Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Friday, August 18, 2006
Edaran Khutbah Jumaat

 

Khutbah Jumaat ini disediakan oleh salah seorang anak didik saya. Jadi gandakan teks ini serta edarkan di masjid dan surau-surau berhempiran anda. Allah menilai usaha anda.

Muhammad Nuruddin Bashah

Assalamualakum w.b.t……

Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

            Dewasa ini kita banyak berhadapan dengan beberapa isu besar yang  telah melanda dunia.Hari ini,suka saya membawa para sidang jumaat sekalian untuk mengetahui 2 isu besar yang semakin hangat diperkatakan.Yang pertamanya ialah isu akidah,yang mana isu ini timbul apabila aqidah kita diancam hebat oleh pelbagai pihak.Yang kedua ialah isu pencerobohan dan keganasan yang berlaku di negara Timur Tengah,Iraq,Palestin,Lubnan dan lain-lain yang ada sejarah tersendiri.

            Persoalan aqidah adalah persoalan sensitif bagi umat Islam.Kes ini menjadi tumpuan utama pihak musuh untuk menyerang dan memasukkan jarum halus bukan sahaja berniat jahat terhadap generasi umat Islam malah ingin menghapuskan bangsa Melayu khususnya yang sering leka dan mudah diperbodoh-bodohkan.

            Sidang jumaat yang dihormati sekalian,

      Kali ini kes Azlina Jailani atau nama Kristiannya Lina Joy mula menempelak minda umat Melayu yang leka. Kes ini terlalu berat sehingga mampu menimbulkan krisis perkauman sekiranya tidak dijaga dan dibendung daripada membarah. Pembendungan bukan dalam erti kata menyekat umat Islam bersuara, tetapi bertindak dengan menghalang suara-suara liar-durjana daripada  Pertubuhan 'Dana Becket untuk Kebebasan Agama' yang berpangkalan di Amerika dan pelbagai NGO luar negara yang telah memproksikan beberapa NGO dan menteri-menteri Malaysia non-muslim untuk bertindak biadab sehingga mampu membawa memorandum kepada PM kita berkenaan artikel 121(1A).Kes ini amat mendapat perhatian dari dalam dan luar negara sedangkan kes ini sudah ditutup. Kita lihat betapa kejamnya propaganda pihak Yahudi untk menghapuskan umat Islam Melayu.Mereka mengambil peluang ke atas kes Azlina Jailani untuk memanaskan lagi gerak kerja mereka.Amat menyedihkan apabila berita-berita serta kelanjutan perbicaraan kes-kes sebegini tidak berada dalam media utama secara adil dan telus.Apa yang diperlihatkan dan diperdengarkan adalah berita-berita yang zalim dan penuh dengan pendustaan.Dan lebih menyedihkan lagi, masyarakat Melayu-Islam kita masih terbelenggu dengan rantaian pendustaan ini.

 

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Krisis kekontangan nilai tanggungjawab terhadap aqidah dan keutuhan sistem Islam adalah berpunca daripada krisis kekurangan maklumat. Kekurangan maklumat adalah disebabkan ada yang menyekat.Mereka mendominasi secara zalim dengan memanipulasi perkara yang berlaku setiap sudut dan ruang yang membantutkan usaha untuk menyampaikan kebenaran.Hasilnya,masyarakat jahil dan tidak tahu kisah sebenar yang berlaku.Ini adalah salah satu cara mereka untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh rakyat atas kebenaran yang tersirat.

Azlina Jailani(42), berketurunan Jawa telah menafikan didikan agama ibu bapanya sejak kecil. Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah mempraktikkan nilai Islam sejak kecil. Beliau bertukar agama kepada Kristian pada tahun 1990 dan telah mempunyai sijil Baptis pada 11 Mei 1998. Pada 2000, beliau telah berkahwin dengan India Kristian dan memohon pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar nama sejak tahun 1999 lagi. Permohonan menukar nama diterima, walaubagaimanapun dikekalkan pada kad pengenalan beliau iaitu perkataan Agama Islam. Beliau amat tidak berpuas hati dan meminta Mahkamah Syariah mengesahkan kemurtadannya demi mengesahkan penukaran perkataan agama pada kadnya. Mahkamah Syariah amat bertegas serta membuat keputusan bahawa tiada Melayu yang dibenarkan untuk menukar agama mereka (berdasarkan undang-undang) berdasarkan kuasa artikel 121(1A) yang sedia ada.

 

            Para sidang jumaat yang dimuliakan,

      Kita lihat bahawa Azlina Jailani bersungguh-sungguh mahu murtad sehingga tidak mahu ada sedikit pun perkataan Islam berkaitan dalam kehidupannya. Di sini kita dapat lihat betapa tingginya kebencian Azlina Jailani terhadap agama Allah S.W.T.Percayalah saudara-saudara sekalian,orang yang seperti ini,Allah akan melaknati dan diseksa mereka dengan azab yang amat pedih didunia dan diakhirat.

    Setelah itu, permohonan di buat di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 seterusnya di Mahkamah Rayuan. Keduanya menyatakan bidang kuasa adalah pada Mahkamah Syariah berasaskan Artikel 121(1A). Akhirnya kes ini didengarkan di Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato' Alaudin dan Dato' Richard dan mereka cenderung dengan jawapan yang diputuskan oleh ketiga-tiga mahkamah sebelum itu.

                      Pertama kali dalam sejarah negara ini, peguam-peguam pemerhati telah dibenarkan untuk berhujah.Ini adalah tidak patut dan mereka telah menodai hak undang-undang Malaysia.Dengan diketuai oleh Peguam Malik Imtiyaz Sarwar yang sememangnya menyokong Lina Joy,mereka telah bersama-sama untuk memutar belit perhujahan kepada Artikel 11. Mereka membawa mahkamah kepada takrifan Artikel 11 agar lebih liberal dan menguasai serta mendominasi Artikel 121(1A) serta Artikel 160 yang mentakrifan masyarakat melayu sebagai beragama Islam, berbudaya melayu dan berasal dari keluarga melayu. Artikel 11 jika dikupas secara bebas akan lebih menjuruskan kepada hak asasi. Hak asasi adalah tuhan baru bagi pengikut aliran liberalisme di barat. Liberalisme yang mula memasuki lubuk praktikal para profesional Islam, NGO serta pertubuhan dengan servis sosial mula menampakkan usaha ke arah mengintegrasikan antara agama secara menyeluruh sehingga melacurkan prinsip dan kekukuhan nilai aqidah Islam yang merupakan sesuatu yang pernah dipertahankan oleh Imam Ahmad Hanbal sehingga patah tulang belakangnya di era Abbasiyyah dahulu.

            Allah S.W.T  telah bersabda dalam Al-Quran,surah Al-Mai’dah ayat 57, yang berbunyi….

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu menjadikan pemimpin orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan,(yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang (kafir musyrik).Dan bertawakkallah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.

        Lihat saudara,betapa mereka berusaha keras,semata-mata mahu mendapat kemurkaan Allah.Berdoalah saudara,agar kita tidak tergolong dan dalam golongan ini.Apakah mereka tidak terfikir bahawa mereka telah menjadi anjing-anjing bodoh pihak yahudi yang berfikiran jauh untuk memusnahkan genarasi umat Islam Melayu.

            Dalam isu ini juga telah menimbulkan budaya liberism.liberism bermaksud kebebasan mutlak yang dituntut oleh manusia yang tidak suka dikongkong oleh syariat agama.

          Isu kebebasan mutlak ini akan menafikan peranan ibu bapa dalam mengawal corak moral dan nilai etika anak-anak mereka. Nilai kerangka murni Melayu yang sejak 500 tahun dahulu dipertahankan oleh nenek moyang kita sehingga konsep Melayu-Islam ini menjadi begitu erat sekali. Kini usaha liberal untuk memburai segala ini sekelip mata. Usaha pensekularan akan berlaku dengan lebih pesat lagi kerana takrifan bebas Artikel 11 akan menghasilkan Islam sebagai agama yang hanya pada nama tetapi tidak berfungsi untuk mengawal akhlak penganutnya, memandu kehidupan penganutnya serta tiada amalan ritual yang bermanfaat.

Usaha penghapusan pondok-pondok yang bermula dengan penghapusan bantuan kepada mereka, labelan pembangkang kepada mahasiswa pengajian Islam (UM, UIA dan lain-lain) serta memandang pendokong Islam sebagai suatu polar negatif. Usaha pelacuran nilai Islam yang telah berlangsung antara sedar atau tidak, bermula di kampung sehinggalah ke bandar, bermula di sekolah sehingga ke medan kampus, Islam dinobatkan sebagai sesuatu yang membencikan, orthodoks dan ada usaha pemisahan norma berlaku. Malangnya Melayu.

            Sidang jemaah sekalian,

Disini suka saya menyeru kepada hadirin sekalian agar bangkit menentang dan memperjuangkan kesucian dan kesinambungan melayu Islam.Kita seharusnya mempunyai kesedaran dan merangka satu pelan tindakan untuk menzahirkan tentangan kita secara praktikal.

            Ini dapat dibuktikan dengan penurunan ayat Allah dalam Al-Quran yang menunjukkan sikap kita terhadap orang-orang kuffar.

Maksdnya:Wahai orang-orang yang beriman,barang siapa diantara kamu yang murtad(keluar) dari agamnya,maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum,Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang yang beriman,tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir,yang berjihad di jalan Allah,dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.Itullah kurnia Allah yang Diberikan-Nya kepada siapa yang Dia Kehendaki.Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui.(Al- Mai’dah:54)

 

            Sidang jumaat sekalian,

Inilah natijah kepada bangsa dan kaum yang lalai.Kita juga perlu mengambil iktibar ke atas kemusnahan yang berlaku di Lubnan.Kemewahan dan kemaksiatan yang mengaburi rakyat negara ini menyebabkan mereka alpa terhadap musuh yng sentiasa mengintai peluang untuk menguasai.

Rentetan peristiwa penahanan 2 orang askar Israel  oleh Hizbullah memberi lampu hijau bagi Israel menyerang Lubnan. Jika kita teliti dari awal, serangan ke atas Lubnan sebenarnya adalah percaturan politik Israel untuk menghancurkan Islam.Pembunuhan Menteri Lubnan,Rfiq Hariri membuka ruang kepada kaum laknatullah ini untuk melancarkan perang saraf yang meracuni pemikiran rakyat Lubnan. Syria dituduh terlibat dan impaknya askar-askar Syria terpaksa berundur dari negara tersebut.Syria yang selama ini menjadi tulang belakang pertahanan bagi Lubnan.Sedihya rakyat Lubnan sendiri membuat tuduhan meluluterhadap Syiria.

Akhirnya apa yang telah lama diimpikan oleh pihak zeonis telah hampir mencapai kejayaan.Apabila perancangan mereka semua berjalan dengan lancar.Mereka berjaya mask kedalam pemikiran rakyat Lubnan sehingga berjaya memaksa syiria keluar dari Lubnan.Kini,Lubnan telah hampir musnah dan ini menjadi aoatu pengajaran untuk mengenali dan membezakan antara kawan dan lawan.

Allah telah berfirman dalam kitab Agongnya…

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu menjadikan musuh-Ku dan musuhmu sebagai teman-teman setia sehingga kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita muhammad),kerana rasa kasih sayang:padahal mereka telah ingkar kepada kebenaran yang disampaikan kepadamu.Mereka mengusir Rasul dan kamu sendiri.kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu.Jika kamu benar-benar keluar berjihad pada jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana kasih sayang, dan Aku lebih Mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sungguh, dia keluar dari jalan yang lurus.(Al-Mumtahinah:1)

Ayat diatas jelas menjukkan Allah tidah suka umatnya lemah sekaligus memberi tamparan tantang Perjuangan mereka.

            Sidang  jumaat yang dimuliakan sekarang,

Antara ciri-ciri  yang dipunyai oleh Israel ialah sebuah kuasa jahat dan jahil serta zalim yang menjelma seperti bayang–bayang Amerika.Mereka membawa banyak misi dan objektif yang lebih memberi keuntungan kepada sebelah pihak dan menindas pihak yang mencari kebenaran.Mereka telah melakukan apa sahaja yang mereka suka khususnya dalam penguasaan ekonomi untuk Palestin.

            Allah pernah berfirman dalam kitabil Aziz….

Maksudnya:”Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung daripada Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui”  (Al-Ankabut:41)

Allah juga barfirman didalam surah Al-Isra’,ayat 81:

Maksudnya:”Dan katakanlah “Yang benar telah datang dan batil telah lenyap”.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang lenyap.”

Dalam keadaan kekuatan pihak Israel ini,Allah ingin menunjukkan bahawa Islam,tetap akan terus hidup.Buktinya seperti yang pernah dilaporkan oleh media massa tempatan dan luar negara tentang kekalahan yang sedang dialami oleh tentera Israel.Mereka menyatakan dan media tempatan mengakui sendiri tentang kekalahan mereka.Rejim Israel sehingga sekarang tidak dapat menjejaki kedudukan tepat tempat atau merkas persembunyian tentera pelindung Lubnan,Hizbullah.Minimamya 100 orang tentera mati,ribuan cedera parah,40 kereta kabel canggih hancur,4 kapal perang musnah,2 jet pejuang Israel hancur di mamah oleh pejuang Hizbullah yang hanya berbekalkan senjata dan roket serta iman.Ini adalah contoh manusia yang menentang kebenaran,pasti akan mengalami kehancuran.

            Jika Allah ingin menunjukkan kekuasaanya,Dia boleh melakukan apa sahaja dan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.Selain daripada itu,rakyat Israel sekarang berada dalam ketakutan kerana serangan yang bertubi-tubi daripada Hizbullah ke atas kawasan penduduk Israel.Ini tidak dapat dinafikan lagi,kerana tentera Israel sendiri terpaksa menambah bilangan anggotanya.Kini buku bertemu ruas,Pedana Menteri Israel telah naik marah terhadap rakyatnya.Dengan kekuasaan Allah,pada hari ke-24,2 orang askar Israel mati digilis kereta kebal mereka sendiri ketika cuba melarikan diri daripada serangan Hizbullah.Untuk menutup malu akibat kalah dalam peperangan,mereka memaksa Amerika untuk menerima gencatan senjata.

            Hadirin hadirat sekalian,

Jika kita lihat dari sudut fahaman aqidah,Hizbullah adalah satu kumpulan yang memegang fahaman Syi’ah.Mereka meletakkan jihad sebagai sebagai sebahagian daripada rukun mereka,malah mereka adalah satu kumpulan yang mempunyai kemahiran yang amat tinggi sehingga boleh menumpaskan dan menakutkan tentera Israel.Mereka tidak akan bertindak ganas jika Israel tidak bertindak dahulu dengan mula menyerang untuk mendapakan Lubnan.Hizbullah hanya bertindak untuk mendapatkan hak dan menyelamatkan tanah air  mereka.

Seperti firman Allah dalam Al-Quran:

Maksudnya:”Maka berperanglah engkau(Muhammad) di jalan Allah, engkau tidaklah dibebani melainkan ke atas dirimu sendiri. Kobarkanlah (semangat) orang-orang beriman(untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak (mematahkan) serangan orang-orang kafir itu. Allah sangat besar kekuatan-Nya dan sangat keras keseksaan-Nya”.            (An-Nisa:84)

Sidang jumaat yang dimuliakan Allah sekalian,

Daripada dua isu besar dunia yang kita sedang hadapi ini,kita dapat lihat bahawa OIC dan negara Arab yang hanya mampu bersidang dan tidak menunjukkan tindakan yang sepatutnya setakat ini.Isu aqidah adalah isu berkaitan dengan maruah orang Melayu yang beragama Islam yang telah tertakluk dibawah undang-undang Malaysia.

            Justeru,kita sebagai umat Islam,selain daipada kita melakukan amal fardhi,kita juga harus berfikir sejenak,dimanakah posisi sebenar kita.Selama ini kita berpecah dan menjadi lemah kerana masing-masing mengikut fahaman,mazhab dan politik berlainan.Marilah kita sama-sama bangun dan bangkit mengkaji,mencari identiti dan bergerak untuk membantu menyumbangkan sedikit jasa dalam menyelamatkan aqidah dan kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan juga di Lubnan.

            Wahai muslimin sekalian,marilah kita semua bersatu padu,untuk menghapuskan kezaliman dan penindasan ke atas rakyat Palestin dan Lubnan yang majoriti beragama Islam  yang sedang hebat dibom setiap masa.

            Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat dan keadaan negara kita yang aman sedangkan saudara seIslam kita di sana sedang merana kesakitan dan ketakutan terhadap peperangan agama yang berterusan.

            Oleh itu,wahai muslimin sekalian,bangkitlah segera,selain menjadikan solat dan doa sebagai sebagai amalan utama untuk menguatkan diri dari segi kerohanian,kita harus bertindak secara zahir untuk memperlihatkan penantangan kita terhadap keda-dua isu ini.Ingatlah satu hari nanti Islam tetap akan berjaya tertegak di muka bumi ini.

Rasulullah pernah bersabda bahawa Islam akan bangkit akan satu hari nanti,walau kuat mana ia ditekan,Yakinlah Islam pasti akan tegak semula dan kita seharusnya kita menjadi sebahagian daripada perjuangan yang mulia ini.InsyaAllah…..


Posted at 01:12 am by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed