Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Wednesday, April 26, 2006
Amerika VS Iran

AMERIKA VS IRAN :

SUATU KONFRANTASI KETAMADUNAN ATAU POLEMIK KEAGAMAAN

Haslinda

Universiti Putra Malaysia

------------------------------------------------------------------------------

Sepertimana yang kita sedia maklum , peperangan yang tercetus antara konspirasi Amerika dengan bumi yang memiliki kisah seribu satu malam Iraq menghasilkan impak yang besar terhadap dunia Islam. Justeru itu , tidak dapat tidak kita sebagai seorang mukmin pasti akan rasa benci malah menyangkal sama sekali sebarang spekulasi negatif terhadap umat Islam pada hari ini.

Namun apakah punca yang mencetuskan peperangan antara Amerika dan Iraq serta apakah tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Iraq? Presiden Amerika Syarikat George W. Bush dan pembantunya Dick Cheney mencetuskan 3 tuduhan terhadap Iraq dan Saddam Hussein. Tuduhan tersebut adalah:

1. Terdapatnya kilang atau gudang-gudang pembuatan senjata nuclear di Iraq

2. Propaganda bahawa Saddam Hussien mempunyai hubungan dengan Al Qaeda. Al Qaeda pula dituduh oleh Amerika merupakan kumpulan yang merancang rampasan kapal terbang dan serangan berani mati di World Trade Centre (WTC) pada 11 hb September yang lalu.

3. Saddam Hussein di tuduh mempunyai hubungan dengan kelompok kumpulan Abu Mus¡¦ab Az Zarqawi.

Hatta , adakah tuduhan-tuduhan ini benar belaka? Ramai yang masih ragu-ragu mengenai dakwaan pihak Amerika Syarikat terhadap Iraq. Baru-baru ini Ketua Team Inspektor Senjata Amerika , Charles Deulfer telah merangka seribu halaman laporan mengenai kesahihan tuduhan berkenaan. Beliau menyatakan bahawa tidak ada sama sekali gudang senjata mikrob , kimia dan nuklear semenjak 13 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1991, ketika itu Iraq masih diambang peperangan dengan Kuwait.

Pada bulan Mac 2003 laporan Charles Deulfer diperakui masyarakat umum kerana unit penyelidikan Amerika Syarikat telah memantau di Iraq dan hasilnya Iraq sama sekali tidak memiliki sebarang gudang-gudang senjata pembunuh nuclear.Laporan Charles juga menyatakan bahawa hubungan antara rejim Saddam dengan Al Qaeda dan kelompok Abu Mus¡¦ab Az Zarqawi adalah tuduhan palsu semata-mata.

Penghasilan laporan Charles ini menyulitkan lagi gerak kerja Amerika dalam menceroboh Iraq, hal ini jelas Bush terjebak dalam krisis kesulitan. Laporan Charles sekaligus menghancurkan perancangan rapi yang disusun oleh team konfrontatif White House untuk projek mega iaitu pencerobohan di Iraq. Selain dari itu Donald Rumsfeld dan badan intelligence Amerika mengakui bahawa sememangnya tiada sebarang alas an yang logic dan kuat dalam dakwaan hubungan antara rejim Saddam dan Al Qaeda. Agen Amerika CIA turut meragui apakah benar Saddam mempunyai perkaitan dengan kumpulan Abu Mu¡¦sab Az Zarqawi.

Namun Amerika tanpa sebarang alasan yang kukuh telah menceroboh dan memporak perandakan bumi Iraq dengan tumpahan darah ribuan manusia. Amerika tetap menarik perhatian masyarakat umum dengan menyatakan bahawa mereka menjaga keamanan nasional dunia dan Amerika ingin melepaskan Iraq dari kalangan kumpulan militant yang radikal. Tetapi , kita tidak bodoh untuk mempercayai suara-suara White House dan pentagon, jika mereka membawa keamanan mengapa kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa., mengapakah sanggup lemparkan tuduhan umat Islam adalah pengganas¡Kmereka menuduh tanpa sebarang bukti-bukti!

Bukan setakat itu sahaja, George W Bush dan John Kerry telah membuat satu perdebatan antara sesame mereka sendiri dan mereka masing-masing bersetuju untuk memperluaskan pengaruh demokrasi mereka di seluruh Negara didunia ini. Mereka ingin menjadi Polis Dunia.

Dalam perdebatan itu John Kerry memberi amaran kepad Bush bahawa Iran dan Korea Utara merupakan ancaman yang lebih besar dari Iraq. Dengan demikian Kerry dan Bush mempunyai pemikiran yang sama iaitu ingin melebarkan sayap kuasa veto Amerika terhadap dunia, namun perlaksanaan strategi Kerry dan Bush hanya berbeza dari segi metode-metodenya sahaja.

Kekejaman Amerika terhadap Iraq amat memeranjatkan kita apabilanya terbongkarnya tingkah laku ketidakperi kemanusiaan Amerika terhadap tawanan perang di Penjara Abu Ghraib di Iraq. Mereka menceroboh Iraq dengan alas an ingin membenteras gerakan-gerakan terorisme yang radikal disamping itu mereka pula menegakkan demokrasi. Amerika cuba mengaburi mata kita dengan mempamerkan kumpulan-kumpulan kecil yang ekstrim di Iraq namun jika dilihat secara logiknya Amerika lebih radikal dan ekstrim dalam membunuh nyawa-nyawa yang tidak berdosa.

Sekiranya Amerika meruntuhkan sesebuah negara tetapi Allah itu maha Agung¡K.lihat sahaja lah nilai-nilai moral dan akhlak rakyat Amerika. Hasil daripada laporan penelitian di Amerika bahawa masyarakat Amerika mengalami keruntuhan akhlak yang teruk , mereka hilang jati diri dan tiadanya nilai-nilai moral dan spiritual sungguhpun Amerika mencapai posisi pemerintahan teratas didunia.

Sejak akhir-akhir ini Amerika melemparkan tuduhan terhadap Iran yang menyatakan Iran memiliki senjata pembunuh nuklear. Tuduhan ini sangat tidak berasas. Pertamanya , Iran adalah negara Islam dan hukum Islam secara tegasnya melarang penggunaan senjata nuklear dalam peperangan . Strategi peperangan dalam Islam sama sekali tidak membenarkan pembunuhan terhadap masyarakat awam dengan senjata nuklear kerana nuklear akan membunuh masyarakat awam termasuk bayi-bayi dan kaum wanita.

Keduanya, Iran sendiri mangsa kepada pembunuhan senjata nuklear. Salah satu peristiwanya adalah serangan senjata kimia yang dilancarkan oleh Saddam Hussein keatas Kota Sar Dasht, Iran Barat iaitu kira-kira 17 tahun dahulu.

Sepanjang perang Iraq ¡V Iran , rejim Saddam telah mengebom lebih dari 400 kawasan di kawasan-kawasan masyarakat awam Iran dengan menggunakan senjata kimia yang mengakibatkan lebih dari 130 000 rakyat Iran menderita akibat luka-luka dan kesan genetik dari bahan kimia tersebut.

Bukan itu sahaja rejim Saddam telah menyerang rakyatnya sendiri pada 1988 iaitu di Kota Halabcheh, Iraq Utara yang mana penduduknya terdiri daripada etnik Kurdi. Meski pun perang Iraq ¡VIran ini menunjukkan ketidakperikemanusiaan Rejim Saddam namun dalang disebalik peperangan ini adalah Amerika, Jerman , British dan Perancis. Keempat-empat buah negara ini telah membekalkan senjata nulear kepada rejim Saddam demi menghalang kemenangan Republik Islam Iran.

Maka disini kita boleh lihat Iran tidak ada kena mengena dengan gudang-gudang senjata nuclear di Iran bahkan mereka tergolong dalam salah satu negara yang aktif dalam memerangi penggunaan senjata nuclear-kimia-biologi dalam medan perang. Pada 1925 terdapat satu protocol di Jenewa yang menghalang penggunaan senjata kimia , Iran dengan segera bergabung dengan protocol ini dan melaksanakannya pada tahun 1929.

Disamping itu pada 1993 , Iran telah menandatangani satu konvensi yang melarang produksi, penyimpanan , penjualan dan penggunaan senjata kimia serta melaksanakannya pada 1997.

Disamping itu Iran juga menyarankan agar pendidikan perubatan di Taherah untuk mengambil kursus yang berkaitan cara-cara mengubati mangsa-mangsa senjata kimia kerana Iran mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Semua fakta-fakta ini jelas sekali menunjukkan bahawa Iran amat membanteras penggunaaan senjata nuklear-kimia dalam amat mencintai kedamaian Negara.

Malah hasil daripada kajian IAEA (Institut Tenaga Atom Antarabangsa) di Amerika syairkat membuat kenyataan bahawa Iran tidak membuat sebarang senjata nuklear tetapi mereka hanya membuat sebuah program perlaksanaan nuklear. Kesalahan pada Iran ialah mereka tidak melaporkan sebarang maklumat tentang program itu dan hal ini tidak menyebabkan Iran boleh disabitkan kesalahan dalam memiliki senjata nuklear. Iran juga disahkan hanya memiliki plutonium dan bukannya senjata nuklear. Sekiranya Iran hanya memiliki program perlaksanaan nuklear apatah lagi Israel sendiri memiliki senjata tersebut...Polis Dunia apakah Amerika ini? Ini semua hanya alasan dan fitnah yang ditaburkan di negara-negara Islam sebagai langkah awal mereka untuk menghapuskan negara Islam.

Salah satu dari kaedah propaganda Barat , khususnya Amerika ialah menyalah gunakan kesucian agama untuk capai tujuan illegal mereka. Mereka cuba menipu masyarakat umum dengan menyatakan mereka ingin menceroboh Iran kerana ingin membela hak asasi manusia, demokrasi, kebebasan, kemanusian dan memerangi terrorisme, membasmi penyalahgunaan senjata nuclear dan melindungi agama¡K¡Kini semua tipu belaka!

Namun bukan itu sahaja , Bush dan sanak saudaranya mempunyai nilai aset minyak yang tinggi di Iraq dan Iran. Jadi Bush nak runtuhkan Iraq sebab dikatakan Saddam Hussien banyak menyusahkan Bush dan aset2 minyaknya.Kemudian kini tiba sasaran Iran pula , boleh dikatakan Bush dan koloninya akan menghancurkan mana-mana negara Islam yang memiliki nilai material pada Amerika dan dirinya sendiri.

Selepas Tragedi 11 hb September dan pencerobohan Amerika ke Iraq , maka Bush melaung-laungkan slogan untuk mewujudkan demokrasi dan mengubah rentak politik kawasan Timur Tengah. Baru-baru ini Bush dan menteri luar negerinya, Collin Powell menyatakan mereka akan menegakkan demokrasi di negara-negara Timur Tengah. Demokrasi pada pandangan Washington adalah tunduk dan patuh pada perintah dan keinginan Barat terutamanya Amerika. Inilah White House yang bermatlamat agar semua negara didunia ini bergantung harap pada Amerika semata-mata. Disamping itu negara Amerika yang dikatakan bersifat demokratik ini mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rejim zionis

Amerika sering menuduh Iran adalah Negara anti-demokrasi. Padahal, Iran lah Negara di Timur Tengah yang mempunyai sistem pemerintahan yang paling demokratis di kawasan Timur Tengah. Semua rakyat Iran diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

George W Bush pernah berkata:

“Pemerintah di Timur Tengah yang berupa sistem dictator militant akan menemui jalan yang buntu¡”

Bush pula menilai pemerintahan di Turki , Indonesia dan Albania bercorak pemerintahan demokratik.Bush nyata sekali menentang pemerintahan demokrasi Islam di Republik Islam Iran .Sistem demokrasi agama di Iran telah sebati dan sejajar dengan kehendak majoriti rakyat Iran.

Agama Islam adalah agama yang lengkap dan komprehensif bagi seluruh kehidupan manusia , termasuk dari segi sistem pemerintahan. Politik sama sekali tidak boleh dipisahkan dari Agama Islam. Tetapi Amerika cuba menampilkan bahawa agama Islam sama sekali tidak merangkumi poloitik¡K.mereka ingin pisahkan politik dengan agama¡Kinilah sekularisme! Sekiranya politik dipisahkan dari agama maka politik ini hanya berunsurkan material dan nafsu semata-mata dan tidak memikirkan kepentingan manusia sejagat.

Bush dan Powell berusaha menunjukkan ketidaksenangan rakyat Iran dengan pemerintahan Islam sedemikian , dan menghulurkan sejumlah dana untuk Iran agar dapat membangunkan Negara dalam jangka masa panjang. Namun melihatkan kejahilan Amerika maka rakyat Iran memahami Washington tidak inginkan sebarang kebaikan untuk rakyat Iran , mereka hanya mengejar kepentingan illegal mereka di Iran.

Sesungguhnya , serangan propaganda Amerika begitu kuat terhadap Iran adalah disebabkan kegagalan politik di dalam dan di luar Amerika. Bush makin tertekan apabila meningkatnya kadar kematian rakyat Iraq hasil dari peningkatan serangan di negara tersebut. Malah tentera Amerika di Iraq tidak pernah jumpa satu pun senjata pembunuh nuklear di Negara tersebut sepertimana dakwaan Bush dan koloni-koloninya sebelum ini. Selain itu sayap neo konservatif White House yang menggelapkan duit rakyat dan ekonomi mereka juga menambahkan ketidak puasan hati rakyat-rakyat Amerika. Cita-cita Bush dan Kerry adalah untuk meluaskan pengaruh demokrasi mereka di dunia...demokrasi di Washington adalah " tunduk dan patuh pada Barat"....

Allah Maha Agung¡KIslam seteruk mana pun diduga dan ditentang oleh golongan-golongan kafir namun Islam pasti akan menang! Mereka ingin menghancurkan pemeluk-pemeluk agama suci Allah swt ini¡K¡K..selagi mana umat Islam ditekan selagi itu umat Islam akan bangkit menegakkan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Walalhua¡¦lam

Has

  

 

p/s;  Penulis ni suke sangat dengan Shin Chan....ni gambar kegemarannya...

 

 


Posted at 04:45 pm by Pendita Bitara

rafidah
June 6, 2007   02:28 PM PDT
 
sy sokong sepanuhnya
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed