Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, September 02, 2007
Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan...

Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.

Menjelang hari kemerdekaan Negara, penulis bersama-sama ramai rakyat Balik Pulau, menyambut Malam Merdeka di Kompleks Sukan Balik Pulau Pulau PInang. Dengan anjuran Malam Ambang Merdeka ke-50, pelbagai persembahan kebudayaan, puisi dan tarian yang dipersembahkan. Pada penulisan objektifnya adalah untuk menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara bangsa (nation state) yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kita hidup secara harmoni.

Akan tetapi pada penulis pemaparan tarian dan aksi kebudayaan ada yang tidak mencerminkan budaya sebenar antara etnik negara ini kerana tarian dan persembahannya bukan mengambarkan tradisi klasik sesuatu etnik sebaliknya persembahan tarian etnik yang kontemporari. Persembahan ambang kemerdekaan disamping menunjukkan kolaborasi persembahan antara kaum, unsur klasik dan tradisi asal amat penting ditonjolkan terutama untuk mengungkit nilai retro dalam sejarah. Sejarah adalah perkara retro yang membina pentas dunia hari ini. Penidakan fakta yang benar, fakta yang hidup, norma yang sebenarnya maka sejarah telah diseleweng dan pembinaan negara bangsa ini juga mungkin bermasalah dari segi jatidiri.

Isu pasca lebih domina daripada isu sebelum merdeka¡­

Penulis berbangga dengan Malaysia dan berbangga kerana menjadi sebahagian masyarakat Malaysia . Namun begitu penulis masih jengkel dengan cara media, pertubuhan kebudayaan dan sesiapa sahaja yang bertindak memeriahkan kemerdekaan negara dengan unsur sejarah yang dipencongkan atau dikurangkan. Sebagai contoh, semangat kemerdekaan dijelaskan hanya disignifikasikan dengan jasa-jasa 5 perdana menteri negara pasca merdeka. Sememangnya isu pengisian kemerdekaan adalah isu penting dalam mengambarkan erti merdeka sesebuah negara. Akan tetapi isu retro bagaimana merdeka diperjuang adalah terlebih utama diceritakan. Lebih menyedihkan apabila isu Darurat 1948-1960 diungkit berlebih-lebihan sedangkan ianya isu tinggalan penjajah untuk memecah belahkan kesatuan bangsa di negara ini[1]. Kita menceritakan Komunis adalah musuh utama negara dan ia dikaitkan sebagai mehnah dalam mencapai kemerdekaan. Jika isu pasca merdeka yang tragis dikatakan isu merdeka dan perlu diungkit, kenapa isu 13 Mei takut untuk diungkit? Kenapa isu penindasan terhadap rakyat Memali tidak mahu diceritakan semula. Bukankah rakyat Memali dianggap penderhaka negara? Mereka dituduh Komunis oleh beberapa Pegawai Polis Sungai Petani. Jadi mengapa isu pasca ini tidak mahu dianggap isu yang perlu dikupas dalam setiap diskusi, pementasan atau ceramah kemerdekaan.

Gelombang pertama yang memulakan api juang¡­.

Isu Retro pertama yang WAJIB dikupas dan dipentaskan adalah gelombang pertama perjuangan kemerdekaan iaitu golongan pembesar tempatan dan ulama¡¯. Mereka seperti Mat KIlau, Dato¡¯ Bahaman, Tok Janggut, Dol Said, Raja Mahdi, Rosli Dobi dan sebagainya dianggap penderhaka Sultan oleh British. Sejarah ini dipercayai bulat-bulat oleh orang Melayu terkemudian apabila silibus ilmu alam dan ilmu tawarikh yang ditulis oleh British dan diajar dalam sekolah Inggeris dan sekolah vernakular tempatan. Gelombang pertama inilah pemula rantai perjuangan merdeka.

Memang ada jasanya Kementerian sekarang apabila buku teks sejarah mula mengatakan bahawa mereka ini sebenarnya pejuang merdeka dan bukannya penjenayah atau pengkhianat negara. Akan tetapi sekadar di dalam buku tidak mencukupi. Rakyat dewasa, belia dan remaja perlu disajikan dengan ungkitan demi ungkitan darah dan keringat mereka melalui sesi ceramah, teater dan sebagainya dan bukannya isu Komunis dan Darurat semata-mata.

Kebangkitan Gelombang Kedua; Warisan intelak Al Imam dan Al Ikhwan¡­

Isu Retro kedua adalah isu Gelombang Perjuangan kedua iaitu kebangkitan intelektualisme Tanah Melayu. Melalui penubuhan MCKK, masih tidak berjaya membuka kemandulan intelek Melayu untuk berjuang. MPSI adalah medah utama gelombang ini. Ishak Haji Muhamad yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Betong bersimpati dengan sikap dan keinginan beberapa pelatih guru di MPSI. O.T Dussek, pengetua MPSI yang bertanggungjawab membina intelektual melayu, menyalur bahan bacaan berkualiti dari barat dan Indonesia juga menjadi rantaian kebangkitan gelombang ini. Mereka yang menubuhkan Gerakan bawah tanah ¡®Ikatan Semenanjung- Borneo¡¯ telah mengasaskan KMM (Kesatuan Melayu MUda) kemudiannya. Tokoh-tokoh seperti Mukhtaruddin Lasso, Sutan Djenain, Pak Sako, Ibrahim Yaakob dan sebagainya telah memainkan peranan penting dalam menuntut kemerdekaan menjelang kehadiran tentera Jepun. Mereka membina rangkaian intelek warisan ulama¡¯ seperti Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan sebagainya.

Mengapa keringat dan air mata mereka tidak difilemkan? Tidak dipentaskan atau sekurangnya diwacanakan di media massa . Mengapa isu pasca yang dititik beratkan? Mengapa kemahiran 5 perdana menteri yang diangung-agungkan sedangkan usaha mereka adalah selepas mengalirnya darah, air mata dan dilema para pejuang ini. Labelan kiri yang diletakkan oleh penjajah kepada sesetengah pejuang yang radikan diteruskan hingga kini oleh kita.

Gelombang akhir penting tetapi bukan pemula perjuangan¡­

Pementasan teater, drama, filem atau apa sahaja pengisian Hari Merdeka lebih berminat menceritakan klimaks sejarah merdeka iaitu isu gelombang terakhir; UMNO yang menutup tirai perjuangan Merdeka. Sejarah perlu bercakap benar dan benarlah UMNO memang berjasa dalam mendapat kemerdekaan tanahair ini serta memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam pada awal kemerdekaan. Akan tetapi seperti filem hindustan, klimaks kejayaan hero menyelamatkan heroin tidak akan sedap ditonton jika aksi pergelutan, lawan-berlawan, aksi perit jerih hero pada awal filem tidak ditonton. Inilah sejarah. Dalam kejayaan dan watak pemenang akan ada yang tewas dan dipinggirkan atau dinafikan sumbangannya. Teater dan diskusi lebih dicanangkan perjuangan Melayu menentang Malayan Union. Adakah British hanya membawa agenda penjajahan (Malayan Union) selepas 1945 sahaja? Bukankah dalam beebrapa perjanjian London , Perjanjian Bangkok 1909 dan beberapa perjanjian antarabangsa menkonklusikan untuk meratah tanah-tanah umat Islam? Mengapa hanya perjuangan pasca 1945 seperti Malayan Union dibincangkan? Lebih malang isu Darurat iaitu isu pasca juga dibincangkan sedangkan banyak lagi tragedi rusuhan dan kontroversi kaum dan politik pasca merdeka yang merupakan warisan penjajah yang tidak dikupas bersama. Mengapa? Penulis sedih melihat senario ini berlaku. Apa yang kita harapkan? Adakah hanya cukup sekadar rakyat taksub dengan parti yang mengetuai klimaks kemerdekaan sedangkan kita buta sejarah, menghina pejuang merdeka, buta tradisi dan sekadar berhibur sahaja di malam merdeka atau lebih malang sekali, perayaan merdeka hanya diadakan untuk mengelak malu dengan menteri-menteri dahulu yang mengadakan perayaan yang serupa (sekadar perayaan ritual sahaja).

Sebenarnya isu Darurat bukan tidak penting signifikannya kepada sosial Malaysia . Akan tetapi pertembungan dalam Darurat adalah dimulakan oleh British. Dalam Darurat bukan sekadar Komunis yang ditangkap tetapi pejuang Hizbul Muslimin, API, PKMM dan AWAS turut diborong tangkap. Mereka dituduh sebagai penyokong Komunis dan agen Komunis Indonesia . Walaupun memang ada pengaruh sosialis dalam perjaungan radikalis Malaya akan tetapi ia sekadar menjadi frame work untuk mereka berdielektik dengan penjajah Inggeris, kerana idea sosialis dan komunis lantang mempertahankan marhain. Akan tetapi pengisian mereka adalah jauh berbeza dengan ideologi asal sosialis kerana mereka masih anak watan yang beragama, berbudaya dan kerana sayangkan tanahairlah mereka sanggup bermatian menentang Inggeris dengan senjata. Mengapa tidak kita jelaskan isu pertembungan Cina-Melayu selepas penjajahan Jepun adalah disebabkan pecah dan perintah Inggeris dan juga Jepun. Bukannya Cina dan Melayu suka untuk bergaduh sebegitu. Bukan kerana hanya ideologi Komunis, Cina boleh bertindak bermusuhan dengan Melayu. Mereka adalah mangsa kerosakan sosial akibat dasar ekonomi yang mencengkam mereka. Mengapa hal ini tidak dikupas? Yang digariskan hanya ¡° Komunis itu ganas¡± seolah-olah rakyat Malaysia ini semuanya berpemikiran pra-sekolah.

Simpul hujah¡­

Kesimpulannya penulis amat mengimpikan Malaysia yang akan menyambut kemerdekaan pada tahun akan datang dengan pengisian sejarah yang adil dan lebih mengupas isu retro sebagai akar kepada tunas kejayaan negara hari ini. Usahlah mementingkan parti politik tertentu sehingga sejarah menjadi kotor dan hilang nilai ilmiahnya. Sejarah sebenarnya juga bukan sekadar bahan ilmiah tetapi sejarah adalah pencetus momentum kejayaan bangsa Malaysia jika kita pandai mengendalikannya.

Muhamad Nuruddin Bashah

Sekolah Rendah Al Islah Pulau Pinang

http://munawwarah. blogdrive. com


[1] British amat memusuhi Komunis. British telah meninggalkan ¡®assigment¡¯ berat kepada Tunku Abdul Rahman untuk terus berperang dengan Komunis agar agenda kapitalis terus berjaya di Tanah Melayu. Sedangkan PKM didokongi oleh melayu Islam yang teguh beragama dan mereka terpaksa berperang dnegan Askar Melayu yang terdiri daripada adik beradik mereka sendiri. Perjanjian Baling ada kesudahanya jika pihak Tunku mengisytiharkan PKM bukan pengkhianat Negara dan mereka sedia menyerah diri secara terhormat. Inilah asal kegagalan Rundingan Baling dahulu. Akibatnya kini kita amsih kuat mengungkit isu Komunis sehingga menutup nama-nama penting datipada API dan PKMM yang menyertai Rejimen ke-10 PKM.


Posted at 09:20 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< September 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed