Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Friday, May 26, 2006
Bangsa lain menguasai warisan melayu Islam....nasib tulisan jawi

            Berita hari ini ada memuatkan kisah seorang pelajar lelaki berbangsa cina yang menguasai tulisan jawi. Budak bertuah itu bernama  Tee Ren Kai berumur 7 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah rendah setiu Terengganu. Melihatkan latar belakang beliau yang bergaul dengan masyarakat melayu ditambah pula dengan sikap minatnya terhadap tulisan estetik ini, menyebabkan dalam usia sebegini, beliau berjaya menulis dengan baik. Dalam umur yang sama masih terlalu ramai pelajar sekolah melayu Islam yang buta jawi serta buta Al Quran. Persoalan yang seringt timbul adalah mengapa sering dikatkan tulisn jawi dengan nilai keislaman?

            Sejarah merakamkan betapa usaha gigih sebegitu ramai mubaliqh Arab Islam yang hadir ke kepulauan nusantara serta mengembangkan keilmuan dan ketamadunan  Islam disini. Ketamadunan melayu kuno berjaya diambil alih oleh unsur-unsur Islam yang ternyata kena dengan nilai otoktoni tradisi melayu kuno dahulu. Proses evolusi dan penyertaan nilai Islam yang terserap ke dalam hampir kesemua adat istiadat melayu menyebabkan agama ini berjaya menjadi benteng kepada kehadiran agama Kristian yang kemudiannya cuba dipasakkan ke dalam kehidupan melayu. Pentadbiran tanah jajahan London yang menguasai syarikat KHTI, telah melarang pedagang British daripada menjadikan agenda agama sebagai agenda utama mereka berbanding dengan Belanda dan Portugis. Sikap British ialah membritishkan melayu melalui sistem formaliti serta bermula dengan kehadiran takungan perindustrian barat ke dalam medan melayu. Hal ini berjaya dilakukan sehingga kini, sistem sekular, pendidikan sekular dan perdagangan yang mengkehendaki sistem jalanraya, sistem automatif serta udara memerlukan aspirasi ketamadunan barat sebagai sumber.

            Begitu juga kita melihat tulisan jawi yang kemudiannya mencorakkan sistem perundangan melayu Melaka, kesusasteraan, perkeliling kerajaan, tulisan ilmiah serta tulisan untuk penyebaran agama Islam. Tulisan Palava, Rencong, Kawi dan Sanskrit menyukarkan proses transaksi ilmu Islam berlaku. Pengalaman umat Islam Cordova memanipulasikan tulisan dan bahasa Suryani sebagai jambatan peralihan ilmu Yunani ke dalam dunia Islam, menyebabkan pendakwah Islam di dunia melayu turut mencari 'formula' untuk memudahkan peralihan ini disamping ,mengekalkan sebutan dan bahasa tradisi orang melayu. Tulisan jawi langsung tidak menjejaskan bahasa suku-suku di kepulauan melayu sebaliknya menambahkan perbendaharaan bahasa arab ke dalamnya.

            Secara umum, tradisi penjajahan adalah menghakis nilai 'esteem' masyarkat terjajah sehingga merungkai teruk ketamdunan mereka yang telah mula membangun. Hal ini yang dikawal oleh pemerintahan Jepun dengan menekankan dasar tertutup pada awalnya apabila melihat  kebanjiran diplomat barat yang cuba memugar tradisi mereka. Namun, jepun tetap membanjirkan teknologinya dengan 'teknologi hibrid' melalui integrasi rapat saintis tempatan dan barat dan bukannya mencedok bulat-bulat hasil barat. Penjajahan akan cuba mengekalkan sistem yang ditinggalkan demi kesinambungan perhubungan erat ekonomi bekas jajahan dengan negara bekas penjajah. Hal ini dicatur dan tulisan jawi turut dijadikan mangsa globalisasi awal dunia. Pada saya globalisasi awal telah berlaku apabila Stamford Raffles menyajikan sistem ekonomi bebas yang  bercanggah dengan agenda KHTI iaitu ekonomi monopoli British. Tulisan rumi adalah salah satu 'tenaga' globalisasi demi membawa hampir keseluruhan sistem barat/dunia ke lembah melayu. Terdapat 3 golongan yang menentang dasar penguasaan barat ke dalam yang berunsur barat. Selalunya pendapat ini dikuasai oleh golongan millenarian keagamaan. Yang kedua adalah golongan yang mendewakan kehidupan barat dan inginkan kemerdekaan secara kompromi telus dengan barat. Golongan ketiga adalah dengan menadaptasi sistem barat demi menguatkan bangsa Islam lantaran dunia yang telah dipengaruhi keseluruhannya dengan westophile. Golongan ketiga ini dimulai dengan perjuangan ala pan-Islam dan gerakan kaum Muda. Tradisi golongan ketiga ini diteruskan pula oleh gerakan politik aliran kiri yang lain. Di Malaysia golongan ini telah gagal. Golongan kedua yang kemudianya menang, mula mencorakkan masyarakat melayu secara ala-barat. Akibatnya kebergantungan masyarakat tempatan kepada ketamadunan barat berlaku kerana masyarakat tempatan tidak dapat mencorak sendiri tamadunnya. Isu Akta 152 di Dwan Bahasa Dan Pustaka adalah titik bermulanya usaha membarat kembali masyarakat melayu Islam.

            Tulisan 'emas' ini kembali menerima nasib malang apabila dihakiskan dan dijadikan hanya sebagai subjek pilihan di Malaysia pada era 1960an. Usaha murni Pendeta Zaa'ba mensepadukan bahasa Melayu dan tulisan jawi termusnah begitu sahaja. Kini kita melihat nilai estetik tulisan jawi yang berteraskan al Quran mula tidak dijulang. Ia dijulang sebagai program rasmi yang kelihatan terlalu formal, asing dan janggal di dalam masyarakat. Program-program memertabatkan tulisan ini, hasil usaha Kementerian Kesenian ada nilai positifnya, tetapi masih kurang berjaya menjadikan tulisan ini 'biasa', 'rutin' atau keperluan dalam masyarakat Melayu kerana tenaga globalisasi yang turut dipanaskan dalam negara ini adalah lebih kuat lagi.

            Saya pernah menjadi fasilitator untuk satu program sekolah menengah di Kolej Kauthar UKM pada tahun lepas. Dalam program itu saya menjumpai seorang pelajar India perempuan bernama Nira yang begitu gemarkan tulisan jawi. Rentetan daripada minat tersebut, beliau kemudiannya membaca banyak buku-buku yang bersusur galurkan asal-usul tulisan ini yang semestinya akan mengaitkan keilmuan Islam yang lain. Beliau menyatakan pada saya bahawa beliau akan cuba menyebarkan minat membaca dan menulis tulisan jawi kepada pelajar-pelajar melayu di sekolahnya. Usaha beliau mengharukan kita. Saya masih aktif mempromosikan pengajian Islam melalui kitab-kitab jawi lama yang masih bernada nahu arab  asli. Pada saya terdapat 2 misi disini. Pertama mengenal ilmu agama, dan keduanya menguasai tulisan jawi warisan pendakwah arab yang gigih dahulu.

' SELAMAT MENGHARGAI WARISAN BANGSA'

Muhammad Nuruddin Bashah

PKNS KL

Jumaat 26/5/2006


Posted at 02:03 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed