Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Tuesday, April 18, 2006
Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah

Keutamaan  Agen Muslih Dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kejuruteraan Bahan

Universiti Malaya

 

 

Muqaddimah

         

Kebangkitan arus jarah-menjarah, tuduh menuduh, atau berlakon seolah-olah muhaqqiq yang sahih adalah mehnah yang telah lama melanda dunia Islam dan tidak sunyi juga di bumi Malaysia ini sedari abad ke 19. Tokoh-tokoh yang menggelar mereka sebagai agen salafi sering menyalahgunakan kepakaran dan kebijaksanaan untuk membawa halatuju islamisasi Islam secara tadarruj yang molek. Tulisan ini bukan menyelar aliran salafi. Salaf adalah pegangan aqidah dan Ibadah yang paling selamat. Salafiyyah adalah berdasarkan tinggalan salafussoleh dan bukannya mazhab (sila rujuk Al Buti, Salafiyyah zaman yang Berkat Bukannya Mazhab). Ianya bukan boleh dibuat-buat sebagai sebuah aliran. Ianya adalah suatu dakwah yang halus dan terperinci untuk menghalakan masyarakat kepada fahaman lama yang dibarukan (rebranding). Hal ini dinyatakan sendiri oleh tokoh dakwah terkenal dengan Mottonya "Dakwah kami adalah dakwah baru yang lama". Baru dalam erti kata methodologi yang baru, segar serta waqii'y dengan tidak meninggalkan kerangka sawwabit serta konseptual sunnah yang sebenar walaupun adjustment yang tidak melanggar syara' mungkin diperlukan. Hal inilah yang  menjustifikasikan ulama' semasa untuk berijtihad dalam pelbagai perkara termasuk di dalam hal methodologi dakwah.

 

Salah kah salafiyyah?

 

          Mengapa perlu dipersalahkan era salaf? Kurun terbaik adalah kurun tersebut. Pembawa dakwah aliran salaf seperti Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim sendiri adalah tulang belakang agama terkenal dalam menjadi perisai Islam daripada hujah-hujah musuh Islam. Namun membawa masyarakat kepada Sunnah bukan membawa secara sistemik ke belakang. Ulama'-ulama' selepas era salaf (tabiin ke bawah) telah mendisiplinkan pelbagai keilmuan serta mensistematikkan ilmu berkenaan demi kemudahan kepada masyarakat untuk menuruti sunnah. Sunnah walaupun ada yang bersifat praktikal yang perlu dikekalkan namun masih banyak sunnah yang konseptual yang memerlukan elemen kontekstual (oleh ulama' yang faqih sahaja) untuk membawa sunnah dalam masyarakat setempat yang rencam dan pelbagai ragam.

 

 

 

Dakwah suatu tanggungjawab muslih

         

Setiap yang bergelar pendakwah adalah agen muslih. Orang yang muslih akan cuba mengubah masyarakat seperti mencabut rambut di dalam tepung. Orang yang muslih akan mengikut konsep tadarruj (beransur-ansur) dalam membawa dakwah. Sifat syariah sendiri yang membawa kepada penghapusan perhambaan (sila lihat Tafsir Al Azhar), pengharaman arak yang berkesan serta memusnahkan beberapa karat jahiliyyah secara menyeluruh dan komprehensif tanpa meninggalkan kejengkelan di kalangan mad'u Rasulullah SAW sendiri.

         

Apa yang kita dapat dengan mengharamkan pembacaan Yasin? Apa yang kita dapat dengan menceritakan konsep ikhtilaf kepada orang awam yang jahil (walaupun ada di kalangan penceramah di Malaysia sendiri tidak alim dalam bab ini, tetapi menjaja ke sana ke mari konsep ikhtilaf ini). Apa yang kita dapat dengan mengharamkan Qunut subuh? Apa kepuasan kita? Adakah haram perkara ini? Takrifan etimologi bidaah memang membawa maksud semua perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah. Namun adakah kesemua yang tidak Nabi buat akan membawa kepada Bidaah jika dilakukan seperti menaiki kereta, memasuki Universiti, menjadi pilot atau menggunakan internet? Mereka akan mengatakan masoleh mursalah. Adakah berwirid dan berdoa selepas solat, membaca yasin tidak menjadi maslahah? Memang tiada dalil qat'ie membenarkan perlakuan itu, tetapi haramkah? Kenapa sikap muslih diabaikan sehingga masyarakat kini mula menyalahkan guru KAFA yang dikatakan sesat mengajar perihal air musta'mal (iaitu pengkelasan air menurut Imam Syafi'e), sikap mahasiswa sains yang mula menyalahkan Imam Syafi'e, Imam Nawawi dan Imam Al Ghazali. Adakah ada maslahah dengan menggembar-gemburkan khilafiyyah ini?

         

Pada saya, isu ini isu ilmiyyah dan hanya sesuai untuk masyarakat yang berilmu tinggi serta khatam tasawwur hadis, ulum Quran serta tahu hujah-hujah para imam mujtahidin yang digunakan, bukan memborong, memukal, menggulung hujah mereka sekaligus, dengan bongkaknya. Kini masyarakat yang dirasuk ini, mula biadab, melarang ibu bapanya membaca yasin , berwirid secara jahar (kuat) serta pergi menyambut Maulidur Rasul, dengan hujahnya sesat dan bukan saranan Nabi…..pembaca silalah buat analisis sendiri, sejauh mana kesesatan ibu bapa mereka itu.

 

Ulama' dijarah semberono

         

Golongan agresif ini juga mula mengajar ilmu jarah dan ta'dil secara bebas kepada masyarakat yang buta ilmu nahu dan saraf, buta ulum mustalah dan ulum tafsir. Akibatnya golongan Qudhat mula membawa mendominasi dan bukannya pendakwah. Memang perkara yang bukan saranan dan Hadis Nabi tidak wajar dilakukan dan memang wajar ditentang jika dikatakan wajib untuk dilaksanakan, tetapi tidak seharusnya sehingga ke tahap membidaahkan secara membuta tuli. Mereka menjadikan Ulama' besar seperti Sheikh Islam Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim sebagai perisai hujah mereka, dengan harapan kita menyalahkan ulama'-ulama' ini. Tidak sama sekali. Ulama' tersebut adalah ulama' progresif yang ulung, berjihad dan membanteras bidaah yang nyata sesat dan kufur seperti ajaran bathiniyyah yang meninggalkan jihad. Tetapi pendokong salafiy kini tidak lantang menyatakan jihad mereka. Mereka bermain tarik tali pula dengan pendokong sekular dengan alasan maslahah. Kalau sekular dikatakan wasilah untuk maslahah, inikan pula mazhab ulama' mujtahid, inikan pula membaca yasin, inikan pula berwirid. Inilah sikap berpura-pura mereka. Mereka hanya berani meracuni para pelajar aliran kejuruteraan, aliran sains dan bukannya menjadikan ulama' sebagai sasaran hujah mereka. Imam As Syafi'e menyatakan bahawa beliau boleh menang dalam berhujah ilmiah dengan alim ulama' tetapi sering kali kalah dengan golongan jahil. Pada saya jangan berhujah dengan mereka. Kini mereka merekrut burung-burung kakak tua mereka yang akan menyerang kita dengan " Mana dalil? Mana Hadis?" sedangkan si kakak tua itu pun belum mempelajari hadis-hadis Nabi secara mendalam. Mereka melatih orang jangan bertaqlid dan jangan menyatakan kita bermazhab jika tak tahu bermazhab, sedangkan mereka juga hanya menghafal hujah-hujah dan hadis-hadis tertentu yang diajar oileh guru-guru mereka. Merekalah agen dogmatik sebenarnya. Mereka kata mereka alim, dengan hanya belajar syariah dan hadis 4 hingga 5 tahun sedangkan Imam Nawawi belajar 17 matapelajaran sehari selama berbelas-belas tahun (bukan 17 jam kredit). Insaflah..mungkin ada kesilapan dalam hujah ulama' silam, tetapi ini bukan kerana nafsu mereka tetapi kerana sebaran dan pentahqiqan hadis masih dalam proses perkembangan. Ini bukan hujah untuk kita membuang kesemua peninggalan khazanah ilmiah mereka. Memang sikap muhaddithin mentahqiq hadis dan perawi sejak dahulu sehingga era al Bani, tetapi bukannya mengajar individu-individu mentah belajar mentahqiq dengan serba kekurangan ilmu.

 

Siapakah ulama'?

 

          Alim bukan sekadar memerlukan bijak dan petah dalam dialektik dan berhujah. Alim memerlukan kebijaksanaan, tawadhu', serta masa yang lama dalam mempelajari ilmu agama. Bongkak dan mendabik dada, menjarah ulama' lain serta menyatakan dia yang benar adalah sikap syaitan. Saya bertanggungjawab dengan statement ini kerana melihat terlalu ramai mahasiswa kini yang dangkal ilmunya mula mengeluarkan fatwa di jalanan dengan dia sendiri picik ilmunya, jahil Bahasa Arabnya apatah lagi ingin mengistinbatkan hukum daripada nas-nas Qat'i. Dalil yang sahih belum tentu mensabitkan hukum. Dan hadis terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan agar adil dan tidak meninggalkan ciri dalamannya iaitu maqasid muslihnya secara lembut dan berhikmah.

 

Janganlah kerana ingin berpendapat sehingga menidakkan ijtihad ulama' dalam berjamaah, berbaiah setia kerana Allah kerana tiada manfaatnya jika isu itu disiar-siarkan. Anda berseronok berseminar, musuh Islam bertepuk tangan kepada anda. Tahniah kerana membantu mereka. Marilah kita mahasiswa Islam, mendalami ilmu agama dari mula dan bukannya terpikat dengan hujah-hujah indah. Umpama kita membeli ubat di pasar malam, terpikat kerana hujah, bukannya terpikat dengan isi kandungan kimia ubat itu atau nilai 'healing' yang ada lantaran kita sendiri jahil dalam ilmu farmasi. Ilmu hadis bukan untuk ditaqlid, jika jahil ikutilah ulama' muktabar (bukan ulama' mee segera di Kuala Lumpur ini). Ilmu hadis perlu didekati dengan tawadhu' dan sabar. Dengan kedangkalan ilmu saya sendiri (selaku pelajar Kejuruteraan) saya memberi lontaran ini dengan insaf agar kita berakhlak dalam ikhtilaf, merendah diri dengan ulama' terdahulu yang berilmu sambil berjihad, serta tawadhu' sesama mereka.

 

Hidup Islam !!!! Hidup Islam !!!!!!!

 

                                                                                                                

 


Posted at 08:43 am by Pendita Bitara

Hakimi bin Abdul Jabar
April 15, 2012   07:46 PM PDT
 
Ode to Prophet Muhammad (peace be upon him)

The beauty of Islam lies in its' simplicity,
The Seerah and Sunnah of Prophet Muhammad astounds humanity,
Which brings forth peace, prosperity and tranquility,
'Tis the truth! This is my audicity.

Islam is no flash in the pan,
I must say I've always been a big fan,
I try to follow the path of Muhammad as much as I can,
'Twas when I realised that I'm only human!
anonymous
February 12, 2007   04:39 PM PST
 
Hidup wahabi!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed