Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Saturday, August 19, 2006
Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan.

Agama bukan faktor perbalahan, tetapi punca penyatuan jika kita berfikir

 

Semalam 17 Ogos 2006, saya dan beberapa 'anak buah' menghadiri Kursus Alternatif Hubungan Etnik anjuran Youth For Change. Cukup bermakna dengan syarahan daripada tokoh akademik negara Prof. Emeritus Osman Bakar yang amat mendalam intepretasinya berkenaan hubungan agama. Pada saya hujah yang dikeluarkan oleh Prof. Osman bakar adalah hujah yang berhati-hati, teliti, mendalam serta memerlukan minda yang tajam untuk diadili.

 

Prof menceritakan pengalamannya diserang apabila argumen beliau berkenaan Confuzi mungkin seorang nabi telah ditolak mentah oleh seorang hadiri yang pernah menghadiri seminar beliau. Wacana atau seminar adalah medan perbahasan dan medan penyajian hujah-hujah yang adakalanya terlalu mentah untuk diterima bulat-bulat, pandangan yang memerlukan ketelitian tanggapan yang sememangnya memerlukan  persediaan pembacaan yang luas, mencapah dan seimbang. Bengkel dan wacana ilmiah kerapkali dihadiri oleh manusia-manusia yang separa masak nilai intelektualnya menyebabkan si pembentang kertas kerja dituduh sebagai sesat atau salah hujah. Polemik dan kontroversi yang terjadi di kalangan mahasiswa Melayu Islam khususnya adalah akibat tidak melazimi program-program diskusi yang bebas serta amat malas membaca.

 

Mereka terbiasa dengan kuliah-kuliah subjek yang telah disaring, tetap dan tidak boleh diwacanakan. Mereka suka makan suap segala ilmu pengetahuan tanpa bersusah payah menganalisa dan berfikir. Akibatnya apabila sekali menghadiri program wacana bebas sebegini, mereka terperanjat dan melolong di sana-sini menjaja argumen si penceramah tanpa berfikir panjang. Kadangkala konotasi perbahasan penceramah itu mungkin lain, tetapi akibat kedangkalan hadirin, menyebabkan salah konsep berlaku dan berlakulah jenayah intelek, di mana golongan intelek dituduh sebagai pembohong, sesat dan menyeleweng.

 

            Secara peribadi saya menyokong 'kemungkinan' Pluto, Guatma Buddha dan Confusi adalah salah seorang nabi atau Rasul yang di selewengkan ajaran mereka. Kemungkinan berlaku salahwaris ilmu menyebabkan agama-agama ini wujud. Ini pandangan saya dan saya bercakap atas dasar saya seoarang muslim dan tidak wajar dikontroversikan kerana ianya bukan suatu argumen paksaan daripada saya.

 

            Dalam perbahasan hubungan agama, terdapat hadirin yang mengutarakan sekular sebagai solusi kepada pertelagahan antara agama. Beliau berpendapat teokrasi dalam pemerintahan akan menyebabkan perselisihan kehakiman dan pentadbiran memandangkan masyarakat Cina dan India semestinya tidak berada dalam kerangka hukum syariah.

 

            Terdapat juga yang berhujah bahawa adalah perlu suatu nilai sepunya diteliti semula agar keharmonian difokus kembali dan menafikan perselisihan tersebut. Peserta ini berpendapat bahawa agama adalah suatu pemangkin kepada keharmonian dan bukannya sebagai suatu titik perselisihan.

 

            Saya tertarik dengan satu persoalan apabila seorang perserta berbangsa cina berkata bahawa beliau ingin melihat keadilan Islam di Malaysia apabila dilihatnya bahawa seolah ada paksaan untuk memasuki Islam kerana beliau berpendapat tidak seharusnya seorang cina menukar agamanya semata-mata ingin berkahwin dengan Melayu. Pada saya maklumat beliau terlalu cetek apabila beliau berhujah mengatakan bahawa beliau mengetahui tiada paksaan untuk menganut Islam termaktub  di dalam Al Quran. Di sini kita melihat golongan non-muslim tidak mendapat maklumat Islam secara adil kerana mereka mendapat maklumat salah daripada hujah-hujah murahan golongan muslim yang dangkal yang tidak mempelajari ilmu Islam secara mendalam. Beliau kelihatan berpuas hati apabila saya mengatakan bahawa perkahwinan itu adalah sebahagian daripada Islam dan jika ingin berkahwin, memerrlukan pintu Islam dibuka dahulu. Hakikatnya kita ketahui bahawa golongan agama lain agak bebeza dalam perkahwinan di mana golongan Shinto boleh berkahwin cara Kristian jika mereka ingin. Hal ini bukan suatu konservatif bagi Islam, bukan jumud atau ortodoks, bukan sempit tetapi itu peraturan Islam. Islam agama kehidupan. Semestinya saban hari, solat, makanan dan didikan anak-anak memerlukan Islam sebagai sandarannya. Maka si suami dan isteri perlu Islam. Ini berbeza dengan agama yang lain. Saya rasa hujah ini adil dan tidak berniat untuk menghina agama lain kerana inilah hakikatnya.

 

            Saya tertarik lagi apabil ada peserta berbangsa Cina bertanyakan apakah hubungan istimewa Melayu dan Islam? Mengapa Melayu kelihatannya signifikan dengan Islam sedangkan mereka dahulunya beragama Buddha dan Hindu. Profesor menjawab bahawa hubungan yang erat tersebut adalah apabila Melayu mengambil agama sebagai titik hubungan dalam kehidupan mereka dalam usaha melawan kuasa penjajah. Islam yang telah merombak hampir 90% kebudayaan dan tradisi Melayu telah menjadi faktor penghubungan antara suku dan antara pribumi asal dengan Melayu yang baru.

 

            Saya mempunyai jawapan saya sendiri selepas meneliti kajian Prof Naquib Alatas dalam syarahannya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu 1972 (UKM). Beliau berpendapat bahawa keeratan hubungan Melayu dan Islam adalah kerana nilai otoktoni Melayu yang jelas seiring dengan aspirasi Islam. Sebagai contoh, orang melayu telah lama berakar umbi dengan sistem beraja dan dan penghormatan kepada bangsawan kerana peninggalan sistem pemerintahan Hindu dan Buddha Srivijaya, Langkasuka dan Gangga Negara. Mengapa Melayu tidak kekal Hindu? Hal ini berlaku akibat faktor politik dimana Raja Chola dari selatan India kerap bergaduh dengan kerajaan Hindu di Asia Tenggara seperti Majapahit dan Srivijaya. Hal inilah yang menyebabkan kerajaan Melayu Hindu mula mencari sayap baru untuk bernaung dan kebetulannya saudagar arab yang hadir turut membawa agama yang berasal dari kerajaan timur tengah yang kuat. Kerajaan Arab yang membenarkan peniaga keluar berhijrah tidak membenarkan pula saudagar tersebut menjajah tanah tenpat mereka berniaga sebaliknya disarankan menyebarkan Islam. Disebabkan nilai otoktoni Melayu yang inginkan sistem beraja di kekalkan, mereka memilih Islam sebagai agama yang sopan, lembut, adil, kuat untuk mendapat perlindungan dan kena dengan kehendak raja melayu ketika itu.

 

            Faktor lain adalah, agama Hindu di tanah melayu telah meninggalkan budaya kesenian dan epik-epik yang bernilai tinggi ke dalam kehidupan Melayu. Melayu memerlukan agama yang juga mengandungi elemen-elemen ini. Maka Islam dipilih kerana nilai estetiknya apabila sahaja kerajaan Melayu kecewa dengan sikap kerajaan India yang sering menyerang kerajaan-kerajaan Melayu Hindu di nusantara.

 

            Melayu adalah bangsa yang mudah terpengaruh. Sikap kosmopolitanisme melayu menyebabkan mereka menerima budaya Hindu sebagai suatu budaya yang tegar. Kemudian apabila Islam menepati hati mereka, mereka juga menjadikan Islam sebagai adat istiadat mereka. Hal ini berlainan apabila datangnya Portugis dan Belanda. Kuasa barat ini membawa agama yang lain daripada sistem feudal dan animisme mereka. Saya menyatakan animisme kerana budaya mistik dan metos yang ada dalam Melayu itu mudah menerima konsep tasawuf Islam yang mnengandungi unsur makrifat,wahdatul wujud dan sebagainya. Tetapi saya menafikan ajaran ini berasal daripada ajaran Hindu.

 

            Barat datang dalam keadaan bongkak dan sombong. Darihal itu, kita melihat hujah yang absah adalah, Melayu mula menjadikan Islam sebagai selimut kuat mereka (melayu cenderung melindungi diri dari luar dengan semakin kuat menekankan adat istiadat dan taksub dengan budaya sendiri) serta mula memastikan Islam menjadi sumber budaya dalam segenap aspek, tidak kira daripada perkahwinan, berkhatan, permainan, kesenian, kesusteraan dan sebagainya. Perlindungan yang ampuh ini terjadi sebenarnya apabila datangnya dielektik budaya barat dan timur, dan akhirnya Melayu memilih Islam sebagai perisai dielektik.

 

 

Persoalan seterusnya dibangkitkan perihal genetik melayu itu sendiri menurut perlembagaan. Sekiranya Artikel 160 menyatakan melayu itu perlu Islam maka, sewajarnya Melayu di Luzon dan Filipina juga perlu Islam. Tetapi berlaku sebaliknya? Profesor menjawab, bahawa akta-akta di dalam perlembagaan hanya mentakrifkan Melayu di Malaysia dan tidak tertakluk kepada melayu dan manusia yang bergenetik melayu di tempat lain. Jika di sebut hal genetik, peribumi asal tanah melayu bukanlah Melayu hari ini yang sebenarnya bercampur baur keturunan Siam, Jawa, Banjar dan India. Mengapa bangsa campuran ini mengaku peribumi. Perlu difahami, kehadiran mereka walaupun pasca pembukaan asal tanah itu oleh kaum asli, merekalah yang menjadikan Tanah Melayu ini makmur dan menjadikan tanah biasa ini sebagai negara yang berdaulat. Kehadiran 'Melayu baru' ini bukanlah menjajah bangsa-bangsa asli yang asal itu. Mereka masih bebas di dalam hutan dan pinggir-pinggir hutan. Perlu difahami, Melayu cenderung untuk mengikat diri dengan bangsa-bangsa yang senilai dengan mereka. Hal ini menyebabkan Melayu hari ini lebih selesa dengan bangsa Indonesia, Brunei, Thailand dan Arab yang beragama Islam lebih daripada kaum India dan Cina yang berwarganegarakan Malaysia. Hal ini ada silapnya. Perlu dibezakan sikap seagama dengan sikap senegara. Lantaran itulah sikap sayangkan negara itu penting dalam masa yang sama kita memperteguhkan hubungan seagama. Teguh seagama bukan menghalalkan pembunuhan, pemisahan kehidupan dan kronisme tetapi peneguhan itu adalah tuntutan agama demi aqidah dan fitrah manusia. Kedua-dua hubungan keagamaan dan kenegaraan perlu diseimbangkan.

 

            Dalam kursus itu saya agak menyelar istilah teokrasi yang digunakan. Bagi saya teokrasi adalah suatu terma yang dikeluarkan untuk mengambarkan pemerintahan manusia yang bergantung 100% daripada kudrat tuhan dengan menafikan kredibiliti, integriti dan kapabiliti manusiawi. Ini tidak bermakna manusia tidak bergantung kepada tuhan. Di dalam Islam ijtihad dan maslahah yang dibuat oleh pemerintahan Islam atas dasar kebaikan walaupun tiada dalam nas Quran dan Hadis, dikira juga sebagai Islam. Inilah hakikatnya. Tidak memerlukan sekular sebegai penyelesai masalah negara. Malaysia kini yang mempunyai perlembagaan rasmi sebenarnya sudah Islam jika akta dan pembawaan halatuju menepati syariah. Akta-akta barat bukanlah suatu yang bercanggah dengan Islam kerana akta tersebut menyatukan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Inilah undang-undang tort dan takzir dalam Islam. Manakala Islam mula wajib menjalani hukuman secara syariah jika tidak melibatkan kes berkenaan dengan kaum lain. Pertembungan mahkamah di Malaysia adalah akibat kamdungan perlembagaan yang tidak lengkap, penafsiran yang berbaur nafsu oleh Melayu yang bencikan Islam serta akibat akta keterangan (melibatkan pendaftaran muallaf) yang tiada penekanan bagi institusi-institusi dakwah (JAKIM sebagai contoh) sehingga menimbulkan ketegangan kaum apabila bertembung kedua-dua mahkamah ini. Bagi saya pemerintahan Islam bukan teokrasi, tetapi realiti dan kehidupan yang seni.

 

            Saya juga menegaskan bahawa pertembungan antara agama bukan dilakukan oleh pengikut agama yang baik. Setiap bangsa perlukan agama dan saya menentang budaya atheis di Malaysia. Kata-kata saya itu menerima sokongan daripada pihak non-muslim malam itu. Saya menegaskan agenda politik zionis politik lah yang menyebabkan berlakunya pertembungan Yahudi dan Islam, sikap rakus politiklah menyebabkan Sultan Nuruddin Jahangir (Kerajaan Islam Mughal) menentang Rajpur dan Punjab untuk dijajah. Bukannya disebabkan mereka melazimi hakikat beragama, tetapi agenda politik yang membawa ke kancah pergaduhan. Profesor tidak terlalu setuju kerana beliau meletakkan juga faktor ekstrimis dalam agama pada kod-kod tertentu dalam agama menyebabkan terjadinya perbalahan.

 

Hakikatnya saya menentang sistem sekular, menentang atheis (setiap kaum di malaysia perlu kenal tuhan mereka) serta saya mengiktiraf keakraban Islam dan Melayu. Bagi saya apabila semua bangsa meneliti agama masing-masing, mereka akan kenal kebenaran dan hidup secara harmonis sesama kita di Malaysia bertuah ini. Saya membawa ini sebagai  usaha-usaha UNITE (NGO yang saya tubuhkan). Saya memerlukan aktivis di kalangan India dan Cina yang 'beragama' sahaja. Ini perinsip saya.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006

Nota : suatu yang menyedihkan apabila isu hubungan etnik ini tidak disahut oleh melayu yang lena. Terlalu minoriti Melayu dalam program sebegini. Kali pertama kelas diadakan di Masjid UIA PJ, juga terdiri daripada Cina yang menghadirinya. Melayu? Jika di masjid sekalipun tiada sambutan, bagaimana Melayu ingin pertahankan aqidah mereka? Ingin berdiskusi dengan bangsa lain mereka malas dan gentar. Diskusi bukan bertujuan bergaduh, tetapi menyajikan idea kita. Hanya terpekik melolong sesama Melayu tidak akan berhasil kerana hakikatnya Malaysia bukan milik kita semata-mata. Bangunlah mahasiswa Melayu dari leka. Hanya tertarik dengan majlis-majlis kemelayuan, tidak aktif mengeluar pandangan…tersampuk dengan sikap anti intelek. Apa yang ada di kalangan mahasiswa Melayu adalah menjaja idea ustaz-ustaz, penceramah-penceramah tanpa diketahui asal-usul. Akibatnya, nama ustaz yang mendapat padahnya.

           

 


Posted at 01:02 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed