Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, July 01, 2007
Reformis akan menjadi Orthodoks bila sampai masanya

Reformis akan menjadi orthodoks bila sampai masanya..

 

 

Baru-baru ini saya ada terlihat suatu risalah/pamplet untuk memperomosikan suatu Seminar yang diadakan di Perlis berkenaan Sunnah. Semestinya negeri yang terkenal dengan jolokan negeri Darul Sunnah itu akan mengadakan program yang memberi penerangan berkenaan konsep sunnah dan reformasi budaya di kalangan rakyat yang ingin mereka terapkan.

 

Golongan sunnah atau salafi di seluruh dunia amat tidak sukakan aliran aqidah Asyairah atau Maturidiyyah yang dikatakan sebagai aqidah berunsur bidaah. Aqidah ini selalu dikatakan sebagai aqidah yang menyusahkan  umat Islam kerana dikatakan terpaksa menghafaz sifat 13 atau sifat 20 barulah lengkap aqidah seorang Islam. Kepada golongan pemalas dan bencikan ilmu agama semestinya saranan untuk menyelar golongan Asyairah ini disambut hebat. Semestinya ia akan menjadi alasan untuk mereka tidak mempelajari sifat Allah kerana sifat Allah secara konsensusnya memang bukan hanya 20 sahaja.

 

Abu al-Hasan bin Isma'il al-Asy'ari (Bahasa Arab ÇÈæ ÇáÍÓä Èä ÅÓãÇÚíá ÇﻷÔÚÑí) (lahir: 873- wafat: 935), adalah seorang pemikir muslim pendiri paham Asy'ari.

Al-Asy'ari lahir di Basra, namun sebagian besar hidupnya di Baghdad. Asy'ari sempat berguru pada guru Mu'tazilah terkenal, yaitu al-Jubba'i, namun pada tahun 912 dia mengumumkan keluar dari fahaman mu'tazilah, dan mendirikan sistem teologi baru yang kemudian dikenal sebagai Asy'ariah.

Imam Asyaari ini kemudiannya terkenal sebagai golongan reformis yang terkenal kerana mensinergikan elemen falsafah, sains dan metafizik serta nas-nas Al Quran dalam mempertahankan aqidah Islam. Imam Asyari telah membina madrasah pemikiran ahli sunnah yang pertama serta golongan yang awal mengumumkan institusi ahli sunnah wal jamaah di saat terlalu ramai ulama’ yang bacul terhadap muktazilah.

Imam Al Ghazali yang tersohor sebagai pendebat dan penghujah Islam terhadap golongan falsafah yang sesat juga menggunakan kerangka pemikiran Imam Asyaari dalam membina hujah-hujahnya. Jasa Imam Ghazali terhadap Islam tidak perlu dikupas dalam ruangan ini.

Akan tetapi sistem aqidah ini mula menjadi kaku dan jumud apabila hanya terperosok di pondok-pondok tradisi akibat ancaman secular dan kesalahan pemimpin atau sultan Umat Islam juga. Akibatnya sistem hujah yang  maju ini mula menjadi ketinggalan zaman kerana kerangka intelektual Imam Asyaari hanya dihafaz dan bukannya elemen dielektiknya dipadukan dengan suasana zaman sekarang. Lantaran itu semua memandang pengajian kitab lama teologi Asyaari sebagai orthodoks dan lebih sedih lagi ia dituduh sebagai Bidaah.

Kemudian hadirlah suatu fahaman yang hebat menangkis kurafat dan amalan tidak berfaedah di tanah Arab Saudi. Pemikiran ini telah menjadi suatu solusi terbaik memandangkan Sayyid Hussein pemerintah Mekah dan Madinah ketika itu lebih pro kepada British dan menjadi agen pelemah umat Islam. Fahaman Salafi Muhammad Abdul Wahab telah mewarnai kembali amalan Ahli Sunnah Wal Jamah agar kembali kepada tradisi asal. Anutan elemen Imam Ahmad Ibnu Hanbal diupayakan kembali kerana imam ini lebih erat dengan Hadis, sunnah dan aqidah salafiyyah.

Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab dilahirkan pada tahun 1115 H (1701 M) di kampung 'Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah barat laut kota Riyadh, ibukota Arab Saudi sekarang.

Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H (1793 M) dalam usia 92 tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku jabatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi .

Sebenarnya Imam Muhammad Abdul Wahab telah mewarisi madrasah pemikiran Imam Ibnu Taimiyyah dan muridnya Imam Ibnu Qayyim. Mereka inilah ulama’ progresif, mujahid dan remormis aqidah yang tersohor pada zaman penghujung Abbasiyyah di saat kehadiran tentera Monggol di tanah Islam. Imam Ibnu Taimiyyah adalah individu yang bertanggungjawab membersih umat Islam daripada teologi dielektik yang kemudiannya banyak mengundang perbalahan dan perpecahan, dan pergelumangan golongan batiniyyah yang sesat dan memundurkan umat Islam.

 

Tetapi perlu diingatkan kehadirannya bukan sebagai pemansukh ajaran Imam Asyaari. Kehadirannya bukan untuk menjadi penghukum amalan ulama’ aqidah sebelumnya. Tidak sama sekali. Kehadirannya adalah memperteguhkan amalan yang baik serta melanggar amalan yang bercanggah. Beliau berdakwah secara berkasih sayang tidak seperti golongan salafi hari ini yang gemar menghukum dan mengistinbat hukum secara borong.

Kehadiran golongan reformis aliran salafi ini ke Tanah Melayu telah berjaya menguatkan kembali kudrat pemikiran dan paradigma umat Islam daripada kalungan sifat jabariyyah. Pada era tahun 1920an golongan salafi telah membuktikan bahawa Islam itu mudah dan progressif dalam hidup.

Akan tetapi hari ini golongan salafi hanya mengulang-ulang apa yang Imam besar pernah ucapkan. Masih berdiskusi dan berseminar tentang Biddah, tentang amalan Yasin dan Talqin serta amalan Qunut sahaja. Mereka dilihat oleh masyarakat sebagai golongan penolak yasin. Adakah itu yang dicita-citakan oleh Imam Ibnu Taimiyyah? Hanya pejuang Yasin?

Jika Imam Ibnu Taimiyyah serta Imam Muhammaad Abdul Wahab masih hidup mereka akan bersatu memerangi Amerika Syarikat dan sistem kapitalisnya, memerangi sekularisme yang turut menjadi amalan di Perlis, memerangi kurafat Islam Hadhari yang didokongi di Perlis yang tiada dalam mana-mana warid Hadis sahih Shaikhani sekali pun. Imam Ibnu taimiyyah pasti akan mengeluarkan fatwa bahawa sekular dan perkauman yang berbaur fasis dan chauvinis itu haram dan mesti dibakul sampahkan bukannya di ‘taqiyyahkan’ atau dihampiri kononnya demi maslahah sunnah atau maslahah umumiyyah yang lebih besar sehingga sanggup mengatakan Islam Hadhari itu wujud dan sah aplukasinya. Tidak salah jika amalkan islamisasi secara berperingkat akan tetapi tidak perlulah dipopularkan istilah bidaah dhalalah ‘ Islam Hadhari’ itu !!

Membincangkan perkara remeh dan khilafiyyah ulama’ hanya perkara memundurkan umat dan sistem pemikirannya. Ingin fahamkan Islam itu mudah, dengan menyelar sistem teologi sifat 20 ( yang dikatakan susah) serta mengajar pula masyarakat membidaahkan ulama’ silam serta mengajar pula masyarakat menjadi ‘ulama’ hadis ‘segera’.

Saya ingatkan di sini setiap reformis akan menjadi kaku dan mundur apabila sistem pemikiran reformisnya difahami sekadar faham ‘al faz’ serta zahirnya sahaja dan bukannya syawah dan aspirasinya yang perlu dipadukan dengan sistem semasa. Dalam lumrah alam stiap gerakan reformis akan kemudiannya menjadi orthodoks. Buykan kah yang muda juga akan menjadi tua? Kaum Muda Tanah Melayu dahulu kini pemikiran mereka adalah pemikiran yang rigid serta tidak bermaya.

Ingatan kedua ialah kehadiran ulama’ reformis atau ulama’ teologi saban kurun bukannya memansukkan semua ajaran silam. Setiap ijtihad ulama’ ada keberkatan dan kebaikan umumnya. Pada saya ilmu awalawiyyat atau ilmu prioriti lebih utama. Bila berada pada suasana perlukan ilmu kalam, maka gunakanlah. Jika tempat itu terlalu mengagungkan kenduri malam jumaat maka kuatkan hujah dengan pendapat Imam Muhammad Abdul Wahab. Susah kah jika macam itu? Ilmu prioriti akan mengajar kita cara mengutamakan pendapat ulama’ dan bukannya menjadi pemansukh ilmu ulama’ dengan celahan kedangkalan kita sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah

SRI Al Islah Pulau Pinang.

 

 


Posted at 07:06 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed