Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Monday, October 30, 2006
Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)

TAFSIR AL- Bayan pada memahami tafsiran  surah AL-FURQAN (Bahagian 2)

Ayat yang kedua surah al-Furqan yang bermaksud:

 “Yang kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi.”

Ayat tersebut adalah lanjutan daripada ayat yang pertama yang menyatakan tentang Maha Suci Allah yang menurunkan al-Furqan yakni al-Quran kepada hamba-Nya (Muhammad). Maka Allah jualah Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Sistem pengurusan yang begitu teratur di langit yang di dalamnya terdapat bintang-bintang yang tiada terbilang jumlahnya, planet-planet, matahari dan bulan, kesemuanya beredar pada paksinya yang tepat. Demikian juga halnya dengan sistem di bumi, terdapat pelbagai unsur di daratan dan lautan yang berjalan tanpa sebarang percanggahan. Semua ini tidak lain tidak bukan adalah di bawah kendalian dan pengurusan Allah Taala.

 

Ini jelas, penekanan yang diberikan adalah berkaitan dengan tauhid (MengEsakan Tuhan). Dialah Tuhan yang menurunkan al-Quran dan Dialah juga yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Begitu banyak kejadian alam ini semata-mata untuk menunjukkkan tentang keTuhanan Allah Taala.

 

Turunnya al-Quran adalah pembuktian kemuncak rahmat Allah kepada hamba-Nya yang terkandung di dalamnya segala hokum dan peraturan bersesuaian dengan naluri dan tabiat manusia. Oleh yang demikian, dengan membaca dan memahami al-Quran sudah pasti manusia tidak dapat menolak tauhid Allah Taala.

 

Walau bagaimanapun, apabila dunyatakan bahawa Allah Taala juga memiliki kerajaan langit dan bumi, maka jika manusia tidak berkesempatan melihat al-Quran, mereka tetap dapat mencari bukti keTuhanan Allah melalui kejadian alam ini. Ke mana sahaja manusia melontarkan pandangannya, di langit mahu pun di bumi, sudah pasti mereka akan terpandang kebesaran dan keagungan kerajaan Allah kerana di sana setiap satunya terkandung ayat-ayat Allah yang “manzurah” (tanda-tanda keEsaan Allah yang dapat dilihat).

 

Manusia yang menghuni bumi yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Allah Taala, maka sudah tentulah tidak berhak untuk mencipta sistem dan peraturan sendiri. Ini kerana Allah telah pun menurunkan al-Quran yang diumpamakan seperti manual kehidupan manusia, terkandung segala hukum dan peraturan yang serba lengkap. Justeru itu, manusia berkewajipan mengikuti dan mematuhi segala yang telah ditentukan supaya tidak bercanggah dengan sistem yang telah Allah Taala rencanakan. Sebarang percanggahan boleh mendatangkan bencana kepada manusia sendiri.

 

Ayat yang seterusnya yang bermaksud:

 

“Dia tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan-Nya.”

 

Inilah tauhid yang ditekankan oleh al-Furqan bahawa Allah SWT sama sekali tidak mempunyai anak sebagaimana yang didakwa oleh orang Nasrani. Dia juga tidak mempunyai sekutu dalam kekuasaan-Nya sebagai pentadbir kerajaan langit dan bumi. Dan manusia ditegah untuk mengadakan sekutu dalam setiap urusan pentadbiran dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan juga negaranya.

 Ini adalah disebabkan Allah SWT telah pun menetapkan ukuran-ukuran yang lengkap dan serapi-rapinya dalam setiap penciptaan-Nya. Firman Allah Taala yang bermaksud “Dan Dia telah menciptakan sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya denagn serapi-rapinya.” Ayat ini nyata menjelaskan bahawa manusia tidak boleh meragui segala ciptaan Allah SWT kerana ianya adalah yang terbaik dan serapi-rapinya sesuai mengikut naluri, sifat dan fungsi masing-masing yang mencakupi seluruh ruang kehidupan. Nyata tidak munasabah manusia cuba mendatangkan peraturan lain sedangkan semuanya sudah lengkap tersedia oleh al-Khaliq.

 Akhirnya manusia tidak mempunyai ruang untuk tidak beriman dengan Allah Taala sekalipun mereka tidak membaca ayat-ayat Allah yang “Maqru-ah” (al-Quran). Di zaman yang serba canggih dengan kemudahan infrasrtuktur dan alatan canggih, manusia mampu menyelongkar rahsia-rahsia alam di langit dan bumi sehingga mampu menemui ayat-ayat Allah yang “Manzurah” (yang dapat dilihat).

Ayat yang ketiga surah al-Furqan yang bermaksud:

 

“Kemudian mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya (untuk disembah), yang tuhan-tuhan mereka itu tidak menciptakan apapun, bahkan (diri) mereka sendiri diciptakan dan tidak berkuasa untuk (menolak) sesuatu kemudharatan dari dirinya dan tidak (pula untuk mengambil) sesuatu kemanfaatan pun dan (juga) tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak (pula) membangkitkan.”

 

Walaupun Allah SWT telah pun menyatakan dan membuktikan bahawa Dialah yang memiliki terdapat juga manusia yang berani mencabar keEsaan Allah Taala sebagaimana ayat di atas.

 

Betul menghairankan, bagaimana manusia yang mempunyai akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi masih lagi mengambil tuhan-tuhan yang lain seperti patung-patung berhala dan seumpamanya sebagai tuhan. Sedangkan tuhan-tuhan mereka tersebut tidak mampu berbuat ape sekalipun lantaran diri (patung) tersebut dicipta oleh manusia sendiri, yang tidak mampu sama sekali menolak sebarng kemudharatan (jika burung hingga dan melepaskan najis di atasnya). Jauh sekali memberi manfaat. Bagaimana pula untuk mematikan sedangkan dirinya juga adalah daripada benda yang mati (diperbuat daripada batu pejal atau kayu). Betapa pulalah untuk menghidupkan dan membangkitkan semula manusia.

 

Kita merasa hairan, mengapa maanusia perlu bersusah payah memerah tenaga dan fikiran serta mengorbankan harta untuk mencipta patung-patung berhala atau sesuatu benda sebagai tuhan mereka? Sedangkan mereka sendiri tahu bahawa benda-benda tersebut sememangnya tidak layak untuk disembah. Kerana itulah Allah SWT mendedahkan kelemahan tuhan-tuhan palsu tersebut supaya memberi peluang kepada para penyembahnya untuk kembali berfikir tentang tindakan mereka yang dangkal dan bodoh itu.

Tamat bahagian kedua. Diharap sebarkan tulisan ini kepada pembaca umum melalui email atau risalah. Komentar berikan pada emial: jundi8282@yahoo. com

 

JUNAIDAH ABU SEMAN

26 Oktober 2006

2 Syawal 1427

 


Posted at 10:45 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed