemua golongan kuffar kerana berpandukan kepada beberapa ayat Quran yang menggalakkan peperangan sehinggalah tiada lagi fitnah di muka bumi. Beliau juga berhujah bahawa tempoh gencatan senjata antara umat Islam dan Kuffar hanayalah 10 tahun berdasarkan qaul Imam Syafi'e yang ketat. Beliau memilih-milih dalil dan pendapat dengan mengenepikan pendapat yang lain sehingga Islam kelihatan agresif, zalim dan tiada toleransi dalam perhubungan luar negaranya. Lantaran itulah istilah 'jihad' telah diselewengkan dengan mudah oleh orientalis dengan menamakannya sebagai terrorisme.

 

Rujukan tambahan :

1)       Perhubungan Antarabangsa Menurut Teori Islam; Abdul hamid A. Abu Sulayman, 1988, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2)       Diplomasi Rasulullah SAW; Afzal Iqbal, 1992, Pustaka Fajar.

3)       Genius Muhammad Bin Abdullah; Roziah Sidik, 2004, PTS Publications and Distribution Sdn. Bhd.

           

Muhammad Nuruddin Bashah

PKNS Kuala Lumpur

11/5/2006

2 p.m


Posted at 04:13 pm by Pendita Bitara
Comment (1)  

Wednesday, May 10, 2006
Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas

Tuduhan Kedua : RASULULLAH PENGANJUR PEPERANGAN DAN KEGANASAN
 
            Marilah kita mengupas pula suatu tajuk yang telah menjadi rentetan daripada peristiwa penyerangan WTC Amerika Syarikat pada 11 Sepetember 2001. Pada awalnya, ramai yang mengandaikan kejatuhan dan kehilangan kuasa bagi kuasa unipolar ini berikutan kegagalannya mempertahankan bandarnya sendiri malahan Pentagon (markaz ketenteraannya) juga turut teruk diserang. Namun, isu ini berjaya dialihkan oleh para intelegensia USA dimana dunia Islam dan pejuang-pejuang kebebasan Islam di Afghan, Kashmir, Chechen dan Bosnia dikambing hitamkan dengan labelan pengganas. Isu keganasan Israel yang kemuncak pada sekitar tahun 2000 diabaikan dan dipadamkan begitu sahaja sebaliknya dibiarkan berterusan. Peperangan Serbia terhadap Bosnia dikatakan sebagai penghapusan etnik dan bukannya keganasan terhadap dunia Islam.
 
Umat Islam telah lama menderita sejak Peperangan Dunia Pertama dimana dunia Islam diagih-agihkan wewenang serta diselaraskan mengikut system pemikiran dan pentadbiran Negara-negara yang menjajah mereka. Sebagai contoh Itali membentuk pentadbiran Libya, Perancis telah melebar sayap ke Mesir, Indo China (termasuk dunia Islam Kemboja), British di seluruh dunia Islam nusantara, Afrika serta Pakistan (dahulunya di dalam India), pengaruh Amerika Syarikat di dalam Syria serta kerajaan Islam Fillipina Selatan, Belanda pula membina empayar zalim di Indonesia. Luka ini ditambah pula dengan serangan budaya barat secara bertalu-talu oleh gerakan Zionis, Kristianisasi, budaya popular dan pelbagai serangan ekonomi lain yang telah menyebabkan dunia Islam bergantung kepada graf bantuan, sokongan dan kebangkitan teknologi barat semata-mata. Penubuhan OIC yang direncanakan sekadar tempat meluah perasaan para pemimpin Islam dibuat dengan baiknya menyebabkan segala keganasan dan penyerangan musuh Islam terhadap sesebuah negara umat Islam tidak terbela. Kenapakah tiada kesatuan dunia Arab khususnya apabila keganasan berlaku terhadap sesebuah negara lain? Hal ini adalah kerana polisi, ideologi pentadbiran dan cara diplomasi sesebuah Negara Arab telah lama direncanakan dengan semangat chauvinisme, assobiyyah, pentingkan bangsanya sahaja dengan mengenepikan kesatuan mereka yang pernah memimpin dunia dahulu.
 
Kegiatan peperangan sebelum Islam.
 
            Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman pra-Islam merupakan suatu kegiatan yang diminati dan setiap kejayaan yang diperolehi boleh memebawa kemegahan dan kemasyuran sesuatu kaum, etnik dan suku. Adakah hanya orang arab sahaja yang suka berperang? Tentunya sejarah tidak menipu kita. Lihat sahaja sikap tamadun Rom, Indus, China dan banyak lagi tamadun hatta kerajaan-kerajaan Hindu dunia Melayu juga sering berperang. Perang menjadi suatu adat dan suatu fitrah setiap kekuasaan yang baru muncul. Menjadi suatu kewajipan bagi kerajaan yang lemah pula untuk berada di bawah pemerintahan kerajaan yang menang dan kuat. Pada saya tidak perlu dicari bukti atau fakta lagi bagi hujah ini. Terlalu banyak filem kungfu, filem-filem sejarah Rom dan sejarah dunia lain amnya menceritakan kegiatan ini.
 
Mengapa Islam membenarkan peperangan?
 
            Adakah Islam turut mengikuti fitrah tersebut? Adakah salah jika pemerintah Islam juga ingin meluaskan fahaman Islam kepada negara-negara lain sebagaimana kegiatan Napoleon, Julius Caeser, Alexender dan ramai lagi pemimpin dunia bukan Islam yang datang menjajah, menyebarkan agama mereka? Mengapa apabila Islam turut berperang seperti manusia lain dikatakan Islam sebuah ajaran yang ganas? Tahukah mereka bagaimana cara Islam berperang. Tahukah mereka bagaimana deritanya manusia di Palestin, Iraq dan Afghanistan sekarang ini dimana mereka tidak langsung dikunjungi oleh pejuang-pejuang tulen hanya kerana takut dilabelkan sebagai pengganas. Saya sendiri menjadi bacul dengan lontaran label pengganas dan akibat yang menanti kita sekiranya kita ingin bercita-cita menjadi mujahidin.
 
            Mengapakah Amerika Syarikat menyertai Peperangan Pasifik dan Peperangan Dunia Kedua pada 1941? Adakah kerana ingin membantu Britain sekutu kuatnya? Jawapannya adalah kerana serangan mula oleh Jepun terhadap pangkalan tentera mereka di Pearl Harbour yang mengorbankan beribu-ribu tentera Amerika dalam masa sehari sahaja. Mereka membalas dengan serangan bertalu-talu di Tokyo dan kemuncaknya The Little Boy digugurkan di Hiroshima dan The Fat Man dilontarkan pula di Nagasaki. Mengapa pula apabila pemuda Palestin yang didera, dibunuh ibunya dihadapannya ingin memeprtahankan maruah dan tanahairnya dikatakan pengganas? Alangkah malangnya umat Islam yang turut terlarut dengan orbit pemikiran sebegini.
 
Sejarah peperangan Rasulullah.
            Di dalam Islam, nyawa adalah perkara yang dilindungi dengan priority maqasid (tujuan) syariah.Mana-mana kumpulan yang bersikap memusuhi perdamaian, ingin menumpahkan darah serta menceroboh kedamaian orang lain, wajar disekat dan dihapuskan.
 
            Di Mekah, Rasulullah memulakan usaha dakwahnya dengan mengajak kaumnya secara baik, lembut dan berhikmah. Jemputan dilakukan secara rahsia dan terbuka tanpa meminta sebarang ganjaran dan pangkat. Sebaliknya baginda dilayan dengan begitu kasar, dipulau, dipukul, diputus persaudaraan serta sekatan ekonomi yang teruk sekali. Baginda dan para sahabat yang lemah ketika itu menanggung tekanan dan penyiksaan selama 13 tahun lamanya. Sikap jahat mereka diteruskan pula dengan beberapa siri peperangan yang dianjurkan oleh Quraisy semata-mata inginkan pengaruh Islam padam. Maka refleksi peperangan perrtama ini (Badar) adalah kerana mempertahankan agama, nyawa mereka serta tanah Madinah Al Munawwarah yang baru dimakmurkan.
 
Di Dalam surah Al Haj ayat 39-40 Allah menjelaskan.
 Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (39)
 Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(40)
Kemudian di dalam ayat An Nisa'  ayat 75 pula Allah membenarkan umat Islam membantu masyarakat sekeliling yang dizalimi dan di nodai hak asasinya.
 Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). (75)
.
Begitu juga ayat An Nisa' 76.
 Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah (76)
Di dalam ayat-ayat ini masyarakat Islam mula disarankan agar membongkar keganasan dan penindasan kaum berhampiran yang disiksa dalam pemerintahan Babylon, Parsi serta yang ditekan oleh pihak Gereja dan pemerintahan Kristian yang zalim serta menganggap rakyat seperti haiwan dan binatang (lihat Filem Troy dan Filem Gladiator serta lihat juga penindasan Gereja di dalam Filem King Arthur).
 
Hal inilah yang menyebabkan Rasulullah membawa perutusan dakwah kepada raja-raja zalim ini untuk menganut Islam dan ditawarkan naungan serta diminta jizyah jika mereka enggan memasuki Islam. Sekiranya mereka enggan kedua-dua syarat maka peperangan dicetuskan. Secara umunya matlamat peperanagn Islam adalah memebebaskan perhambaan sesama manusia, serta penindasan sesama makhluk serta ingin menyebarkan ajaran Islam.
 
Relevankah berperang?
 
Method pada zaman tersebut untuk menyebarkan fahaman dan ajaran adalah dengan peperangan. Membawa senjata dan kuda perang adalah lumrah dan normal. Sebagai contoh boleh dilihat bagaimana kebiasaan masyarakat Melayu membawa keris kemana sahaja, begitu juga masyarakat arab dahulu, membawa pedang kemana sahaja untuk mempertahankan diri mereka. Adalah bodoh jika setelah berdakwah, pihak musuh ingin membunuh kita, kita biarkan sahaja musuh bertindak keras dan bersikap kononnya zuhud dengan menidakkan persiapan ketenteraan. Berperang adalah releven pada zaman itu untuk menyebarkan ajaran Islam.
 
            Namun kini, method dakwah telah dipelbagaikan dengan kaedah pengajaran formal, seminar, internet serta buku-buku yang tersebar luas. Peperangan hanya bermula jika umat Islam dizalimi dan bukannya untuk melebarkan pengaruh negara kerana peta dunia telah ditetapkan bentuknya berbanding dengan zaman dahulu diaman peta berubah dengan tamatnya peperangan.
 
Syarat peperangan di dalam Islam.
 
v      Tidak dibenarkan membunuh wanita, kanak-kanak, warga tua apatah lagi mencabul kehormatan mereka (seperti sikap tentera kuffar)
v      Tidak dibenarkan memusnahkan rumah Ibadat mereka. Sesiapa yang bersembunyi disana adalah dijamin keselamtannya.
v      Tidak dibenarkan memusnahkan tanam-tanaman masyarakat tersebut (kecuali peristiwa (Bani Nadhir, dimana Rasulullah memusnahkan sebahagian kebun kurma Yahuni Nadhir kerana mereka hanya akan menyerah diri jika kebun kurma mereka diganggu. Namun Rasulullah tidak memusnahkan kesemuanya).
v      Negara yang ditawan perlu diperintah dengan keadilan serta wang kharaj serta jizyah mereka digunakan untuk mentadbir Negara tersebut dengan adilnya. Dilarang membina suasana ketakutan yang tidak sewajarnya (seperti sikap Amerika di Iraq hari ini).
v      Golongan yang ditawan, HARAM disiksa, sebaliknya mereka dibenarkan menebus diri serta meminta pertolongan daripada saudara-saudara mereka.
Di dalam sejarah Islam, terlalu banyak fakta menunjukkan keadilan Sultan Salahuddin Al Ayubi sehingga dinanti-nantikan di Baitul Maqdis, keadilan Sulatan Muahmmad Al Fatih  semasa menawan Konstantinopel dimana masyarakat Byzentium mengatakan mereka lebih yakin untuk diperintah oleh orang Turki berbanding dengan negara-negara barat (kristian Khatolik) yang lebih zalim serta rakus terhadap mereka. Berlainan pula apabila Kristian bangkit semula. Mereka menganjurkan keganasan untuk membalas dendam kepada umat Islam dan ini yang berlaku di Sepanyol, di Baitul Maqdis, Negara Eropah Timur serta banyak lagi.
 
                                    
Gambar 1 : Sultan Salahuddin Al Ayubi , jeneral perang teradil didunia.
 
            Walaubagaimana tidak dapat dinafikan akan kekejaman ramai pemerintah Islam sehingga menerbitkan dendam dalam kehidupan mereka seperti beberapa raja dalam kesultanan Islam Mungal di India, kekejaman Saljhuk di Andalusia serta banyak lagi yang mula melupakan prinsip keadilan dan ketelusan di dalam Islam. Namun ini adalah sunnah alam, dimana kekuasaan akan menghasilkan golongan yang zalim. Tetapi ini bukanlah hujah untuk menghina ajaran Islam secara umumnya.
 
            Adab dan ketelusan adalah menjadi agenda Rasulullah dalam setiap kali peperangan diadakan. Rasulullah adalah terlalu pemaaf sikapnya sehingga memaafkan Hindun Binti Utbah yang membunuh dan menggigit jantung Saidina Hamzah di dalam pperangan Uhud seerta memafkan suaminya pula iaitu Abu Sufyan yang terkenal dengan sikap memusuhi baginda sejak di Makkah lagi. Sebaliknya menjadikan rumah Abu Sufyan sebagai tempat perlindungan golongan kafir semasa pembukaan mekkah, diberikan ilmu dan pengetahuan kepada anaknya Muawwiyah sehingga menjadi Khalifah umat Islam pula. Inilah akhlak Rasulullah yang tidak dapat dinafikan oleh para musuh Islam.
 
            Diharap penulisan ini sedikit sebanyak membantu pembaca mengkaji kebenaran peperangan di dalam Islam. Terdapat banyak lagi contoh-contoh dimana keadilan jeneral-jeneral perang Islam sepanjang zaman. Pembaca perlu peka dengan maklumat-maklumat keganasan Al Qaeda kerana terdapat gambar-gambar dan berita berita sabotaj dan keganasan oleh mereka sengaja diada-adakan oleh para intelligent Amerika Syarikat. Mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka telah menunjukkan imaginasi pperangan dan imaginasi penghapusan umat Islam dalam filem-filem mereka. Apakah sukar bagi mereka merealisasinya?, Marilah mengkaji?
 
Rujukan tambahan;
1) Muhammad Panglima Tentera; AlFazlur Rahman, 1990, Penerbitan Hizbi Shah Alam.
2) Jihad Peperangan Rasulullah SAW; Ahmad Adnan Bin Fadzil, 2001, Pustaka Syuhada.
Muhammad Nuruddin Bashah
PKNS Kuala Lumpur
1058 pagi
10/5/2006

Posted at 01:55 pm by Pendita Bitara
Comments (2)  

Next Page


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed