Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Tuesday, November 07, 2006
Tafsir Al Bayan (bahagian 3)

 

 

TAFSIR AL- Bayan pada memahami tafsiran  surah AL-FURQAN (Bahagian 3)

 

Ayat yang ke-4 hingga ke-6 surah al-Furqan yang bermaksud:

 

"Dan orang-orang kafir berkata: Al-Quran ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh Muhammad, dan dibantu oleh kaum lain; maka sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar.

 

Dan mereka berkata: Dongengan-dongengan orang-orang dahulu, dimintanya supaya dituliskan, maka dbacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang.

 

Katakanlah: Al-Quran itu diturunkan oleh (Allah) yang mengetahui rahsia di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."

 

Secara umumnya, ayat-ayat di atas menyatakan tentang tuduhan-tuduhan palsu dari orang-orang kafir terhadap al-Quran.

 

Betapa pemurahnya Allah SWT, apabila diciptakan makhluk bernama manusia, Dia tidak membiarkannya begitu sahaja sebaliknya dihadirkan bersama dengan pemimpin di kalangan manusia juga iaitu yang terdiri daripada para Nabi dan Rasul. Mereka telah diasuh terus oleh Allah Taala serta mendapat panduan melalui kitab-kitab- Nya yang turun dari langit. Adapun kitab samawi yang terakhir diturunkan kepada manusia ialah al-Quran. Dua perkara ini; iaitu kitab dari langit sebagai panduan dan manusia terpilih (para Nabi dan Rasul), tidak dapat dipisahkan.

 

Walau bagaimanapun, apabila al-Quran diturunkan kepada Rasul-Nya, ia telah menjadi sasaran serangan oleh golongan kafir. Ayat ke-4 dan ke-5 telah mendedahkan tentang kesombongan orang-orang kafir yang telah menyerang wahyu Allah (Al-Quran). Mereka telah mengatakan Al Quran hanyalah karut dan buku cerita yang dikarang oleh Rasullah dan menuduh para sahabat  (Ali bin Abi Talib, Abu Bakar As-Shiddiq, Umar Al-Khattab dan Othman bin Affan) turut bersekongkol dalam mencipta kebohongan. Di dalam ayat al-Quran tersebut, Allah menyifatkan perbuatan golongan kuffar tersebut sebagai suatu kezaliman; melontarkan tuduhan melulu yang tidak putus-putus terhadap Al-Quran dan memfitnah Nabi SAW sebagai karut.

 

Asas tuduhan golongan kuffar bahawa kandungan Al-Quran hanyalah dongengan-dongengan purba oleh orang-orang dahulu yang diminta oleh Muhammad supaya ditulis semua oleh pembantunya adalah rentetan daripada kandungan Al-Quran yang banyak mengisahkan tentang umat-umat terdahulu; kisah Nabi Adam dan keluarganya, umat Nabi Nuh yang dikaramkan, kisah Fir'aun yang dienggelamkan dan banyak lagi. Sedangkan Al-Quran bukanlah seperti buku cerita atau novel yang dicipta untuk pembacaan waktu lapang. Allah SWT telah menyangkal dengan keras perkara ini. Kesemua kisah-kisah tersebut ada intipatinya iaitu:

i.                    Pengajaran berguna untuk mentauhidkan Allah Taala.

Terdapatnya kisah-kisah yang mendedahkan tentang kezaliman dan kejahatan sesuatu kaum sebagai contoh tauladan bahawa pertembungan antara iman dan kufur, antara batil dan haq, yang menang akhirnya pastinya yang haq dan yang musnah pastinya adalah yang batil.

ii.                  Pengajaran untuk umat kemudian.

Semua kisah yang terdapat di dalam Al-Quran menyampaikan mesej penting bahawa setiap kejahatan yang didatangkan oleh umat bagi menyekat risalah tauhid pasti akan dihancurkan oleh Allah SWT. Fir'aun dileburkan berhadapan dengan kebenaran Musa a.s, Qarun dan istananya ditelan bumi apabila ingkar terhadap Allah, Abu Lahab dan konco-konconya tidak berdaya menghalang kemenangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

 

Justeru Allah Taala (dalam ayat ke-6) memerintahkan Rasulullah SAW memberitahu para penentangnya (orang kafir) bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT yang mengetahui rahsia langit dan bumi. Bahkan tiada suatu makhluk pun yang mampu mendatangkan suatu surah yang sebanding dengan Al-Quran.

 

Dan walaupun orang-orang kafir terus mencabar Allah SWT, memperkecilkan Al-Quran serta memperolok-olokkan Rasulullah SAW, namun betapa kasihnya Allah, memberi peluang kepada golongan ini dengan menawarkan keampunan. Jika timbulnya kesedaran di hati, mereka tidak perlu bimbang dan berputus asa kerana sesungguhnya Allah Taala bersifat Maha Penyayang dan Pengampun kepada hamba-hamba- Nya.

 

Ibarat menjaga sebiji benih pokok, disemainya hingga bercambah, disiram setiap pagi dan petang agar tumbuh dauh yang subur, dijaga dan diberikan baja yang sempurna hingga membesar. Tentulah manusia akan merasa penat, namun tetap bersabar menunggu hingga pokok menghasilkan buah. Tidak munasabah setelah berpenat lelah menjaganya dengan sempurna, dan setelah cukup sempurna pokok itu, lalu hendak dimusnahkan begitu sahaja oleh penanamnya.

 

Demikian jugalah dengan Allah SWT. Allah Taala yang mencipta manusia sejak dari air mani yang tersimpan rapi di dalam rahim ibu, kemudian dijaga-Nya dalam setiap proses yang berlaku; menjadi seketul darah, bertukar menjadi seketul daging sehingga sempurna sifat lengkap dengan panca indera lalu ditiupkan roh kepadanya, dan akhirnya bayi tersebut selamat dilahirkan. Allah bukan sahaja mencipta manusia, tetapi juga mengasuhnya di dalam kandungan ibu melalui proses yang panjang. Maka, sama sekali tidak munasabah lebih-lebih lagi bagi Allah Taala, setelah dicipta dan diasuh hingga dewasa, membiarkan manusia hanya sekadar menjadi bahan bakar api neraka. Lantaran itulah, Allah SWT dengan kasih sayang-Nya tetap menawarkan keampunan, sekalipun manusia menunjukkan kebiadabannya dengan mencabar Allah serta memperkecil- kecilkan Al-Quran. Betapa pemurahnya Allah SWT…

 

Tamat bahagian ketiga. Diharap sebarkan tulisan ini kepada pembaca umum melalui email atau risalah. Komentar berikan pada email: jundi8282@yahoo. com

 

JUNAIDAH ABU SEMAN

Graduan KUIM 2006

5 November 2006

12 Syawal 1427


Posted at 12:06 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed