Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Wednesday, October 25, 2006
Gelaran Al Abtar

PERBAHASAN GELARAN AL-ABTAR TERHADAP NABI SAW; SEBAB DAN IMPLIKASINYA.

 

Sebelum berbahas berkenaan gelaran al Abtar yang diberikan oleh penduduk Mekah kepada Rasulullah SAW, marilah kita mengetahui dahulu maksudnya serta memerhati dahulu struktur sosiologi masyarakat Mekah terutama yang  melibatkan pengaruh anak lelaki, perkaitan kuasa dan pewarisan kuasa serta sikap arab terhadap wanita secara keseluruhannya. Secara umumnya al-Abtar atau al-Ibtar bermaksud ekor yang terputus[1] atau golongan yang tiada pewarisan keluarga kerana tiadanya anak lelaki. Secara umumnya kelompok bangsa major (Indic, Cina, Eropah, Arab dan lain-lain) cenderung untuk membina sistem kekeluargaan yang bersilsilah lengkap serta mempunyai suatu sikap untuk mengekalkan keutuhan institusi berkenaan daripada dicemari, digugat atau diubah nilai yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu. Taksub dan fanatik dengan kekeluargaan ini yang sering membawa kepada kezaliman dan kecenderungan yang negatif menyebabkan Rasulullah membuat penegasan berkenaan hal ini walaupun dalam masa yang sama meraikan sikap kesukuan dan sikap cenderung kepada kelompok keluarga masing-masing.

 

Asal usul sesebuah kabilah arab terbentuk.

Rasulullah pernah bersabda :

“Pilihlah tempat yang baik jika kalian ingin menaruh bibit-bibit mu, kerana darah itu menurun. Allah selalu memindahkan aku dari bahagian belakang yang baik kepada rahim yang terpelihara secara bersih. Setiap ada pilihan maka aku selalu di pihak yang paling baik. Dan Allah memilih Kinanah dari Bani Ismail, dan Quraisy pilihan dari Kinanah, dan dari Quraisy dipilihnya Bani Hashim. Dan aku adalah pilihan dari bani Hashim”.

 

Untuk mengetahui mengapa terjadinya kabilah-kabilah, perlu diketahui bangsa Arab selepas terpecahnya Pemerintahan Saba’ adalah bersuku-suku dan memerintah melalui sistem pemerintahan kekeluargaan. Ekoran mereka memegang dan menguruskan Kaabah, menyebabkan bangsa ini tidak dijajah oleh bangsa besar lain, dan mereka menyerahkan urusan pengurusan haji kepada bangsa Quraisy di tanah yang kering kontang. Hal ini menyebabkan sistem komuniti yang tidak terlalu besar di Tanah Haram diperintah pula oleh golongan yang ‘terkenal’ dan berpengaruh dan semestinya berasal daripada keluarga yang kukuh dan ternama. Bani Kinanah adalah berasal daripada anak-anak Kinanah dimana Kinanah[2] adalah anak Nabi Ismail yang terkenal, gagah, mempunyai anak lelaki yang ramai serta tersohor akibat kepintaran tertentu. Begitu juga di dalam Quraisy mempunyai suku-suku yang sebenarnya sebangsa yang sama tetapi daripada keluarga yang berbeza. Inilah bezanya kepelbagaian etnik di Mekah dengan di Malaysia. Akan tetapi kepelbagaian etnik di Mekah walaupun sebangsa dan berlainan keluarga, tetapi sikap taksubnya[3] lebih dahsyat berbanding bangsa-bangsa di Malaysia hari ini.

 

Kedudukan anak lelaki dalam bangsa jahiliyyah

Lelaki yang bertubuh sasa, berpemikiran jauh dan simbol kekuatan secara fitrahnya juga menyebabkan bangsa arab jahiliyyah untuk turut menggunakan simbol ini sebagai lambang kekuatan sesama mereka. Abdul Mutallib semasa ingin mengorek telaga Zam-Zam dihalang oleh ketua suku yang lain akibat beliau hanya mempunya seorang sahaja anak lelaki iaitulah Al-Haris. Kerana itulah beliau berdoa agar diberikan anak-anak lelaki yang ramai untuk menguatkan silsilah kekeluargaannya sebelum membuat keputusan mengorek telaga Zam-Zam semula.

 

     

Kedudukan anak perempuan, wanita serta perkaitan Allah dan malaikat berkenaan persoalan wanita dalam masyarakat jahiliyyah.

Firman Allah,

“tanyakanlah kepada mereka, Apakah untuk tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak-anak lelaki. Atau apakah Kamu menciptakan  Malaikat-malaikat berupa  perempuan dan menyaksikannya? Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka dengna  kebohongan  benar-benar menyatakan Allah beranak. Dan sesungguhnya mereka  benar-benar berdusta”.

As Soffat ayat 149-152.

 

Masyarakat jahiliyyah yang enggan memiliki anak-anak perempuan akan membunuhnya sebagai lambang pengorbanan kepada tuhan merka iaitulah Allah yang berwasilahkan berhala-berhala. Anak perempuan dikatakan sebagai malaikat dan tidak wajar disimpan dalam rumah mereka sedangkan hasrat sebenar mereka  adalah bebas daripada kemiskinan akibat mempunyai anak yang ramai. Ataupun untuk mengelakkan nama mereka rosak kerana memiliki anak perempuan yang ramai yang akhirnya anak perempuan itu  akan dimiliki oleh keluarga-keluarga arab yang lain sebagai isteri atau pelacur. Lantaran itulah mereka mengatakan malaikat itulah perempuan dan perempuan itu adalah anak tuhan.

 

Akan tetapi masyarakat jahiliyah ini amat mengutamakan ibu mereka serta mengagungkan ibu-ibu mereka. Mereka amat menitik beratkan pendangan ibu mereka dalam kehidupan harian. Hal inilah yang merumitkan kita untuk memahami isi hati penduduk jahiliyyah waktu itu. Mereka sebenarnya amat jahil sejahil-jahilnya. Lantaran itulah segelintir ulama’ mentafsirkan maksud Ummiyyun sebagai golongan yang jahil bukan sekadar buta huruf tetapi tersalah dan terseleweng daripada panduan agama Nabi Ismail itu sendiri walaupun monumen Kaabah ada di sana. Hal ini juga memberi penegasan bahawa monumen dan simbol keagamaan (Kaabah adalah antara simbol agama nabi Ibrahim) bukanlah suatu yang mengukuhkan sesebuah agama seperti mana monumen dan berhala-berhala Hindu dan sebasgainya. Sebaliknya falsafah dan keimanan serta kefahaman itulah yang mengukuhkan isi ajaran sesebuah agama.

 

Rasulullah tiada anak lelaki yang mewarisi kepimpinannya.

Rasulullah tidak memilki anak-anak lelaki yang membesar sehingga dewasa. Beliau memiliki Zainab, Ruqayah, Ummu Kalthom, Fatimah, Al-Qasim ( At tahir) dan Abdillah (at-Taiyib). Apabila sahaja kematian kesemua anak-anak Nabi, golongan Quraisy merasakan bahawa dakwah nabi akan tidak berkekalan. Mereka mengatakan bahawa Nabi adalah golongan al-Abtar iaitulah golongan yang terputus kekeluargaannya kerana setiap anak perempuan akan mengikuti keluarga si suami dan akan termatilah sanad Rasulullah[4] (mengikut pandangan jahiliyyah).

Firman Allah,

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka  dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu itulah yang terputus”.

Al Kausar ayat 1-3.

 

Disini Allah membela Rasulullah dengan mengatakan bahawa golongan Quraisy itulah yang terputus sebenarnya. Apakah yang terputus? Di bawah akan dijelaskan.

 

Teori Islam; antara pendidikan berterusan dan  tarbiah anak-anak dengan pewarisan kuasa dan pengaruh.

Islam memandang kepentingan keturunan. Akan tetapi Islam tidak mengajar perwarisan nama seperti yang diamalkan oleh segelintir masyarakat di dunia hari ini. Akan tetapi tiada pula larangan khusus untuk mengekalkannya kecuali jika mempunyai unsur taksub dan kezaliman (assobiyyah menurut takrifan Rasulullah SAW).

 

Islam memandang bahawa intipati keluarga itulah yang paling utama diperhitungkan iaitulah nilai dan akhlak sesuatu keturunan. Keturunan yang tersohor tetapi biadab dan tidak menurut Islam tidak akan diiktiraf. Walaupun ijtihad Muawwiyah untuk melantik anaknya sendiri adalah demi mengelakkan perpecahan yang lebih besar, akan tetapi perlantikan anak seperti Yazid adalah terlalu buruk untuk diteladani. Akibatnya wujudlah pemerintahan al Muluk yang berteraskan keturunan walaupun keturunan itu tidak menjaminkan perwarisan iman dan keislaman. Contoh mudah adalah dalam keluarga Nabi Allah Adam A.S sendiri apabila Qabil telah menderhakai perintahnya dan perintah Allah sendiri walaupun beliau merupakan anak seorang Rasul yang paling berilmu pengetahuan.

 

Lantaran itulah teori ‘recrieutment’, latihan dan tarbiah telah menjadi saranan Imam As Syahid Hassan Al Banna dalam membina generasi dakwah yang keluar daripada kelompok orbit kekeluargaan, sosio keturunan dan latar belakang. Ikhwanul Muslimin amat mementingkan perhubungan ‘seiman’ dan bukannya sedarah dan serahim. Itulah teori Islam. Tuduhan Quraisy bahawa dakwah Rasul SAW akan terputus akibat tiadanya anak lelaki ternafi. Malahan dakwah baginda makin kukuh dan utuh kerana latihan Qaidah Sulbahnya (tulang belakang gerakan dakwah baginda) telah menghasilkan ramai pejuang, mukhlisin dan mujahidin yang sabar dan istiqamah. Akan tetapi kita melihat sendiri dalam peperangan Badar dan Uhud, anak-anak lelaki Quraisy sendiri (yang memeluk Islam) memenggal kepala bapa-bapa mereka  sendiri. Hal ini menghapus terus sikap masyarakat Arab yang taksub kepada bapa[5] dan nenek moyang mereka dalam setiap perilaku mereka.

 

Dakwah dan penerusan risalah Islam bukanlah bergantung kepada keturunan dan nama keluarga serta latar belakang. Sikap tawadhuk Abu Zar adalah datangnya daripada sikap seorang pembengis dan perompak jalanan. Idea dan otak yang pintar seperti Salman Al Farisi bukanlah datangnya daripada golongan yang tersohor namannya. Hal ini dibuktikan lagi apabila pemerintahan Saidina Hassan dan Hussain di putuskan oleh Allah daripada terus membina dinasti Rasulullah dan digantikan pula dengan beberapa pemerintahan adil seperti Khalifah Umar Ibnu Aziz yang jauh lebih adil daripada mana-mana keturunan Rasulullah sendiri. Perkara inilah yang perlu dijelaskan kepada masyarakat luar bahawa Islam adalah agama yang terbina dengan latihan pendakwahnya, sikap sabar dan komited pejuangnya dan bukan berasaskan sisilah kekeluargaan dengan mana-mana nama yang terkenal. Akan tetapi Islam juga menitik beratkan pendidikan anak-anak sedari kecil lagi dan Islam juga mempunyai manhaj pendidikan kanak-kanaknya sendiri. Islam tidak mendidik anak-anak secara ala tentera seperti Sparta untuk menghasilkan pejuang. Resepi Islam adalah resepi yang khusus. Lantaran itu, percayalah ISLAM.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

1 Syawal 1427

Balik Pulau, Penang Pulau Mutiara



[1] Kamus Al Marbawi, Sheikh Idris Al Marbawi

[2] Selepas Kinanah, anak-anak Quraisy pula  menjadi ternama. Maka suku itu dinamakan pula suku Quraisy iaitu kelompok keluarga yang lebih besar. Di Bawah Quraisy ada banyak nama-nama yang terkenal seperti Anak-anak Abdul Manaf. Di Bawah Abdul Manaf terdapat dua suku yang bersaing untuk menguruskan Mekah iaiatu Abdul As Sham dan Anak-anak Hashim. Bani Hashim diamanahkan untuk menguruskan makanan para haji dan Abdul As Syam pula menguruskan pentadbiran kota Mekah secara umumnya. Kesimpulannya di Mekah, Bani Abdul Manaf daripada Quraisy adalah paling berpengaruh. Abu Jahal mengakui keutuhan keluarga Abdul Manaf ini sendiri sedangkan beliau bukan daripada Quraisy Abdul Manaf.

[3] Kita sering dimomokkan dengan kejahatan bangsa Quraisy. Sebenarnya mereka amat amanah dengan janji. Sebagai contoh apabila Abi Al A’sy (menantu Nabi, suami Zainab) yang baik itu ditawan dalam peperangan Badar (beliau belum Islam), beliau diminta untuk pulangkan Zainab oleh Nabi ke Madinah dan beloau menunaikannya.  Dalm kes lain sedang Abi Al As’y  menguruskan harta Quraisy  ke Sham, sariyyah Nabi telah menawan beliau sekali lagi dan beliau mengambil keputusan untuk pulang Mekah dan memulangkan harta Quraisy dahulu sebelum memasuki Islam. Beliau mengambil harta dalam keadaan kafir dan memulangkannya dalam kafir sebelum memasuki Islam. Inilah antara contoh sikap amanah dan kekal dengan persetiaan walaupun mereka kasar dan kejam. Abu Lahab sendiri walaupun memulau Bani Hashim (sukunya sendiri) akan tetapi beliau telah membela saudaranya iaitu Abi Talib apabila Abi Talib dihalang daripada memberi perlindungan kepada Abu Salamah daripada Suku Abi Makhzum. Mereka sayangkan keluarga sendiri serta adil dengan kuasa  setiap ketua suku walaupun berlainan fahaman.

[4] Ummu jamil isteri Abu Lahab telah menghasut Abu Lahab agar memulangkan Ruqayah dan Ummu Kalthum ke rumah Rasulullah. Sebelumnya, mereka berdua merupakan menantu mereka sendiri. Pemulangan itu dianggap sebagai penghinaan kepada Nabi dan Khadijah kerana memulangkan anak perempuan mereka semula ke rumah asal. Akan tetapi Islam tidak menghina para janda seperti agama Hindu dan sebagainya. Islam menganggap anak perempuan sebagai sumber kekuatan si bapa dalam kehidupan harian.  Natijahnya, Ruqayah dan Ummu Kalthum telah membantu dakwah Rasulullah sebelum Ruqayah berhijrah ke Habshah.

[5] Firman Allah “ dan apabila dikatakan kepada mereka ikutilah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab tetapi kami mengikut apa yang telah kami dapati daripada bapa-bapa kami” (akhir ayat) Surah Al Baqarah ayat 170. Disini kita melihat taksub kepada bapa-bapa serta fanatik kepada keluarga yang menyebabkan merka telah terus tersesat akibat dimulakan oleh Amru Bin Luhai yang membawa berhala daripada luar Mekah.


Posted at 12:23 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMIini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan menguap ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed