Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Monday, December 04, 2006
Kebangkitan Melayu? retorika atau agenda glokal

KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA KESEIMBANGAN GLOKAL?

 

Kelmarin, 3 Disember 2006, saya berpeluang menghadiri Program Kongres Kebangkitan Melayu Pulau Pinang, anjuran MALCON-TERAS. Beberapa NGO dan Parti Politik turut terlibat menjayakan agenda mulia ini. Saya optimis bahawa Melayu yang tegas berindentiti tulen dan Islam akan memberi keseimbangan dalam komuniti tempatan dan antarabangsa.

 

          Saya berasa agak kesal kerana tidak pulang ke Pulau Pinang lebih awal untuk menjadi salah seorang ajk program sebaliknya hanya mampu membantu mengambil gambar-gambar tertentu (untuk pameran gambar keadaan kesusahan masyarakat melayu Pulau Pinang) yang tidak terlalu banyak. Akan tetapi saya berpuas hati dapat membantu sahabat-sahabat saya daripada Parti Politik dan TERAS-CAP yang lain.

 

          Kegembiraan utama saya adalah apabila dapat bertemu lagi dengan Cikgu Azmi tokoh perjuang Melayu Islam yang terkenal di serata dunia dan buana intelektual. Beliau akan tetapi hanya dapat saya sapa sekadarnya kerana beliau meminta saya berbincang dengan beberapa 'anak didiknya dahulu' berkenaan kegiatan saya selepas tamat pengajian nanti. Beliau menyarankan saya berada dan bekerja sepenuh masa dalam CAP. Bagi saya ianya membuka ruang untuk saya terus menulis serta diasuh untuk menulis dalam genre inventigatif dan di taja sendiri oleh CAP.

 

          Kongres ini bermatlamatkan kesedaran secara holistik dan menyeluruh untuk melayu melihat sendiri kedhaifan mereka di Pulau Pinang disamping membuat beberapa plan tindakan yang bermula dari pihak individu, NGO dan organisasi kerajaan. Promosi besar-besaran yang dilakukan telah memberi runag jelas kepada hampir kesemua segmen masyarakat untuk mengikuti perbahasan yang seumpama bedah siasat dan bersifat realistik progresif.

 

          Kongres dimoderatorkan oleh Cikgu Azmi sendiri dan dirasmikan melalui ucaptama Prof. Dr Syed Hussain Ali. Tokoh akademik-politik yang amat saya kagumi ini memulakan kongres dengan membuat sedikit bedah siasat dan tinjauan menyeluruh dan saksama kepada hampir kesemua kemelesetan Melayu, keterhimpitan dan hambatan sosial dan ekonomi, serta beberapa langkah penyelesaian mudah. Beliau tidak membuat apa-apa konklusi yang konsensus, sebaliknya membiarkan anak watan Pulau Pinang untuk membuat resolusi yang kena dengan setempat. DR Syed Hussain seperti biasa menjelaskan berkenaan tinjauan kesusahan dan kemelesetan sosial perlu dilakukan secara menyeluruh dan meliputi kesemua kaum dan tidak hanya melabelkan Melayu iaitu Susah, Melayu itu Miskin, Cina itu kaya. Kerana realitinya bukan kesemua Cina itu kaya dan ramai juga yang menerima tamparan globalisasi secara halus. Saya agak kesal kerana dalam ucaptama tidak dibenarkan sesiapa bercakap dan memberi komentar kepada kertas kerja Dr Syed Hussain Ali.

 

          Pembentangan Kertas Kerja dasar Pertama adalah Professor Dr. Amir Husin Baharuddin daripada USM. Beliau yang merupakan intelligen melayu yang ditaja khas untuk menjaga survival melayu sebaliknya hanya menfokuskan kepada kebangkitan kendiri dan bersifat personalia. Beliau lebih menumpukan kepada sikap dan budaya melayu yang menyebabkan melayu sukar bangkit kembali. Beliau sebelumnya telah mengupas berkenaan label dan trademark melayu Pulau Pinang yang sebenarnya mencerminkan kemelesetan sosial dan ekonomi yang teruk. Kondisi perumahan dan prasarana pendidikan yang teruk menyebabkan remaja mencari jalan mudah iaitu menyertai kegiatan 'release tension' tertentu.

 

          Dalam sesi soal jawab saya cuba memberi pandangan secara keseluruhannya dan bukan memberi senario tententu berkenan keadaan melayu di Pulau Pinang. Saya beranggapan bahawa perbicaraan isu melaui secara terperinci adalah perlu kerana 2 justifikasi iaitu melayu mendominsi politik dan komposisi mutlak negara dan melayu juga membawa Islam sebagai kehidupannya. Lantaran itu Melayu perlu diselamatkan bukan secara zalim dan perkauman tetapi sekadar wajar yang tertentu. Akan tetapi saya memandang kosmo melayu tidak boleh dipisah secara heterogen oleh penganalisa politik negara dan isu melayu perlu dibincang secara antagonistik dan saksama dengan isu kaum lain terutama melibatkan isu bersama seperti isu kemiskinan dan kesusahan. Hal ini adalah kerana kaum lain adalah merupakan faktor luaran dan faktor pencatur gerak melayu yang tidak boleh kita pisahkan secara emosi. Akan tetapi mungkin sebagai suatu analisa peribadi, kita perlu membuat kongres sebegitu untuk mentuntaskan idea dalaman melayu itu sendiri sebelum bersedia membuat proses 'tawar-menawar' dengan kaum lain. Secara peribadinya saya berkata, saya mneyetujui idea aganda rakyat Dr Syed Hussain melebihi agenda melayu yang sering diucap laungkan. Akan tetapi agenda melayu adalah suatu yang isolisasi kerana kerangka melayu itu bersendikan politik asal negara dan membawa Islam itu sendiri.

 

          Majlis dirancak lagi dengan pembentangan kertas kerja daripada YB Hussam Musa (Exco Kerajaan Kelantan). YB telah mengenengahkan isu Islam sebagai penyelesai masalah melayu di Pulau Pinang. Statistik lengkap beliau menyebabkan fakta dan hujah beliau amat membuka mata dan minda sebahagian besar peserta.  Komentar daripada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang iaitu Haji Mohd Sabu pula lebih menekankan persoalan kepimpinan yang perlu diteliti dan diungkit selalu kerana kepimpinan merupalan punca segala kerosakan yang menimpa melayu. Nada-nada rasis dan chauvinistik UMNO dalam perhimpunan mereka baru-baru ini tidak relevan kerana keterhimpitan melayu bukan disebabkan kesalahan MCA atau MIC, sebaliknya melayu yang berkuasa itu sendiri. Saya tidak berhasrat mengupas secara 'political/party basist' dalam setiap penulisan saya, akan tetapi realitinya, keadaan melayu di Pulau Pinang adakan cerminan kegagalan pihak tertentu memanfaatkan wang dan kuasa yang diamanahkan oleh kerajaan pusat dan rakyat tempatan.

 

          Saya memandang, bahawa kongres ini memerlukan suatu ruang tindakan yang lebih komprehensif. YB Hussam telah mendermakan hampir RM 100 000 untuk kegiatan pendidikan golongan belia di Pulau Pinang untuk menjadi agen dan pemangkin kesedaran menyeluruh bangsa melayu Islam di Pulau Pinang. Penglibatan golongan akademik dan kelas menengah juga masih terhad dilihat kerana ketiadaan cakna dan peka yang serius dikalangan cerdik pandai ini untuk melihat sendiri realiti bangsa mereka. Perlu ditegaskan, agenda melayu tidak wajar berbaur chauvinisme- komunalasime, sebaliknya agenda ini adalah agenda murni yang membawa keseimbangan glokal yang murni. Bagaimana caranya? Terpulang kepada optimistik dan usaha setiap daripada kita. Saya berharap aktiviti seumpama ini diteruskan lagi dalam  medan yang berpeningkatan.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Penulis TERAS Pengupayaan Melayu

Pulau Pinang. 


Posted at 10:05 am by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed