Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Tuesday, August 22, 2006
Merdeka perlukan semangat patriotik...

 

Patriotisme Dan Islam

Muhammad Nuruddin Bashah

2005

 

 

Pendahuluan.

 

            Pada tulisan kali ini penulis berada dalam semangat menyambut hari kemerdekaan negara. Telah lama penulis cuba mencari titik pertemuan antara semangat cintakan Negara, tanahair, bangsa dan agama menurut pandangan Islam. Sejauhmanakah ianya boleh dipertemukan serta dijadikan aspirasi bersama demi menyemai nilai ubudiyyah dalam memperketakan persoalan bangsa dan semangat kebangsaan.

 

            Melihat banyak penulisan penulisan daripada tokoh reformis Islam antarangsa seperti karya Syed Qutb, Abu A'la Al maududi, Dr Abdullah Azzam, Hassan An Nadwi, Ramadhan Al Buti dan ramai lagi berkenaan persoalan perjuangan kebangsaan dan bezanya dengan perjuangan ubudiyyah yang berunsur teologi Islam seolah menenggelamkan lagi hasrat penulis untuk menelusuri persoalan ini. Namun ada beberapa hujah yang sedia penulis sajikan  dan diharap ianya menjadi suatu persektif baru dalam menilai soal kebangsaan, nasionalisme dan patriotisme.

 

Mengapa perlu Patriotisme?

 

            Akhir-akhir ini kita melihat senario masyarakat Melayu khususnya sebagai 'tuan' asal Malaysia bumi bertuah ini kelihatan luntur patriotisme. Persoalannya apakah patriotisme. Mengapa pejuang patriotisme perlu diagung-agungkan? Patriotisme dan nasionalisme sebenarnya mempunyai suatu kuasa luar biasa yang boleh mengundang kekuatan yang istimewa. Penulis melihat bagaimana semangat pelatih tentera udara Amerika Syarikat memasuki 'skuad eagle' Britain di UK dalam usaha membinasakan tentera Jerman yang menguasai majariti Eropah semasa Perang Dunia 2. Bagaimana sikap semangat Hitler seorang   prebet tentera Jerman yang berucap soal bangsa Jermen , nilai kebangkitan Jerman, penghapusan kuasa Yahudi secara bersemangat di seluruh Jerman yang akhirnya kita telah maklumi implikasinya. Bagaimana patriotisme tentera Britain mematuhi arahan Winston Churcill untuk mempertahan tanah Melayu semasa diserang mendadak oleh pihak Empayar Jepun. Bagaimanakah kelompok 'tanpa' aqidah ini boleh mengambil alih nilai jihad yang sememangnya menjadi kuasa istimewa umat Islam? Inilah kuasa bangsa (nation). Persoalan lagi bolehkah kita memperjuangkan bangsa?

 

  Nasionalis,Qaumiyyah dan Assobiyyah…..

 

            Kebanyakkan umat Islam menggelarkan semangat kebangsaan sebagai Assobiyyah tanpa melihat maknanya yang sebenar. Rasulullah pernah menyatakan bukan daripada kalangannya sesiapa yang menyeru kepada Assobiyyah. Dan Rasul juga menegaskan tiada assobiyyah di dalam Islam. Rasul kemudian menjelaskan makna sebenar assobiyyah adalah membantu, menolong, menggembeleng tenaga atas nama kezaliman dan kemungkaran. Inilah definasi yang tidak diperjelaskan. Perkataan nasionalis berasal daripada perkataan 'nation' yakni bangsa. Dalam istilah arabnya ialah qaum atau qaumiyyah (nasionalisme). Memperjuangkan bangsa dalam sesebuah Negara bolehkah digelar sebagai assobiyyah? Sekiranya penduduk Palestin dan Afghan yang terkenal dengan nilai warisan bangsa mereka mempertahankan Baitul Muqaddas dan tanah afghan atas nama agama dan negara. Bolehkah digelar sebgai assobiyyah? Inilah permasalahan umat Islam sehingga hari ini kita melihat nilai sesebuah negara, jatidiri bangsa Islam di Malaysia (yang majoritinya Melayu) kian merosot.

 

            Menurut tokoh terkenal politik Islam negara Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau menegaskan perkaitan sikap kebangsaan sebagai wataniyyah (kenegaraan). Inilah takrifan yang sebetulnya. Cintakan bangsa sebenarnya adalah cintakan Negara. Cintakan Negara adalah dengan menerbitkan nilai keadilan menurut Islam dengan berasaskan nilai kenegaraan tadi. Inilah paksi dalam membina sesebuah Negara.

 

Mengapa sesetengah ulama' menentang Nasionalis?

 

            Sebenarnya menghapuskan semangat kebangsaan adalah bermula apabila British mula menyemai semangat anti kerajaan Turki Usmaniyyah kepada negara-negara umat Islam yang bernaung di dalamnya. Kerajaan ini dihasut, diporak peradakan serta dituduh Turki sebagai punca kemelesetan intelek, sosiobudaya serta ekonomi umat Islam. Lantaran itulah Sultan Turki melancarkan gerakan kempen Pan Islam (kempen sokongi semula Usmaniyyah) yang didokongi juga oleh Muhammad Abduh serta Jamaluddin Al Afghani.

 

            British menjajah secara 'devide and rule' (pecah dan perintah). British menyemai semangat kepuakan (komunalisme) dalam bangsa Sham sehingga menerbitkan negara Jordan,Syiria, Palestin, Lubnan dan Israel. Mereka memecah belahkan Mesir daripada kesultanan Turki dengan menimbulkan kembali peradaban Firaun walaupun telah lama bangsa Mesir melupakan bahasa asal mereka (Qibti) setelah hegemoni Islam membawa bahasa Arab sebagai lingua franca Islam. British juga menyemai dualisme dalam system pendidikan dimana terjadinya ras-ras masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendidikn British dan tradisi kaum setempat. Ini meningkatkan jurang diantara ras berkenaan. Hal ini dibuktikan dengan terjadinya beberapa system pendidikan berasingan di Malyasia. Sebagai contoh silibus Revolusi China 1911 digunakan oleh semua warga China yang dibawa ke Malaysia.

 

            British juga menyemai sikap chauvinis (gap dan jurang ekslusif) dikalngan penduduk tempatan melalui sosio ekonomi. Sikap British yang memanjakan Melayu melalui latihan kerja makan gaji menyebabkan Melayu terpaksa 'mengampu' Jepun semasa ketiadaan tuan mereka da ini mengheret sejarah Malaya ke kancah yang lebih berat dengan bangsa lain.

 

            Melalui system pendidikan juga British menyemai rasa saying kepada tamadun 'jahiliyyah' yang mungkin ada seperti tamadun Firaun di Mesir, Tamadun Budhha Sanskrit di Tanah Melayu serta Tamadun Kalinga, Maghda (Asoka) dan Arya kepada rakyat India Dinasti Islam Moghul. Sistem pendidikan ini ada baiknya sekiranya pengajaran dapat diambil, namun ketaksuban yang menjadi topic utama dalam pengkajian sejarah. Hal inilah yang amat ditentang oleh ulama' reformis Islam.

 

            Imam Hassan Al Banna melihat Islam boleh bergerak lebih jauh lagi. Islam boleh menjangkau benua dan bangsa. Namun beliau masih menekankan konsep Islam, tanahair dan kuasa sebagai punca kekuatan Islam. Islam agama kuasa. Islam agama yang perlu diperluaskan melebihi aspek ubudiyyah semata-mata. Islam bukan agama teokrasi seperti Hindu dan Buddha. Kerana itulah ideology nasionalisme ala barat amat di tentang hebat sekitar 1950an sehinggalah 1980an.

 

Bolehkah mencintai tanahair?

 

            Rasulullah adalah contoh individu yang terlalu sayangkan kota kelahirannya. Baginda menitiskn air mata apabula meninggalkan kota tersebut semasa berhijrah. Nabi Ibrahim pernah berdoa untuk negeri Mekah dengan doanya di dalam surah Al Baqarah ' Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman makmur'. Adakah dengan cintakan negara kita akan melupakan agama? Aqidah adalah segala-galanya dalam perjuangan. Lantaran itulah Baginda Rasul juga menentang ayah saudaranya sendiri. Saidina Abu Bakar pernah membunuh anak kandungnya Abdul Rahman (kafir) yang berperang dengannya di medan Badar. Begitu juga pembunuhan Al Jarrah oleh anaknya Abu Ubaidah yang berpihak kepada Rasulullah dalam peperangan Badar. Rasa kebangsaan yang membawa kepada penafian keagungan Allah akan terjatuh ke lembah assobiyyah. Hal inilah yang menjadi larangan sebenarnya.

 

            Sebenarnya takrifan Negara selalunya dikaitkan dengan bangsa sesebuah negara. Kerana itulah istilah negara bangsa selalu digunapakai dalam pengistilahan sesebuah negara. Istilah nasionalis pada asalnya boleh disebut sebagai wataniyyah iaitu cintakan negara dan tanahair. Ianya mula dieksploitasi oleh Negara-negara eropah untuk menghasilkan ideologi nationalisme yang berunsur chauvinis dan assobiyyah sempit.

 

Setiap negara selalunya bertuankan bangsa yang sememangnya terpecah daripada keturunan Nabi Nuh yang pelbagai warna kulit dan cara hidup. Cara hidup bangsa ini terjadi lantaran adaptasi, sosialisasi, dan pengaruh persekitaran, geografi, suhu serta pemakanan. Pengiktirafan Al Quran terhadap penciptaanNya iaitu kepelbagaian bangsa juga disebut di dalam Al Quran. Kerana itulah istilah patriotisnya bagi sesebuah negara adalah bangsa yang memulakan tamadun, membuka Negara serta menguasai majariti negara tersebut.

 

            Hal ini boleh diperhatikan daripada saranan Hassan Al Banna mengenai konsep agama perlu didirikan dengan kuasa. Kuasa pula hanya akan muncul lantaran adanya Negara, tanah dan paksi untuk manusia tinggal.

 

            Rasulullah pernah menyatukan bangsa Aus dan Khazraj dengan baitul Aqabah serta melantik beberapa naqib daripada bangsa-bangsa ini demi menyatukan dan memudahkan usaha dakwah melalui pemimpin bangsa. Rasulullah pernah memutuskan hukuman kepada Bani Quraizhah (Yahudi) selepas peperangan ahzab (akibat pengkhianatan suku ini) dengan menyuruh Saad bin Muaz (seorang Ansar) yang sebelum ini ditugaskan menjaga hubungan dengan suku Yahudi ini. Pengiktirafan menurut bangsa ini menunjukkan manipulasi bangsa untuk agama amat perlu. Manipulasi untuk kegemilangan agama. Inilah yang dituntut sebenarnya.

 

            Kita boleh melihat bagaimana bangsa Quraisy yang terkenal dengan kebengisan telah diiktiraf oleh sebahagian ulama' siasah muktabar syarat bangsa Quraisy sebagai salah satu kriteria untuk menjadi khalifah umat Islam. Bukankah bangsa Quraisy tidak mewakili umat Islam hari ini? Inilah hujah dimana ciri dominasi menjadi salah satu syarat untuk memegang tapuk pemerintahan. Dalm hal ini kita melihat Malaysia didominasi dan dibuka oleh Melayu. Jadi kuasa pemerintahannya demi melihat kelangsungan pelaksanaan Islam memerlukan bangsa Melayu kuat, unggul, berjatidiri serta memegang kuasa. Namun ianya boleh dinafikan sekiranya bercanggah dengan nilai aqidah dan syariat. Tetapi ianya hanya pemerintah Melayu tidak beragama Islam. Jadi disini penulis kuat berhujah bahawa bangsa asal sesebuah negara perlu diacukan menurut Islam serta diberi kuasa pemerintahan. Bangsa asal perlu berkemandirian dan berdayasaing.(definasi Melayu adalah Mula-Yu iaitu memulakan proses perbandaran) Hal inilah menyebabkan parti politik Islam seperti Hizbul Muslimin, PAS serta parti kebangsaan/sosialis/Islam seperti PKMM memperjuangkan jatidiri Melayu seiring dengan parti bangsawan/nasionalis seperti UMNO (PERKEMBAR) dan SEBERKAS. (Dalam ruangan lain, penulis akan menyediakan perbahasan politik kiri dan kanan serta sumbagannya kepada Islam di Malaysia)

 

Pandangan Dr Burahanuddin Al Helmi.

 

            Beliau memandang kebangsaan sebagai alat bukannya tujuan. Untuk memajukan syariat Islam di Tanah Melayu, bangsa majoriti Islam perlu diperkasakan. Ini dilakukan secara komprehensif dan bersepadu melalui kesedaran intelek, ekonomi, beragama secara syumul serta menyedari hakikat kolonialisme yang sememangnya tidak akan berguna selamanya kepada nusa dan bangsa. Beliau ada menyatakan politiknya dan PKMM adalah tidak berunsur chauvinis iaitu sempit, assobiyyah, zalim dan menyalahi syariat. Dan ianya juga bukan bersifat cosmopolitanisme  iaitu terlalu meluas dan terbuka sehingga hilang ciri-ciri asal sesebuah bangsa.

 

            Beliau menyatakan sesebuah negara bermula dengan bangsa yang memulakan negara tersebut, bangsa pula dibina daripada tubuh diri (individu) dan individu berguna pula bermula dengan iman dan Islam. Jadi Islam adalah punca kekuatan negara manakala kekuatan negara pula memberi natijah kepada kekuatan agama pula. Inilah sifir yang digunakan oleh pemimpin nasioanalis Islam sekitar 50an dahulu.

 

            Beliau juga sensitif dengan kebangkitan bangsa Melayu. Beliau selalu menyatakan kekuatan dan kemajuan Melayu hanya terubah dengan usaha mereka sendiri. Agama Islam tidak akan kuat di Malaya tanpa adanya kekuatan Negara Islam. Negara Islam tidak akan terhasil dengan tiadanya individu yang kental beraqidah dan beriman dengan Allah.

 

Jiwa penulis.

 

Penulis selaku melihat kekuatan API, AWAS dan PKMM melalui buku-buku sejarah. Melihat Jalan TAR(Tunku Abdul Rahman) Kuala Lumpur dengan perasaan bersemangat, sama mungkin dengan semangat nenek moyang kita. Disinilah istilah meredeka dilaungkan pada kali pertama oleh pemimpin PKMM. Penulis juga melihat kesungguhan tokoh UMNO seperti Dato'Onn yang menerima terlalu banyak pemulauan akibat idea dan gagasannya yang menjangkaui minda Melayu zamannya. Semuanya akibat patriotisme dan sayangkan negara daripada dicengkam oleh bangsa penjajah. Semangat ini tersemai pasca pendudukan Jepun dan reaksi kepada Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan Melayu. Aliran kanan atau kiri, aliran Islam atau komunis (pada zaman tersebut persepsi komunis lain), semangat cintakan negara ini sudah tiada kepada muda-mudi kini yang kerasukan hiburan hedonisme dan malas mengkaji sejarah tanahairnya sendiri. Kepada yang mengkaji agama pula seolah memulau sikap patriotisme ini sehingga kefahaman beragama tiada hubungan erat dengan pelaksanaan menurut negara dan kumuniti negara ini. Sebagai mahasiswa Islam, penulis bersifat sederhana dan memandang idea Dr Burahanuddin dan Prof Zulkifli Mohammad sebagai basis dalam pertimbangan antara patriotisme dan beragama.

 

 

 

 

 

 

 


Posted at 02:38 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed