Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, December 07, 2006
Rejimen ke-10, mendokong atau menunggang komunisme

REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?

 

Mungkin tajuk tulisan ini agak kontroversi. Tetapi saya merasakan amat perlu untuk diwacanakan secara agak terbuka berkenaan fahaman kiri dalam domain politik kebangsaan negara kita. Aliran kiri mempunyai intepretasi pelbagai jika dilihat melalui jendela agama, sosial dan ekonomi. Secara sepunyanya, nilai aliran kiri dilihat sebagai progresif, radikal, lantang serta menjuarai isu melalui tindakan yang optimis.

          Saya berminat menulis sedikit berkenaan akar umbi pemikiran sosialistik yang mendasari fahaman politik dan sosial dunia dimana Malaysia (Tanah Melayu) sendiri tidak terlepas daripada pengaruh orbit sosialis berkenaan. Melalui kaca mata sosial, aliran kiri semestinya membawa nafas sosialis, komunis atau aliran kolektivisme dalam gagasan politik dan manifesto perjuangan mereka.

 

          Tanah Melayu pernah menerima pengaruh sebegini apabila PKMM yang berasal daripada KMM (Kesatuan Melayu Muda) telah menerima tempiasan aura sosialis dalam gagasan dan peri-juang mereka ( Pengaruh Mukhtaruddin Laso Indonesia  terhadap pemikiran Dr Burhanuddin Al Helmi dan Ishak Haji Muhammad). Pemikiran sosialistik yang sebenarnya agak cocok dengan respon masyarakat tempatan yang menerima penjajahan mental, tanah dan harga diri daripada emperialis barat yang mengaut keuntungan beralaskan air mata dan darah anak watan. Tekanan dan penghakisan ketuanan anak watan menyebabkan agenda sosial lebih menjurus ke arah kebajikan marhain dan jelata. Secocoknya berdasarkan sifir dielektik politik barat dimana golongan kapitalisme dan borjois mula menerima tekanan dan perlawanan daripada golongan sosialis. Akibatnya pemikiran ini mula popular dan mengusai pembawaan  perjuangan nasionalis, kemerdekaan, pemikiran perjuangan keagamaan dan sebagainya. Pemikiran sosialistik sewajarnya dipisahkan daripada pemikiran komunisme yang lebih menjurus kepada praktikal sosialisme ala barat yang boleh dipertikaikan cara pelaksanaan dan penjelmaan aspirasi sosialisme yang sebenarnya. Saya tidak mengagungkan aliran sosialisme. Tetapi wahana kebajikan dan perjuangan marhain sebenarnya adalah berbaur sosialistik walaupun bukannya perjuangan yang meniru institusi sosialisme barat yang karut dan tidak relevan dengan fitrah manusia.

 

          Apabila British mula ingin mengukuhkan institusi hegemoni kapitalisme yang mula mencengkam, mereka mula melancarkan perang saraf dan perang dingin yang berteraskan kebencian kepada lawan mereka iaitulah aliran pemerintahan dan ekonomi sosialisme serta komunisme. Mana-mana pertubuhan dan pemikiran yang berteraskan buruh, marhain, golongan bawahan dan kemiskinan akan dituduh komunisme walaupun hakikatnya isu yang sama tidak boleh dibungkus sekali sebagai pemikiran yang sama. Pemikiran kebajikan, kemerdekaan dan pemerkasaan ketuanan anak watan  PKMM dan SEBERKAS tidak boleh dituduh sebagai sosialisme barat apatah lagi sebagai komunisme!! Komunis adalah anti kuasa anak watan.

 

          Melayu yang menganggotai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya turut dilabelkan sebagai komunis yang anti agama, radikal, ganas dan tidak berhati perut. Benarkah tuduhan begitu? Tahukah penganalis politik hari ini, betapa dilema yang dihadapi mereka akibat kefahaman dan pendedahan global zaman itu (pembacaan, perkembangan penulisan dan wacana intelek, pengaruh Indonesia, Mesir dan England)  menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menerima platform komunis sebagai manifestasi patriotisme mereka. Mereka selesa menerima latihan komunis untuk menentang hegemoni British dan kapitalis walaupun mereka masih melayu dan masih Islam berbanding dengan mengikuti telunjuk British dalam segala segi syarat kemerdekaan. Ya hakikatnya, mereka masih Islam.

 

          Saya masih ingat kata-kata Tuan Haji Mohd. Sabu dalam Kongres Kebangkitan Melayu pada minggu lepas, beliau menceritakan pengalaman beliau mengunjungi bekas kem-kem Rejimen Ke-10 PKM di Thailand dan melihat sendiri suasana Islam mereka. Anak-anak pejuang Komunis melayu dan pejuang-pejuang PKM yang telah tua masih tegar mengajar  anak muda dengan bahasa Melayu, tulisan jawi dan ilmu agama berteraskan kitab-kitab jawi tradisional lebih daripada masyarakat semenanjung yang 'bukan komunis' tetapi buta jawi dan 'rasa malu' bercakap dalam bahasa melayu.

 

          Adakah mereka itu telah menjadi atheis jika itulah simptom yang ada? Saya pernah membaca tulisan Ibrahim Chik (Bekas pejuang PKM) yang menceritakan beliau telah menghantar anak beliau (Maznah) untuk diasuh oleh masyarakat Thai-Melayu untuk dijaminkan keislaman dan keselamatan mereka. Mereka membina masjid Rejimen ke-10 tanpa larangan daripada Chin Peng. Bukankah mereka mempertahankan agama mereka.

 

          Apa yang ingin saya utarakan adalah berkenaan dilema Melayu sedar pada era 1940an telah mengheret mereka untuk 'menunggang' fahaman komunis demi patriotisme dan kemerdekaan Malaya daripada cengkaman penghisap darah anak watan iaitulah British. Mereka tidak sama sekali menganut fahaman komunis secara keseluruhan. Mereka hanya mengambil method perjuangan revolusi bagi mendapat kesan yang optimum memandangkan sikap dan tekanan British yang semakin melampau kepada Sultan Melayu. Mereka bukan rasis. Mereka bukan penderhaka Sultan. Mereka bukan pengganas. Isu-isu keganasan Rejimen ke-10 telah dicipta secara terancang oleh pihak 'intellegent' British sehingga mengaburi perjuangan asal mereka. Mereka diasak sehingga Rejimen ke-10 bertindak balas. Bagi saya kekejaman PKM berpunca daripada Rejimen lain dan bukannya Rejimen ke-10 (PKM Melayu).

 

          Patriotisme dan cintakan melayu yang signifikan dengan Islam dilestarikan oleh melayu-melayu Rejimen ke-10 ini melalui perjuangan tulisan jawi mereka, perjuangan kitab-kitab lama mereka serta lain-lain doktrin anak watan yang mereka cipta agar mereka menjadi "melayu unggul" yang sebenarnya. Jika sesiapa yang bertanyakan kita siapakah melayu unggul dan melayu yang mewarisi semangat cintakan ibu pertiwi berteraskan agama, intai-intailah selatan Thailand.

 

          Bagaimana pula komunis lain yang menggelar mereka sebagai pejuang negara? Sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu? Saya berani mengatakan ianya adalah tidak benar. Perjuangan Koumintang dan PKM adalah berasal daripada pertarungan panjang Dr. Sun Yat Sen dengan Mao Tze Tung di tanah Besar China dahulu sebelum munculnya pemikiran itu di Tanah Melayu. Permusuhan Komunis China dan Kuomintang dengan British dan Jepun sebenarnya adalah disebabkan matlamat yang terdahulu daripada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Negara Revolusi Komunis Malaya sejelasnya akan menghancurkan lagi bahasa Melayu, aspirasi Islam dan nilai kewatanan anak bangsa. Kolaborasi Melayu dan Cina dalam PKM bukanlah bertujuan tuntas untuk menegakkan negara revolusi yang membunuh daya melayu, sebaliknya adalah kolaborasi sementara sahaja demi menghalau British yang menjadi musuh bersama. Kepura-puraan dalam kerjasama itu jelas apabila pihak pemimpin PKM (orang Cina) telah menjalankan pecah dan perintah dan dasar yang memcahbelahkan melayu dalam PKM sendiri demi menghalang mereka iaitu melayu meneruskan cita-cita mereka iaitulah kemerdekaan ibu pertiwi dan penginstitusian Islam itu sendiri.

 

          Ada yang beranggapan bahawa pemikiran Dr Burhanuddin Al Helmi sebagai tidak relevan dalam dunia politik kini. Perjuangan yang berbunyi Melayu dilihat sebagai kebangsaan yang sempit walaupun disulam dengan pembawaan Islam. Saya tidak menyokong kenyataan ini dan semestinya bukan disebabkan obses saya kepada beliau. Penelitian luas kepada pemikiran Dr. Burhanuddin adalah perlu disamping mengkaji sosiologi dan sosio-budaya melayu dulu dan terkini. Hakikatnya Melayu bersosialkan klasik seperti dahulu walaupun distrukturkan kehidupan sebagai bangsa yang mengikuti sains dan teknologi. Melayu masih erat dengan Islam dan sewajarnya dipertahankan. Perjuangan beliau yang mahukan kemerdekaan melayu daripada penjajahan ekonomi (kini melayu kembali terbelenggu serta terjajah dengan WTO dan FTA), penjajahan paradigma, pendidikan (kita kini menobatkan bahasa Inggeris, lambang penjajahan semula Melayu !!) serta agama  adalah perjuangan yang belum selesai dan bukannya telah lapuk dek zaman. Beliau tidak perjuangkan melayu secara chauvinistik dan gopoh sebaliknya melihat keperluan bangsa teras negara ini membina negara idaman berteraskan melayu yang unggul dengan agamanya dan bukan terpalit dengan norma luar. Adakah ini terlalu eksklusif? Pertahanan identiti bukannya eksklusif jika diteliti kemaslahatannya (kebaikannya). Identiti melayu perlu diperjuang kembali. Palitan tuduhan terhadap Melayu Rejimen ke-10 perlu dibersih semula. Gagasan Dr. Burhanuddin perlu diwacana secara adil dan telus bukannya melabel semberono beliau sebagai sosialis dan komunis.       

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kampung Terang Balik Pulau

Penang Darus Samin

7 Dis 2006

4.40 petang


Posted at 05:06 pm by Pendita Bitara

melayu kah kita ini ?
August 26, 2012   02:04 AM PDT
 
bro, mana lagi story pasal rejimen 10 nieh? kisah di sebalik serangan di bukit kepong. apa kisah sebenar nya ? harap bro dpt tulis kisah sebenar.
melayu kah kita ini ?
August 26, 2012   01:58 AM PDT
 
mana bahan baru bro ? nak lebih lagi. harap bro dpt sambung story.
ARC
October 22, 2011   12:15 AM PDT
 
Rejimen 10 ni alat PKM, x lebih x kurang, sekian
keroncongmalam
September 14, 2011   09:23 AM PDT
 
tak ada british tak adanya rejimen ke 10. malah mereka lebih selesa menjalani tugas masing masing.aku bukan nak meyokong pkm, tapi aku rasa mereka menentang penjajah dengan jiwa yang inginkan kemerdekaan.mereka bukan bunuh melayu.tapi bunuh tali barut british, sama macam tali barut jepun.
Anak jati Pilah
September 5, 2011   05:25 PM PDT
 
satu artikel yang menarik, an eye opener, harus di baca dengan minda terbuka dan rasional, bukan emotional..
mat boroi kona baring
September 5, 2011   01:56 AM PDT
 
matlamat menghalalkan cara bro? regimen ni gk yg bunuh org2 melayu Islam yg tolak komunis. hebat kalu regimen ni diagungkan akhirnya. mmg hebat. tahniah.
Kasturi
September 2, 2011   10:17 PM PDT
 
Rejimen ke 10 adalah sebahagian sayap tentera komunis malaya, meskipun mereka mendakwa jati diri sebagai islam tidak tegugat tp bolehkah dipercayai apabila mereka bersetuju menganggotai parti komunis. Bukan senang seorang islam untuk menerima komunis yang anti agama. Tindakan mereka bolehlah disamakan dengan tindakan pas kerjasam dengan dap semata mata untuk menghapuskan umno bn. Tindakan yang akan terus melemahkan melayu islam di negara ini.
aina
May 24, 2007   10:15 AM PDT
 
lama tak tulis bahan baru?
sibuk ye
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed