Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, April 23, 2006
Hiburan dan Muzik..dan persimpangan

 

Tulisan ini pernah disebarkan ke beberapa e groups sebelum ini. Disiarkan kembali untuk tatapan pembaca blog ini.

Muhammad Nuruddin

 

ISU HIBURAN DAN Islam : dimana pertemuannya.

 

 

“Lagu juga boleh membawa manusia kembali kepada tuhan”, begitulah tajuk artikel akhbar Siasah (Bil 7, 28 Oktober) yang melaporkan  kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS saudara Salahuddin Ayub. Dalam kenyataan ini beliau cuba memberi komentar dan respon kepada beberapa polemik dan kekeruhan akibat beberapa siri konsert Islam antaranya anjuran Dewan Pemuda sendiri (Konsert Blues Gang) dan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan (konsert Mawi). Saya merasa terpanggil untuk turut menyertai perbahasan ini berasaskan kedudukan dan posisi saya selaku pemerhati scenario politik kebangsaan. Tulisan ini tidak bersifat spekulasi yang berani sebaliknya sekadar memberi sedikit pandangan berdasarkan pengalaman dan perspektif peribadi yang semestinya tidak sunyi dari kesalahan dan nilai persuasif.

 

            Beliau juga menyatakan bahawa rakannya tertarik dengan cara hidup Islam dengan hanya mendengar lagu daripada kumpulan terkenal D’Lloyd iaitu “Keagungan Tuhan”. Beliau menyatakan bahawa rakannya itu kini amat komited dengan cara hidup Islam dan menjadi aktivis PAS yang istiqamah. Beliau turut menyeru kepada penggiat seni khususnya penulis lirik agar mengenepikan lirik picisan yang memuja wanita sebaliknya membawa nilai positif yang membina.

 

            Apabila bercakap mengenai hiburan, beberapa tokoh silam dan kini seperti Imam Al Ghazali dan Prof, Dr Yusuf Al Qaradhawi, dan Sheikh Mahmud Shaltut telah memberi guideline, benchmark dan peraturan yang pada asalnya dzhon dan samara-samar. Kebanyakkan ulama’ sufi silam berdasarkan langkah berhati-hati, mereka sering kelihatan memberi hujah ambiguous (samar) dalam larangan terhadap muzik. Tulisan ini bukan berniat untuk mencerca mana-mana ulama’, sebaliknya cuba membawa fakus pemikiran kita kepada beberapa asas kepada hujah mereka. Pengharaman lagu dan kesenian pada zaman silam adalah kerana pembinaan hukum yang sedang rancak dan pertumbuhan budaya-budaya luar Islam yang  amat deras arusnya ke dalam dunia Islam. Langkah berhati-hati ini seiring dengan larangan Rasulullah terhadap penggunaan seruling yang jelas pada zaman tersebut  iaitu daripada uruf Nasrani. Tetapi kini? Seruling dimainkan oleh orang buta ditepi jalan dan dimainkan dalam beberapa Qasidah arab terkenal di Malaysia (Ghazal Parti). Bercakap isu ‘menyerupai’ sebagai kajian kes, penulis memberi contoh berpakaian. Hari ini pakaian kemeja tidak lagi dianggap pakaian Yahudi seperti polemik besar pada zaman reformisme Islam di Malaysia era Sheikh Al Hadi dahulu. Hadis “Man Tashabbaha Biqaumin Fahua Minhum” perlu diperjelaskan asas dan perletakan kedudukannya kini.

 

            Atas dasar itu terdapat ulama’ yang menghalalkan muzik dan permainan alatan al Muazif (alatan bertali) dengan beberapa syarat. Dalam tulisan ini penulis tidak ingin mendetailkan perbahasan hokum dan kedudukan muzik dan hiburan dari segi Islam dan syara’ sebaliknya memfokuskan kepada perihal maslahah dalam dakwah.

 

            Perlu diketahui oleh kita, pembawaan konsep Negara Islam yang sebenarnya memerlukan elemen tadrij (Graduality) dalam memahamkan masyarakat berkenaan Islam. Syarat bagi tadrij atau Islamisasi ini seperti yang dikatakan oleh Ustaz Fadhil Noor ialah

1)       Bermatlamat jelas

2)       Memberi amaran bahawa pembawaan Islamisasi ada mempunyai prinsip dan bukan taasuf.

3)       Memberi kefahaman yang jelas kepada rakyat dan berpegang teguh dengan prinsip asas syariat.

 

Disini jelas hiburan adalah alat kepada tadarruj untuk pembawaan Islam, lantaran penduduk Malaysia boleh dikatakan 99.9% adalah meminati muzik dan hiburan samada nasyid, tilawah atau hiburan semasa. Muzik dan hiburan adalah perkara tahsiniat yang paling rendah dalam maqasid dakwah kini. Ianya bukanlah prinsip kepada kita untuk dipuja dan diperjuangkan membabi-buta. Lantaran itu saya menyokong penuh usaha YAB Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dalam memartabat artis yang dikenali sebagai artis bermoral. Disini beliau menggunakan konsep maslahah dan priority (awlawiyyat) dalam memilih keputusan. Terdapat 3 keputusan dalam pemerintahan akhir ini. Samada mengharamkan semua hiburan, memilih artis yang tidak bermoral atau membenarkan hiburan tetapi melalui artis yang bermoral dan berlirikkan positif. Manakah pilihan kita? Disengagement (ketidak terlibatan) boleh berlaku antara organisasi Islam dengan masyarakat jika pilihan pertama yang diambil. Sampai bilakah dakwah Islam boleh dipertahankan?

 

            Rakyat Malaysia yang tidak memahami maslahah ini sering memberi hujah bias/chauvinistic dalam menilai antara nasyid  dan lagu yang disampaikan bukan daripada artis nasyid. Persoalannya apakah nasyid itu? Dalam  bahasa Arab kesemua lagu adalah nasyid. Perspektif umat Islam minority ini ialah mereka memandang title artis nasyid sebagai wazan dan kayu ukur untuk syari’y atau tidak sesuatu lagu dan artis. Sedarkah mereka bahawa artis nasyid kini juga terbuka dalam menggunakan al muazif dan alatan bertiup?

 

Masyarakat yang bijak akan berbahas berdasarkan mesej dan tujuan lagu tersebut. Sebagai contoh lagu darpada Ramli Syarif dan beberapa lagu M. Nasir sendiri jelas menonjolkan perihal ketuhanan. Disebabkan mereka bukan daripada kerangka dakwah, serta sering tidak menggunakan kalimah Allah mereka tidak dianggap membawa mesej positif. Adakah itu haram dan tidak syari’y? Saya adalah peminat kumpulan Wings. Antara lagu Wings yang saya minati adalah lagu ‘Sekeping kertas yang Bermaruah’. Lagu ini menjelaskan mesej anti rasuah dan nilai kapitalisme melampau dalam masyarakat kini. Bukankah ini suatu laungan yang berani?

 

Adakah diantara artis nasyid yang menyanyikan lagu anti rasuah. Mereka juga memaparkan lagu ‘Tuhan’ yang juga dipopularkan kembali oleh Raihan serta lagu ‘Anugerah’ yang membawa elemen kesyukuran kepada pancaindera. Lagu bersemangat perjuangan dan jatidiri insan yang tidak terpengaruh dengan dogmatic murahan dipaparkan oleh Kumpulan Lefhanded dalam lagu 'seruan' dan 'Semangat Lamina'. Selepas kumpulan Brothers, pada saya tiada lagi kumpulan yang membawa mesej jihad dan perjuangan dalam lagu mereka, sebaliknya ,mesej cinta dan memuja isteri kononnya secara picisan. Lantaran mereka memakai pakaian ala Islam, belajar di Universiti Islam, mereka digelar pendakwah dan dipuja-puja. Bukankah ini pemesongan hujah yang berat? Rakyat Malaysia memandang sesuatu isu secara melulu dan mengenepikan beberapa perspektif dan dimensi yang lain dalam berhujah. Saya sering menggunakan pengetahuan berkenaan aliran muzik rock, metal dan Trash sebagai titik tolak untuk mendekati golongan terabai yang inginkan setitis kasih sayang dan keinsafan. Apabila kita meletak sempadan dan jurang sedari awal, kita tidak berjaya membawa apa-apa mesej sekalipun.

 

Pada saya saya berpendapat, jika Kerajaan Negeri Kelantan sanggup membuat ‘konsert Rock yang syari’y, dimana dipisahkan kedudukan lelaki dan perempuan, dibuat selepas solat Isyak, tidak dibenarkan pemuzik tersebut membawa lagu cinta yang tidak berguna, diminta penganjur memasang layar untuk memaparkan lirik positif supaya penonton membaca dan memahami mesej positif dan bukannya sekadar berhibur,serta diselitkan dengan kempen anti dadah dan arak. Selepas konsert selesai, polis membuat pemeriksaan agar tiada perkara sumbang berlaku. Bukankah ini akan menarik minat remaja kepada Islam yang dibawa oleh Bandaraya Islam tersebut? Bukankah ini suatu langkah yang semestinya mematahkan hujah musuh Islam berkenaan sikap fundementalis yang mereka labelkan kepada ulama’ kita?.........Saya menyokong penuh kenyataan Saudara Salahuddin Ayub…diharapkan tulisan ini diberi komentar yang membina dan tidak dinafikan tanpa asas. ‘Denial Syndrome’ dalam masyarakat kita perlu dielakkan……

 

Muhammad Nuruddin Bashah

PKNS

10.00 p.m

30/11/2005

 

 


Posted at 08:58 pm by Pendita Bitara

Name
February 22, 2009   09:45 PM PST
 
bgus2..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed