Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, December 10, 2006
Melayu Dan Raja bersendikan adat

 

MELAYU DAN RAJA BERSENDIKAN ADAT.

 

Selepas mengunjungi perpustakaan Desa (KEMAS) di kampung saya baru-baru ini, saya memeprolehi beberapa bahan yang amat saya perlukan selama ini iaitulah berkisar berkaitan dengan buana Melayu, adat dan istiadat melayu, relevensi dan justifikasinya. Buku yang terlebih menarik perhatian saya adalah Melayu Islam Beraja karya sepasang suami isteri Hj,. Muzaffar Dato' Haji Mohamad dan (Tun) Suzana (tun) Hj. Othman. Haji Muzaffar adalah keturunan bangsawan daripada Negeri Sembilan (raja-raja Minangkabau) manakala Puan Suzana pula adalah keturunan daripada Bendahara Tun Mutahir iaitu pewaris akhir Bendahara Kesultanan Melayu Johor Lama (Keturunan  Sultan Mahmud 1 Melaka) yang merupakan pengasas Kesultanan Pahang berdaulat. Tun Mutahir kemudiannya digulingkan oleh British dan keturunan berdaulat Bendahara Tun Mutahir digantikan dengan keturunan Enche Wan Ahmad yang menjadi boneka British. Kesimpulannya, Puan Suzana wajar memegang gelaran Tun (semestinya tidak setaraf dnegan gelaran Tun hari ini.

 

          Kali ini saya ingin mengupas berkenaan adat-adat melayu. Mengapa adanya adat-adat yang merumitkan? Adakah benar orang Melayu merupakan bangsa yang rumit dan jumud diselimuti dengan adat-adat yang mengongkong? Pertamanya perlu dijelaskan, kita menghukum dan menilai selama ini melalui hasil penulisan dan kajian berat daripada orientalis dan individu-individu Melayu yang terpengaruh dengan gaya orde melayu baru (didikan British dan orientalisme).

 

Adat bersendikan syarak,

Syarak bersendikan Kitabullah,

Syarak mengata, adat memakai,

Cermin yang tidak kabur,

Pelita yang tidak padam.

Perbilangan diatas menunjukkan hakikat adat dan cerminan kehidupan dibawah kesultanan Melayu Melaka. Mengapa kita sebutkan Melaka? Perlu diketahui bahawa pemerintahan melayu berhakikat aspirasi melayu Islam berhubung rapat dengan Khilafah Uthmaniyyah serta menjadi asal-usul kepada kedaulatan negeri-negeri melayu Islam yang lain adalah Melaka. Melaka adalah sebuah negara umat Melayu yang melaksanakan hampir kesemua sistem Islam termasuk hudud dan ekonomi Islam tanpa riba. hal inilah yang perlu disedarkan melalui pukulan-pukulan penulisan dan wacana sedar yang ikhlas. Saya hanya menyerikan lagi temasya kesedaran ini melalui penulisan saya yang mungkin terbatas domain pembacanya.

 

Adakah Islam melarang adat?

 

          Dalam perundangan Islam, sumber hukum yang menjadi antara sumber yang relevan dan kena dengan nilai kemanusiaan adalah uruf atau adat tempatan yang sebenarnya wujud secara fitrah. Fitrah ini muncul semestinya akibat faktor geografi, cuaca dan nilai ekonomi sesuatu bangsa dan kaum. Hal ini mewujudkan cara' untuk mereka menunjukkan rasa sayang, hormat, marah dan berkomunikasi harian. Islam bukanlah agama bangsa Arab walaupun bahasa Arab adalah jelas bahasa ahli syurga dan bahasa Al Quran untuk kita semua. Sunnah nabi yang bersifat praktikal adalah berdasarkan Rasulullah sebagai manusia berbangsa Arab dan wajar diikuti walaupun kita berbangsa Melayu memandangkan konsep ittiba' As Sunnah adalah konsep yang jelas dalam Al Quran itu sendiri. Walaupun begitu, Islam datang dengan membawa 'sesuatu' untuk mengisi kerangka 'adat' dan uruf yang sedia ada walaupun menasakhkan juga beberapa adat yang bercanggah dnegan 'fitrah' insani. Membunuh anak perempuan adalah adat tetapi adat yang tidak insaniah. Jadi Islam menasakhkannya (menghapuskan).

 

Adat-adat Melayu.

 

          Bezanya Melayu daripada bangsa lain adalah, Melayu menganggap undang-undang sebagai adat yang mendisiplinkan manusia, membentuk norma positif serta baik pekerti. Kedatangan agama Hindu telah mengisi keinginan tersebut melalui prinsip karma dan dharma Hinduisme. Kedatangan epik-epik daripada Thailand dan India telah mewarnai seni dan adab  melayu melalui penerapan adab, adat serta sikap taat kepada pemerintah melaluinya. Risalah Hukum Kanun Melaka (jenayah dan undang-undang awam), Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang 99, Hukum Kanun Brunei, Kanun Kelantan, Undang-Undang Laut Melaka dan lain-lainnya adalah tanda bahawa Tamadun Melayu telah membina suatu struktur perundangan bertulis yang mendasari setiap perintah dan keputusan raja dengan dibantu penafsiran undang-undang berkenaan melalui majlis ulama' dan mufti serta pemegang adat melayu iaitu Bendahara.

 

          Bila disebut 'Biar mati anak jangan mati adat' selalunya pemikir-pemikir kontemporari yang pro kepada pemikiran modernisme akan menyalahkan pepatah ini dan menyamakan Melayu sebagai bangsa yang taat membabi buta. Menilai prinsip melalui hanya melalui pembacaan Hikayat Hang Tuah adalah terlalu tidak adil memandangkan konsep sastera[1] tidak sama dengan konsep hakikat sebenar Melayu itu sendiri. Marilah kita meneliti beberapa sendi adat melayu agar kita cakna dengan tomahan negatif terhadap bangsa yang menjadi tuan kepada negara ini sebenarnya.

 

1)    Adatullah

Inilah adat yang sebenar-benarnya adat. Melayu mengatakan syarak itu adalah adat. Perinsip Fiqh juga menyatakan bahawa Adah Al Muhkamah. Akan tetapi prinsip ini menyatakan bahawa adat (uruf) setempat boleh dijadikan sebagai hukum. Sebaliknya adat yang disebut Adatullah ini ialah meliputi kesemua furu' agama yang diterapkan oleh ulama' Islam ke dalam istana. Biarpun terpaksa mengorbankan Fatimah Az Zahra, Baginda Rasul sanggup asalkan syara' terbela. Bukankah itu prinsip agama yang diserapkan dalam perbilangan melayu lama? Salahkah pepatah itu?

 

2)    Adat istiadat

Adat ini adalah suatu ritual keagamaan yang diadakan demi melambangkan protokol melayu sebagai bangsa beradab dan berprinsip. Islam tidak pernah melarang adat-adat penabalan Sultan kerana prinsip syura dan baiah yang ditinggalkan Nabi SAW adalah bersifat konseptual yang sesuai dengan kehendak setempat. Kita melihat bagaimana Muawwiyyah RA telah melengkapkan istananya di Damsyik dengan kemewahan dan protokol yang ketat memandangkan bumi Syam memang menjadi tumpuan Rom dan Parsi serta menjadi maruah Islam yang perlu dijaga.

 

Lantaran itu sikap Muawwiyah tidak boleh terlalu mudah dihukumi oleh kita walaupun terdapat sedikit kelonggaran yang beliau laksanakan dalam pemerintahannya. Adat dan kehebatan serta izzah Islam dan lambang Melayu sebagai bangsa beradat bersendikan agama perlu dipaparkan melalui adat istiadat yang kemas. Bayangkan Melayu semasa Hindunya kelihatan hebat dan izzah akan tetapi dengan hadirnya Islam, melayu kelihatan lemah dan tiada kedaulatan berbanding sebelumnya. Justeru boleh menimbulkan kelemahan dan membantutkan penyebaran Islam yang sebenarnya rancak melalui diplomasi Sultan-sultan melaka yang berdaulat, izzah dan hebat di mata orang lain.

 

3)    Adat yang diadatkan.

Adat ini adalah umpama siasah syariyyah di dalam konsep pemerintahan Islam. Sebagai contoh akta-akta dan ijtihad ulama' dan umara' melayu telah menggubal suatu perlembagaan yang membantu melicinkan pentadbiran bandar, zakat, kehakiman, perdagangan dan sebagainya. Inilah undang-undang yang boleh kita lihat sehingga kini. Adakah adat atau perlembagaan ini bercanggah dengan syarak'? Mari kita lihat beberapa bukti lain. Fasal 41 Risalah Hukum Kanun Melaka menyatakan bahawa selagi mungkin undang syara' boleh digunakan, maka undang-undang lain wajib dikemudiankan. Fasal 33 dalam Undang-Undang Minangkabau menegaskan bahawa Al Quran, Hadis adalah sebagai rujukan utama  iaitu sumber undang-undang Allah.

 

4)    Adat jahiliyyah.

Adat-adat yang telah berakar umbi sejak pra-Islam telah menjadi sebahagian daripada kelakuan harian bangsa melayu. Segelintir besar orientalis telah menuduh adat melayu sebagai punca kemunduran kerana majoritinya daripada adat Hindu dan Buddha. Benarkah tuduhan sebegini? Melayu hari ini tidak kenal beza adat dan sikap melayu yang sebenarnya. Mereka keliru antara adat dan sikap. Mereka hanya tahu cerita tentang melayu (bangsa mereka sendiri) melalui pembacaan buku orientalisme, buku sejarah mengikut kerangka British serta tidak melalui pengalaman bergaul dengan oang-orang tua. Akan tetapi kita wajar mengakui masih banyak adat Hindhu yang masih diamalkan kita serta wajar dibenteras secara hikmah.

 

          Saya berminat untuk memberi beberapa contoh hubungan erat dan mesra Melaka dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah. diantara adat-adat serta perayaan Turki Uthmaniyyah yang diterapkan dalam kehidupan Melayu adalah adat berkhatan, adat merisik, adat berkahwin, adat bersalin, adat mengaji kitab di pondok agama, adat rumah dan tetamu, adat jenazah, adat memuliakan ahli bait, adat tadarus, berzanji dan Burdah serta adat menghormati orang tua.

 

          Semua adat-adat ini merupakan 'hadiah' akibat keeratan hubungan Turki Uthmaniyyah dengan Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh kerajan Patani Darul Salam, Brunei, Johor Lama, Acheh dan Pasai. Kita lihat bagaimana kerajaan Turki telah menghantar beberapa kapal perang untuk membantu Melaka berlawan dengan Portugis walaupun gagal sampai ke Melaka akibat dihalang oleh tentera Mamluk (kerajaan Syiah ini bersekongkol dengan Alfonso De Albuque).

 

          Sebagai penutup kali ini, saya akan cuba menulis juga pada tulisan akan datang berkenaan justifikasi pemilihan anak gahara dan keturunan yang baik sebagai pewaris kesultanan melayu. Persoalan mengapa syura diadakan selepas menobatkan raja baru dan bukannya melalui proses merit seperti yang dilakukan oleh Khalifah Al rasyidin, akan dikupas juga kerana melayu lebih senang menggunakan kaedah Al Muluk sebagai kaedah pewarisan takhta. Tulisan seterusnya akan mengupas bagaimana British memusnahkan serta mensekularkan sistem Islam yang telah lama sebati dalam jiwa umat Melayu. Moga tulisan sebegini bermanfaat.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kampung Terang Balik Pulau

Pulau Pinang Darus Samin

12.45 tengahari 10 Dis 2006

http://munawwarah.blogdrive.com



[1] Orientalis menganggap bahawa nilai melayu, sejarah dan ketamadunannya hanya sesuai dimuatkan ke dalam buku-buku sastera yang tidak setanding dengan ketamadunan barat yang dimuatkan dalam buku akademik. Perlu disedari bahawa buku-buku sastera seperti Hikayat Amir hamzah, Hikayat Perang Badar dan sebagainya bukanlah bermaksud menjadi suatu literasi yang unggul kesahihannya. Sebaliknya disusun oleh pendita melayu dan disadur daripada kisah benar Islam untuk disajikan ke dalam medium melayu yang sukakan sastera, keindahan bahasa dan cerita-cerita santai. Memandangkan gaya itu yang sesuai, pendita dan ulama' melayu telah menggantikan epik-epik Hindu dengan cerita benar Islam yang dijadikan hikayat serta kurang gaya kesahihannya. Hal ini menjadi hujah kepada golongan Kaum Muda yang mempelajari gaya akdemik barat serta bangsawan feudal yang mengikuti orde melayu baru, mereka mengkritik dan menyalahkan sastera lama dengan mengatakan bahan itu dusta, tidak sahih dan membantutkan kesahihan fakta. Pada saya peneguran boleh dilakukan akan tetapi tujuan sebenar pendita-pendita melayu itu juga perlu diteliti dan diperhalusi secara mendasar.


Posted at 04:42 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed