Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, June 01, 2006
bab Haji (5)

Alih Tulisan Kitab Kifayatul Muhtadiy Pada Menerangkan Sulamul Mubtadiy

Sheikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al Fatani, waris  Al A'lamah Sheikh Daud Al Fatani

KITAB NISKUN (kitab tentang Haji) (Bahagian 5)

Keempatnya wajib (bagi haji) bermalam di mina beberapa malam tasyrik iaitu malam yang malam ke 11, 12 dan 13 daripada bulan zulhijjah, jika ia tidak nafar awal pada hari yang ke-12 maka manakala sudah ia nafar awal pada hari ke-12  dengan sempurna beberapa syarat. Pertamanya bahawa ia nafar pada hari ke-12, keduanya seperti sudah ia bermalam 2 malamnya dan ketiganya sudah melontar pada 2 harinya, keempatnya nafar ia kemudian daripada sudah ia melontar pada harinya dan kelimanya nafar ia kemudian daripada gelincir matahari dan keenamnya nafar ia pada hal belum jatuh matahari hari ke-12 itu, ketujuhnya nafar ia kemudian daripada meniat hendak nafar dan syarat niat itu di tanah mina iaitu atas sedikit daripada awal bukit yang padanya jamrah aqabah dan jamrah aqabah bukannya daripada mina, apabila sempurna segala syaratnya sah nafarnya dan gugur mabit pada malamnya dan melontar pada harinya iaitu malam 13 dan harinya tetapi yang afdhalnya ia nafar yang keduanya iaitulah yang aulanya, tetapi melontar hari itu tiada sah jika kemudian daripada ghurub matahari pada hari itu. Dan disyaratkan  pada mabit di mina 1 bahawa adalah seorang itu ia duduk bermalam di dalam hadamni dan hadamni itu daripada pihak muzdalifah iaitu kemudian sedikit daripada wadi muhassir hingga kepala bukit yang jamrah aqabah itu daripadanya dan panjang tanahnya qadar 2 mil dan lebarnya sedikit jua dan segala bukit di kiri kanan tanahnya mukanya yang berhadap ke mina itu daripada mina dan yang tiada berhadap ke mina itu bukannya daripada mina dan sekurang-kurangnya masa  yang bermalam itu kira-kira lebih sedikit daripada setengah malam memada lah pada bermalam itu. Kelimanya melontar pada tiap-tiap hari daripadanya segala hari tasyrik, akan 3 tempat jamrah iaitu Jamrah al Ula, dan Jamrah Wusto dan Jamrah Aqabah iaitu hari yang ke-11 dan yang ke-12 dan ke-13 maka masuk waktunya pada tiap-tiap harinya itu daripada gelincir matahari 2 pada harinya dan berkekalan waktu ikhtiyari baginya hingga jatuh mataharinya dan waktu jawaz nya (keseluruhannya/kesimpulannya) itu berkekalan waktunya samaada melontar itu melontar Jamrah Aqabah hari ke-10 dan melontar segala ayyam (hai-hari) tasyrik hingga jatuh matahari akhir hari tasyrik, maka inilah pula yang muktamad dan pada Qaul Qadim 3 masuk waktunya dengan fajar tiap-tiap hari dan tersebut di dalam Syarah Manasik al Hatib telah mengharus Imam Al Haramain dan Imam Ar Rafii' akan melontar beberapa hari tasyrik dahulu daripada gelincir matahari dan muktamad kan dia oleh isnawi. Dan disyaratkan pada segala melontar yang tersebut itu samaada melontar hari nahar (hari ke-10) atau melontar segala hari tasyrik hendaklah ada ia dengan batu dan dengan tangannya jika orang yang melontar itu orang yang kuasa lagi masuk waktunya melontar dengan tangan dan jika tiada kuasa dengan tangan maka dengan kaki atau mulut. Lagi disyaratkan bertertib di mulai daripada jamrah al ula iaitu pada pihak masjid al khaif kemudian jamrah wusto, kemudian jamrah aqabah dilontarkan pada tiap-tiap jamrah itu dengan tujuh-tujuh anak batu yang kecil sedikit daripada ruas anak jari dengan bercerai lontarnya dan disyaratkan dengan bakinya bahawa tiap-tiap satunya itu jatuh pada tempat melontar itu di dalam keliling jamrah qadar 3 hasta pada tiap-tiap pihak kelilingnya tempat melontar itu dan tengahnya satu tiang, maka tiada sah jika dilontarkan tiang itu, hanya hendaklah jatuh anak batu pada yang lain daripada jamrah aqabah. Adapun jamrah aqabah maka itu baginya satu pihak jua dan ada baginya binaan tanda tempat jamrah maka tanda itu bukan daripada jamrah maka tiada memadai dilontarkan. Lagi syaratnya tiap-tiap satu anak batu itu dikatakan segala lontar, dan jika dilontarkan dengan 2 itu lebih beserta tiada terpakai melainkan satu jua, maka adalah wajib melontar sendiri atau kuasa dan yang lemah daripada melontar kerana sangat sakit yang tiada ada harapan sembuhnya dahulu daripada luput waktu melontar, wajib digantikan seorang pada waktunya melontar itu melontarkan dia dengan syaratnya wakil itu sudah ia melontar bagi dirinya atau bukannya daripada orang haji dan jika ia tinggalkan melontar samaada melontar hari nahar atau tasyrik boleh ia mendapatkanj dia pada hari yang meninggal lagi pada hari tasyrik maka jika ia tiada mendapatkan dia hingga jatuh matahari hari ke-13 wajiblah atasnya dan jika ia meninggalkan melontarkan 3 anak batu atau lebih dan jika ia tinggalkan melontarkan satu anak batu pada hari yang akhir wajib satunya cupak san jika 2 anak batu wajib 2 cupak.

 

Nota kaki :

 

1)       Ulama' mempertikaikan  mua'isim (tempat berkhemah) di belakang bukit di Mina kerana dikatakan bukan kawasan Mina. Kerajaan saudi telah buat tempat bermalam di belakang bukit tetapi dibuat juga terowong untuk bersambung ke Mina. Ijma' ulama' Saudi mengatakan boleh bermalam di tempat perkhemahan itu.

2)       masuk solat Zohor

3)       Qaul Qadim adalah ijtihad dan fatwa Imam Syafie semasa di Baghdad.

 

 

Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah 

nota : Adalah lebih baik pembaca memiliki kitab ini (sekitar RM 16) dan cuba berguru atau membaca dahulu bab haji ini menggunakan alih tulisan rumi yang saya sediakan. Moga usaha ini menimbulkan minat kita memahami ilmu Islam serta memertabatkan kembali tradisi pengajian kitab tradisional.

 

 

 

 


Posted at 12:01 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed