Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Saturday, October 21, 2006
Hari Raya dalam Kosmo Melayu

 

Hari Raya dalam Kosmo Melayu.

 Suasana gembira tidak pelru diungkapkan bagi semua muslimin dan muslimat di Malaysia pada saban tahun terutamanya yang sememangnya berbangsa Melayu. Melayu telah sinonim dengan Hari Raya dan lebih sinonim berbanding dengan sambutan meriah pesta Ibadah Ramadhan yang Mulia. Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan..sudah kedengaran jualan murah untuk berhari raya…sudah ada saranan untuk balik ke kampung dan sebagainya….Yang pasti bunyi 'peperangan' kecil akan berlaku di segenap ceruk negara.

 

          Kali ini saya ingin mengupas sedikit beradasarkan pengamatan saya berkenaan beberapa gelagat manusia yang bergelar Melayu apabila saban tahun menyambut Syawal…saya tidak mahu mengupas tajuk rutin para ustaz berkenaan pembaziran..tidak mahu mengupas berkenaan bahaya bermain mercun seperti pesanan para polis dan penguat kuasa tempatan…tidak mahu mengomel tentang kepentingan menziarahi saudara seperti nasihat para pendita bangsa yang acap di dengari.

          Saya berminat untuk mengaitkan perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan suasana Melayu yang ditonjolkan melalui perayaan ini saban tahun. Sama ada kita sedar atau tidak, hakikat ini dizahirkan.

 

Adaptasi budaya luar

          Pertamanya kerap dibincangkan mengapa Melayu mudah untuk mengadaptasi serta mengasimilasikan buadaya bangsa lain untuk kegembiraan perayaannya?....pemberian duit raya dikatakan mengikut bangsa Cina, bermain mercun sememangnya sinonim dengan bangsa Cina…memasang pelita pula adalah budaya Hindu..malahan pelbagai kerepek, maruku dan bahan masakan pula adalah diambil daripada rencah-rencah etnik dan agama yang lain…Adakah Melayu tiada jati diri?...saya selaku pengamat muda mungkin agak gopoh dalam membuat analisa. Tetapi pada saya, mengapa tidak disedari, apakah bangsa yang merupakan bangsa asal di Malaysia ini? Pernahkah kita mengupas sikap bangsa-bangsa Melayu di Selatan Amarika, di kepulauan Hawai, Di Kepulauan Filipina dan Indonesia? Adakah mereka juga berbudaya seperti Melayu di Malaysia?...Kenapa hal ini berlainan?....Adakah kerencaman komposisi kaum berlaku di negara 'Melayu' itu. Sebagai bangsa asal sesebuah negara, adalah menjadi rutin Melayu di Malaysia  untuk mencuba sesuatu yang 'ganjil' dan asing dalam kehidupan mereka. Mercun, pelita dan angpau adalah antara budaya yang telah lama mengeratkan sesama bangsa di Malaysia…angpau kemudiannya telah diasmilasikan menjadi adat yang berunsur sedekah..pelita pula bertukar daripada menyuluh para dewi..dikatakan pula menyuluh malaikat..dan kini pelita sekadar menerangi malam-malam yang sunyi sahaja….akan tetapi mercun adalah antara budaya yang mencemarkan identiti Melayu yang sukakan kedamaian…bermain mercun pada saya seolah-olah menpersendakan kaum-kaum luar yang sedang 'dimercunkan' oleh kaum-kaum gergasi yang rakus.

 

Sosio budaya Melayu

          Apabila kita mendengar lagu-lagu evergreen hari raya pula, kita tidak akan terlepas mendengar lirik-lirik berkenaan keindahan desa, tentang kepulangan anak perantau kota ke desa semula, penantian ibu dan bapa terhadap anak yang terlalu lama tidak pulang dan sebagainya. Saya ingin kodkan disini akan sosiologi 'devide and rule' tinggalan penjajah masih boleh dihidu oleh kita melalui lirik-lirik lagu sebegini. Malahan pula sketsa dan drama-drama sepanjang bulan Ramadhan pula juga memaparkan budaya yang sama. Melayu kelihatan sebagai anak perantau, golongan yang memperjudikan nasib dan mencari rezeki di kota selepas tamat belajar, atau selepas gagal membina masa depan di desa (akibat hambatan globalisasi dan kemajuan pesat). Melayu juga dilihat sebagai manusia yang jarang pulang ke kampung menjenguk ibu bapa mereka melainkan apabila menyambut lebaran. Jarang drama-drama memaparkan anak-anak yang baik dimana sepanjang tahun mereka kerap menjenguk ibu dan bapa mereka. Mungkin satu dua drama boleh dikatakan sebagai untuk menasihati sikap segelintir anak kota Melayu, tetapi apabila terlalu banyak yang bertema sedemikian, seolah-olah cuba membina paradigma luar bahawa itulah Melayu. Namun begitu realiti Melayu sememangnya berasal daripada desa dan terceruk dalam industri desa dan kegiatan konvensional akibat pemisahan yang ditinggalkan oleh penjajah. Bangsa lain lebih sinonim dengan kota dan kemajuan. Konotasi yang lain pula wujud iaitu seolah-olah perayaan Aidilfitri hanya boleh disambut di desa. Seolahnya perayaan itu TIDAK wajar disambut di kota, di estet-estet, di perumahan kerajaan dan kuarters kerajaan dan sebagainya. Tidak pulang ke kampung dilihat sebagai suatu kesedihan sedangkan perkara ini bukanlah semangatnya yang sebenar. Sewajarnya perlu dipaparkan bahawa Aidilfitri adalah 'waqiiyyah' (sesuai di mana sahaja) dan sesuai untuk dirayakan di merata-rata tempat tanpa mengira apa persiapan yang ada. Ada segelintir iklan memaparkan adanya seorang anak yatim ytang terpinggir, kemudiannya dibantu oleh seorang yang mulia dan diberikan dodol dan ketupat serta diberikan songkok yang baru sebagai suatu SIMBOL bahawa itulah Aidilfitri. Kadangkala media dan riuhan semasa yang merosotkan paradigma Melayu. Melayu miskin di negara sendiri akibat sikap mereka sendiri. Mereka terhina kerana sikap sendiri yang menghinakan mereka. Sedangkan Rasulullah tidak membezakan sebarang status dalam setiap kali Aidilfitri. Baginda memaparkan cara raya seorang yang miskin dan beristeri ramai.

 

Adakah raya hanya di kampung?

          Satu lagi SIMBOL kurang enak yang sering dipaparkan dalam dialog-dialog iklan dan drama adalah pergaduhan suami isteri untuk beraya di kampung masing-masing pada saban tahun. Adakah WAJIB pulang ke kampung? Mengapa pada bulan biasa diabaikan keluarga. Mengapa perlu bergaduh dan paparkan budaya kurang enak berkenaan? Mengapa disimbolkan bahawa isteri-isteri orang Melayu adalah BIADAB dan penderhaka suami. Dan mengapa digambarkan bahawa si suami selalunya akan mengawal si isteri sehingga melarang untuk melawat keluarga si isteri? Mengapa perkara ini digariskan sebegitu terang dan jelas? Pada saya tidak perlu disiarkan. Pergaduhan untuk ke kampung halaman masing-masing memang ada. Tetapi bukan SEMUA Melayu bergaduh saban raya. Bukankah si isteri tidak boleh ke kampungnya sendiri tanpa izin suami seperti mana kisah sahabat Nabiyang tidak mengunjungi jenazah bapanya walaupun rumah bapanya adalah dibawah rumahnya sendiri akibat ketiadaan izin suami. Kisah sahabat Nabi berkenaan bukanlah suatu simbol kekejaman suami, tetapi mengambarkan betapa ketaatan pada suami adalah tertinggi sekali. Akan tetapi bukanlah bermakna si suami boleh mendera perasaan si isteri sehingga langsung tidak pulang ke kampung halamannya. Antagonistik sikap amat diperlukan disini. Ada suami yang berkata " Itulah siapa suruh mak bapak awak bubuh belanja kahwin sampai 15 000 ringgit !! Mahal tau..sekarang nasib awaklah ikut saya saja ke kampung" seolah-olah ada sikap balas dendam sesama pasangan itu dan ianya juga mengambarkan adat dan istiadat Melayu ada yang baik dan ada yang MENGGIGIT masyarakat sehingga membawa dendam yang berpanjangan. Akibatnya media mengambil peluang mengeksploitasi kisah-kisah tepi kain orang ini.

          Sektor perfilemen, drama dan iklan media adalah antara punca kemeriahan hari raya. Akan tetapi ianya juga terlalu banyak memaparkan sikap dan makna yang negatif kepada sosio budaya Melayu secara umumnya sehingga membina suatu nilai homogen antara budaya negatif Melayu dengan Aidilfitri yang berasal daripada Islam. Perayaan ini dikenali oleh non-muslim melalui budaya luaran  sehingga mematikan semangat Aidilfitri sebenar dan menghalang kefahaman sebenar disebarkan. Slot-slot kesedaran Aidilfitri dan Ramadhan hanya di siarkan melalui forum-forum yang terhad dalam kaca televisyen dan ada yang hanya disiarkan melalui siaran selepas sahur. Ramaikah non-muslim yang bangun pada waktu sahur untuk melihat siaran KEBENARAN ini? Sebenarnya Melayu mempunyai semuanya di Malaysia. Kuasa…pengaruh dan mendominasi sosial..Tetapi salah urus selalu dilakukan sehingga menjadikan Melayu TIADA apa-apa dalam poketnya dan lipatan budayanya.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kampung Terang, Balik Pulau

Pulau Pinang

28 Ramadhan 1427


Posted at 01:53 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed